Sekuel TRIO
Luth Mahfuz
Luth Hentian Akhir
Fatihah : Mahfuz
.
[[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]]
BOOK #7 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓
Romance ft. Tarbiyah
[ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas]
Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha
...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Mana Khairul?" Kelam kelibut sang ayah menerpa ke dalam ruangan ICU. Matanya meliar ke sekeliling buat mencari mana-mana doktor. Perbuatan mahu menerjah ke suatu bilik segera dihalang oleh seorang petugas paramedik di hospital swasta berkenaan.
"Encik, sabar. Biarkan Khairul berehat," bilang seorang lelaki berkot putih dengan nada yang mendatar. Data seorang pesakit kanak-kanak bernama Khairul Iddin telah sampai kepada pihak hospital. Kemungkinan besar lelaki berkemeja yang baru sahaja sampai ini ialah bapa kepada Khairul, tebak sang doktor.
"Khairul baik-baik je, kan? Dia alah sikit je..." Nafas dalam ditarik Dato Muhsin. Langkahannya bakal disusuli Mak Teh dan Datin Farina yang masing-masing diperanjatkan dengan keadaan Khairul ketika azan isyak tadi.
"Paras oksigen dalam darah anak encik jatuh mendadak. Kami dah masukkan tiub ke dalam mulut dia untuk bantu paru-paru berfungsi. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sekarang ni. Mana-mana pelawat tak boleh jenguk Khairul. Insya Allah, kalau Khairul sedikit pulih kami akan khabarkan."
"Kenapa jadi macam ni? Dia cuma akan jadi ruam je kalau makan kekacang," sangkal Dato Muhsin tidak percaya. Sebelum ini pun Khairul hanya mengalami ruam dan boleh dirawat dengan pengambilan pil di rumah. Tidaklah sampai ditahan dalam unit rawatan rapi.
"Anak tuan sangat sensitif dengan kekacang. Berdasarkan rekod kesihatan, ini bukan kali pertama dia ditahan di hospital. Beberapa bulan ke belakang pun Khairul mengalami sesak nafas hingga memerlukan alat bantuan pernafasan," terang doktor yang sedang menghalang bapa Khairul daripada memasuki bilik rawatan.
"Boleh jadi teruk ke? Tak, kan?" Dato Muhsin masih tidak percaya. Dia tersenyum sumbing.
"Kami perlu buat diagnosis lanjut untuk periksa keadaan organ yang lain. Pernah sekali ada satu kes pesakit alergi mengalami kecacatan otak kekal akibat terputus bekalan oksigen ke organ penting seperti otak. Tapi kes Khairul ni, insya Allah tak akan sampai ke tahap itu. Mujurlah anak encik segera dibawa ke sini. Saya minta diri dahulu." Doktor itu meminta izin sebelum langsung ke bahagian lain buat merawat pesakit yang ada.
Tinggallah Dato Muhsin berseorangan di situ. Dia tidak berkelip, mindanya ligat memutarkan kotak memori.
"Bila masa anak aku sakit?" bisik lelaki berkenaan. Kesibukannya di tempat kerja seringkali mengabaikan sang anak. Khairul sakit pun langsung tidak diketahui selama ini. Yang asyik menguruskan soal kesihatan Khairul hanyalah Mak Teh seorang sahaja. Sikap berlepas tangan Dato Muhsin dan Datin Farina telah meletakkan jurang besar dalam hubungan kekeluargaan. Khairul hampir tidak menerima mereka berdua sebagai orang tua. Rohani anak itu kerap didera, bahkan kebelakangan ini fizikal pula menadah pukulan kedua-dua ibu bapa.
"Dato, Khaibarupulang dari hospital. Diatersalahmakan siang tadi," Mak Teh menyambutketibaantuanrumahdengansuatukhabaranberitaburuk.