34 Pukul

3.9K 244 37
                                    

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Butang lengan baju dipasang cermat. Kelam kelibut harinya yang hendak berkejar ke pejabat pula. Tak henti-henti notis pemberitahuan google calendar perihal jadual harian.

Lewat tengah hari barulah anak Dato Muhsin menampakkan diri di pejabat. Kaki cuba melangkah cepat mahu ke ruangan kerja. Fikiran bercelaru semalam diisi dengan suatu kerisauan. Tak mampu pemuda ini bekerja jika minda asyik terlayar keadaan Alya dan bayinya di hospital. Laksana orang baharu pada hari itu, fikiran yang asyik menyalahkan Alya terhapus serta merta dibawa tandus angin kasih.

Setiap makhluk diciptakan berpasang-pasangan. Fitrah itu tersemi di dada setiap insan. Siang akan bertemu malam, sang purnama akan bergantian dengan sang mentari. Seorang lelaki tetap mahukan perempuan sebagai permaisuri dan mengecapi kebahagiaan sendiri bersama-sama zuriat kurniaan Ilahi. Rasanya itu fitrah bagi setiap jiwa.

Jua fitrah untuk sejahat-jahat manusia yang pernah merogol gadis dan melakukan jenayah terkutuk. Setiap dari manusia hanya ingin kebahagiaan di penghujung helaian nyawa.

Sebaik sahaja pintu bilik kerja dikuak, satu figura bersuit kemas kelihatan. Rupanya sudah ada penunggu di dalam.

"Papa," panggil Khairul hormat.

"Kenapa Khai buat macam ni? Sesuka hati batalkan mesyuarat. Khai nak bagi lingkup syarikat kita?" Pembuka pagi Khairul disaji dengan soalan-soalan cepumas. Masalah cetusan sendiri perlu diselesaikan. Tidak layak bersikap lepas tangan sedang dia berada di jawatan tertinggi.

Kebelakangan ini semuanya jadi bercelaru. Khairul sedar akan kesilapan dalam mencampur aduk hal kerja dan kehidupan peribadi.

"Maaf, papa. Khai rasa tak sihat semalam," bohong Khairul. Semoga bapanya lekas keluar dan tidak memanjangkan hal kecil tersebut. Kecil bagi Khairul, besar buat Dato Muhsin.

"Lepas tu Khai menghilang ke mana semalaman?" disoal lagi dan lagi. Dato Muhsin amat menekankan bab disiplin dalam pejabat apatah lagi ke atas anak sendiri.

"Khai ada urusan sikit dengan kawan... Kawan yang anak... Papa tak kenal kot. Dia minta hantarkan ke hospital semalam. Nasib baiklah Khai ada, kalau tak.. Tak tahu jadi apa," dalih Khairul. Panjang akalnya memutarbelitkan jawapan.

"Dah hari ni nak buat apa? Masuk kerja lewat semacam. Khairul Iddin yang papa kenal tak macam ni."

Wajah diraupnya. Dibuat-buat wajah kepenatan. Sebelah mata dipejamkan. "Pa, Khai sakit kepala."

"Pergi klinik, dapatkan surat medical confirmation. Kalau betul Khai sakit, papa akan bagi cuti. Bukannya melulu ponteng kerja. Syarikat kita ada SOP." Dato Muhsin menjeling anaknya sebagai tanda amaran.

"Nanti Khai minta doktor buatkan surat MC. Hari ni pun Khai rasa tak larat..." Pemuda berkemeja putih itu mengusap belakang leher, berlaku tidak bersalah. Padanan tali leher merah gelap menambahkan seri sang pemakai.

"Settle it by today."

Papp

Pintu terkatup dari luar.

"Surat MC?" Khairul mengukirkan senyuman nakal. Dia tidak kisahkan soal kerja sekarang ini. Mata ditenyeh perlahan lalu punggung berlabuh di atas kerusi.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now