"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
QS Ar-Rum: 21
Kehidupan normal Khairul dipulangkan semula. Bilik pejabat khas buat pengarah syarikat menjadi hak pemuda itu. Pelipis ditekan perlahan. Sekadar duduk di kerusi dan tidak melakukan apa-apa. Luarannya memanglah seperti bergoyang kaki, jauh di dalam dada sedikit pun dia berasa tidak tenang. Sungguh lama menahan nafsu seorang diri. Dia tidak mampu menghadiri mesyuarat yang akan berlangsung kurang satu jam. Fokusnya lari.
Bahana cuba memuaskan nafsu di malam hari dengan beberapa alatan membuatkan syaitan dalam diri kian membesar. Dia sedang terdesak mahukan gadis sebenar untuk melayannya.
Peluh merembes sahaja biarpun duduk di ruang nyaman berpendingin hawa. Keadaan serba tidak kena cuba dikawal Khairul Iddin. Tali leher dilonggarkan, butang baju teratas pula dibuka. Blazer biru gelapnya awal-awal lagi telah dilemparkan ke atas meja kerja.
"Tuan Khairul." Seorang pembantu peribadi terpacak di muka pintu selama 15 minit. Diperhatikan sahaja reaksi Khairul yang sepertinya dalam keadaan tidak tenteram. Banyak kali juga nama Khairul dipanggil namun si tuan badan tidak sedar.
"Keluar," arah Khairul yang mengatup kedua-dua mata. Kepalanya ditongkat tangan. Segala yang hendak dilakukan pada hari ini jadi berantakan. Sudah mencuba untuk menahan diri selama di tempat kerja, hakikat diri terseksa melawan nafsu. Emosi Khairul Iddin bergelodak umpama badai menghempas.
"Saya nak ingatkan kita ada mesyuarat. Jadi, jomlah kita bergerak sekarang ke tempat klien kita," bilang lelaki berkenaan sekadar menjalankan tugas.
"Pergi mampus la... Aku kata keluarkan?!" Khairul menghentak meja kerja lalu mencerlung tajam ke arah muka pintu.
"Tuan, Dato Muhsin pun akan datang juga sertai mesyuarat."
"Aku kata keluar!" Suara Khairul naik seoktaf.
Bahu pekerjanya terhinjut dek terkejut. Tiada angin dan ribut, tiba-tiba sahaja majikannya melenting tak tentu pasal. Tika masuk ke ruangan itu sebentar tadi, dapat dirasakan aura suram Khairul Iddin.
"Tuan-"
Habis barang di atas meja ditolak jatuh ke tepi tanda marah yang memuncak. Bergema ruang tingkat itu. Nasib baiklah bilik pekerja lain tidak berada di aras yang sama. Maka, amukan Khairul selama ini tidak dirasai mereka.
"Keluar, bodoh. Kau nak aku cakap berapa kali?" bengang Khairul.
Berdesing telinga pembantu peribadi berkenaan. Silap hari bulan, penumbuk tuan muda ini akan melayang kepadanya. Lekaslah kaki beredar lalu meninggalkan pengarah syarikat sendiri.
Pintu pun terkatup rapat.
Ketagihan pada maksiat akan menukar kawalan diri seseorang. Terlalu ketagih, Khairul masih dalam kemelut nafsunya yang menghimpit akal fikiran. Kerana mengambil kira imej keluarga, lelaki itu tak mahu mengulang kesilapan yang sama. Hinggakan dia sendiri buntu harus melakukan apa buat mengawal diri.
YOU ARE READING
TUAN KHAIRUL ✓ [C]
RomanceSekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BOOK #7 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Romance ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha ...