63 Risau

4.1K 253 35
                                    

Rasa tenang berada dalam majlis ilmu membelai jiwa. Di satu jam terakhir sebelum waktu rehat, para pekerja berkumpul di surau pejabat. Hari jumaat sebegini mahu Khairul penuhi dengan sesuatu yang berkat. Keberkatan majlis ilmu yang tiada tolak bandingan, mendamaikan hati yang penat mengejar dunia.

Keindahan dunia, sesuatu yang pernah menundukkan Khairul Iddin. Siapa sahaja tidak tergoda pada nikmat harta dan wanita? Barangkali orang yang kuat ketakwaannya.

Dia duduk bersila bersebelahan pekerja-pekerja. Tali leher telah dilonggarkan, begitu jua butang di kolar baju kemeja agar angin dapat melalui liang romanya yang hangat. Khairul memasang telinga pada setiap bicara ustaz undangan. Tajuk pada hari ini ialah mengenai solat. Sebuah tajuk menarik, menangkap perhatian semua di situ. Tiada siapa yang tidak mendambakan kesempurnaan solat, kekhusyukkan dalam setiap rukuk dan sujud.

Khairul amat gembira kerana dia dapat mengulangkaji fasal solat, ini pernah diajarkan Haji Daud pada bulan sebelum.

Satu jam berlalu, seperkara meninggalkan kesan di pagi penuh barakah itu.

"Apabila kita menjaga solat ini, kehidupan kita yang lain pun akan terjaga...

Hakikat dunia kalau dikejar takkan pernah dapat, kalau dapat pun takkan pernah banyak, kalau banyak takkan pernah puas. Kalau puas, takkan ia kekal abadi. Pasti binasa suatu hari nanti.

Apabila mengejar akhirat, pastu kita akan dapat, sudahlah banyak dan akan puas. Yang pasti, ia kekal abadi.

Seimbangkanlah dunia dan akhirat. "

Kata-kata ustaz yang mengajar memberi Khairul sebuah pedoman. Benarlah, dunia yang dikejar tidak pernah memberikan dia kepuasan. Malah, semakin buas seperti binatang jadinya bila mana bertuhankan nafsu.

Mata memerhati sekeliling. Semoga usahanya ini akan membantu hati-hati pekerja dalam mencari Hidayah.

Huluran jabatan tangan menyapa. Khairul pun melangut dan menyimpulkan senyuman. Ada pekerja yang mahu bersalaman.

"Tuan nak makan tengah hari dengan kami?" kata pekerja itu.

Khairul bingkas berdiri. Rafiq yang bertali leher biru sedang menantinya. "Tak apa. Makanlah... Saya ada lunch date lain."

"Sejak ada isteri..."

"Of course," balas Khairul Iddin. Tangannya sedang mengeluarkan beberapa keping not RM50 daripada dompet. "Berapa orang keluar makan?"

"Saya, Bad dan Muzakkir je."

"Nah, buat beli lunch,"

"Tak payahlah, Tuan. Kami ada sahaja duit. Ini pun saja ikhlas nak ajak Tuan pasal lama tak makan semeja..." Serba salah pekerja itu dibuatnya. Belakang leher diusap sambil mata melihat wang berkenaan.

"Ambil lah. Hari jumaat kan elok berkongsi rezeki. Kalau tak nak beli lunch pun ambil duit ni buat beli makanan untuk anak bini korang dekat rumah malam nanti." Malah Khairul memujuk agar pemberiannya diterima.

"Terima kasih, tuan. Em, saya nak tanya..."

"Apa?"

"Anak tuan down syndrome, kan?"

"Ya." Wajah lelaki tinggi lampai itu berubah serta merta. Tidak pasti sejauh mana berita mengenai anaknya tersebar di dunia luar. Dia benar-benar khuatir andai keadaan akan bertukar buruk.

Jika hendak disorok si kecil itu pun, kelak akan terlihat jua. Mungkin harus terus dilindung daripada mata-mata jahat manusia.

"Anak saya pun sama.. Taufik, baru nak masuk tiga tahun minggu ni... Kalau tuan ada apa-apa nak tanya, boleh saja mesej saya," sambung Rafiq.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now