38 Syarat Haji Daud

4.1K 229 48
                                    

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Gadis yang membawa kandungan tujuh bulan itu duduk sendirian di pangkin rumah. Dia merenung kawasan sekitar. Hanya jasad yang ada di sini, fikiran jauh melayang ke pelusuk lain.

Sebahagian hati menolak kuat untuk bersuamikan Khairul Iddin. Syaitan itu terlalu kejam di suatu ketika.

Alya terkadang buntu.

Dia berpeluk tubuh tatkala angin petang meniupkan kain selendang. Melihat pada diri sendiri yang telah mengalami banyak perubahan fizikal, masa depannya jauh sudah berubah juga. Bahtera kehidupan dibawa badai untuk berlabuh entah di mana hentiannya.

Khairul itu bukanlah lelaki yang baik. Bahkan seorang penjenayah yang telah merogol dua orang gadis dan hampir meniduri isteri ustaz Mahfuz. Pernah di waktu ketika Khairul melawat di hospital, bau asap rokok menjengah rongga. Lelaki itu seorang perokok. Benda haram seperti arak dan dadah pun berkemungkinan besar tuk menjadi rutin lelaki seperti Khairul.

Tidak pernah sekali Alya berharap tinggi pada manusia hatinya sudah tawar, asyik dikhianati.

"Assalamualaikum, Alya."

Alya mengangkat wajah. Anak mata beralih ke arah lain. "Baik kau pergi sebelum ayah aku bawa parang keluar."

Lelaki berkenaan tidak mengendahkan ancaman gadis yang sedang sarat hamil anak luar nikah. Dia datang mendekati dan memerhatikan Alya yang sedang duduk bersimpuh. Sudah lama tidak bertemu, dia agak hairan melihat perut Alya yang membukit. Gadis kecil yang dikenali selama ini telah sedikit berisi.

"Kau dah kahwin ke Alya?" soal Azzam.

"Kau tak perlu tahu." Selipar di tanah dikuis kaki gadis itu. Kawasan halaman rumah Haji Daud ini terbentang luas dengan redup pokok rambutan di pangkin. Seharusnya petang ini menjadi keselesaan untuk Alya bersantai, lain pula yang muncul.

"Kenapa kau bencikan aku sangat ni? Kita pernah bercinta dulu."

"Itulah benda paling bodoh pernah aku buat. Untuk percayakan lelaki tak guna macam kau." Kulit putih melepaknya jadi kemerahan. Wajah Alya berona menahan perasaan yang berkecamuk di dada.

"Dah suka sama suka atas katil, alih-alih cuma salahkan aku," sindir Azzam. Sengaja mahu menyakitkan hati Alya. Bahu diangkat tanda tidak bersalah.

"Kau tak kahwin lagi, kan?" Azzam melihat jemari bekas teman wanitanya. Sebentuk cincin pun tiada di situ.

Langsung Alya menyorokkan tangan ke belakang. Situasi petang itu mahu segera dileraikan. Keberadaan Haji Daud di surau yang masih tidak pulang seolah memberikan Azzam peluang keemasan buat melakukan sesuatu kepada Alya.

Alya bangkit perlahan-lahan setelah menyarungkan selipar. Lelaki di hadapan sebolehnya tak mahu dilayan. Kelak bikin membarah di hati. Dia mula membuka langkah namun di hadang tubuh bidang Azzam. Azzam mendepakan kedua-dua tangan sambil tersenyum sinis.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now