60 Suap

4.4K 286 36
                                    

Lelaki itu menarik selimut, menyelubungi tubuh badannya hingga ke bahu. Pendingin hawa dibiarkan tertutup kerana pada saat itu pun dia sudah rasa kesejukan. Sebaik sahaja pulang dari hospital, Khairul memilih untuk memencilkan diri di kamar tidur. Disitulah dia terbaring mengiring sambil separuh muka dibenamkan ke dalam bantal putih yang empuk.

Kepulangannya tidak disambut sesiapa. Dia sudah terbiasa begitu dek kerana kedua orang tua yang asyik sibuk dengan kerjaya. Maka, Khairul tidak ambil hati. Sakitnya yang ini cuma lah picisan nak dibandingkan dengan sakit-sakit yang sebelum ini. Jika orang mempunyai hobi mengumpul setem, Khairul pula mengumpul rekod sakit di hospital. Tak habis-habis wajahnya menjadi pesakit di situ. Naik muak sudah jururawat di kaunter pendaftaran.

"Awak..."

Mata mengerdip. Terlihat seorang gadis bermata sembap di muka pintu bilik yang terkuak sedikit bukaanya.

"Awak dah balik?" soalan itu menyambung walaupun orang di dalam tidak menyahut. Alya mengatup pintu kembali dengan cermat.

Khairul tersenyum nipis. Hampir terlupa bahawa diri itu sudah bergelar suami kepada seseorang. Bingkas dia bangkit duduk bersandar. "Ya."

"Boleh kita cakap sikit?" pinta Alya. Kaki mengatur langkah hingga lutut bertemu pinggir katil. Di situ dia berdiri terpacak menghadap kekasih hati dengan dada yang berat menanggung perasaan.

"Apa?"

Lelaki sememangnya lambat meneka. Sudah terang lagi bersuluh gadis itu terlalu merisaukan dia hingga tidur bertemankan tangis.

Kepala menunduk perlahan-lahan. Alya menekur tilam yang beralaskan cadar berdekatan. Dia membisu seketika, sebelum dua ulas bibir delima meluah rasa. "Saya ada buat salah ya dekat awak?"

"Mana ada." Kening Khairul berkerut. Hairan pula. Keadaan tegang itu membuatkan lelaki berkenaan memudarkan senyuman.

"Dah tu kenapa awak tak bagi saya teman dekat hospital? Awak halau saya balik..." 24 jam telah berlalu, fikiran Alya kekal memutarkan persoalan yang sama. Dan itulah yang menghentam jiwa berkali-kali.

"Kalau saya ada buat salah, awak cakaplah..." Makin lirih perkataan di akhir ayat, bertemankan gugusan air mata. Empangan itu pecah , hidungnya mula memerah. Bunyi esakan kedengaran jelas tidak dibuat-buat.

"Awak... Nak peluk," Khairul meminta dengan lembut.

Mahu tidak mahu, air mata dikesat Alya. Gadis kecil itu menurunkan badan ke katil, membiarkan sang suami mengalihkan benaman wajah ke dalam dakapannya. Dia kaku, bersimpuh.

"Saya suruh awak balik, sebab saya tak nak awak tidur dekat hospital. Kesian anak kita tidur sorang-sorang nanti... Awak tak biasa berjauhan dengan Zahra, kan?" terang Khairul satu per satu.

Kepala suami ditenung lama, tidak puas hati gamaknya. Sanggup dibiarkan Alya pulang dengan fikiran bermacam kelmarin. Setidaknya bilanglah sepatah dua. Mencuka wajah, pandangan teralih ke lain. Rasa hangat badan mereka berkongsi. Khairul memencilkan diri dalam dakapan kecil isterinya.

"Awak rindu saya ke sampai menangis ni..."

"Perasan," potong Alya sebelum Khairul memanjangkan ayat.

"Dah tu kenapa menangis?"

"Sebab saya rasa geram nak belasah awak sekarang. Rasa geram..." luah Alya. Sempat ekor mata menjeling pandangan Khairul. Hati itu mengharapkan kalimah 'maaf' daripada bibir pucat Khairul. Sayang sekali lelaki itu membalas dengan pandangan manja.

"Tak nak lah belasah. Saya cuma nak peluk awak."

Tembok ego Alya tidak bertahan lama. Melihat kepada senyuman ikhlas Khairul, dia jadi cair.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now