18 Tampar

4K 264 15
                                    

Kakinya berjalan laju ke ruang tamu seusai sahaja menyalin pakaian. Dia tidak menoleh ke kanan mahupun ke kiri. Hajat di pagi hari cuma satu, untuk ke hospital bagi melawat mak teh yang masih menanggung sakit pembedahan usus semalam.

"Khai, sekejap. Papa ada benda nak cakap."

"Apa? Khai sibuklah hari ni. Cakaplah malam nanti ke..." Khairul menyisir rambut ke belakang dengan celahan jemari. Dia terus berjalan ke muka pintu utama lalu mengabaikan dato muhsin yang menantinya di atas sofa.

"Khairul Iddin, sini. Papa ada benda penting nak cakap." Dato Muhsin menghentikan langkah Khairul dengan satu nada tegas.

"Yelah..." Khairul terpaksa akur. Dia menghempaskan badan ke sofa dan menanti balasan ayahnya. Ekor mata sibuk mengerling waktu di jam tangan besi. Seharusnya, saat itu dia sudah berada di atas jalan raya menuju ke hospital.

"Khai dah dibuang kolej."

"Iya? Hm, apa-apa je lah. Serabut nak fikir." Khairul menghela nafas halus.

"Disebabkan kes seks bebas... Nama Khai kena buang dari senarai pelajar. Papa dah tahu segalanya," sambung Dato Muhsin.

"Papa percaya?" Wajahnya tidak beriak sedikit pun. Leka menilik tubuh sendiri, membaiki butang baju kemeja. Khairul. hampir lupa soal itu dek terlalu sibuk sejak akhir-akhir ni. Langsung tidak sempat tuk memikirkan bekas-bekas teman wanitanya.

"Lebih daripada percaya. Sekarang ni nak atau tak nak.... papa nak Khai kahwin dengan Asyilla," putus lelaki tua itu. Matanya memandang tajam ke arah anaknya. Keputusa muktamad telah dibuat. Jika 'A' yang disebut, maka 'A' jugalah hendaknya.

"Merepek." Khairul bingkas berdiri. Khuatir makin dilayan hal itu, dia akan terjerumus pula.

"Mama nak hantar rombongan meminang minggu depan." Datin Farina hadir ke ruangan itu, ditambah lagi kesesakan di pagi hari.

Khairul tercengang. Dipandang bondanya satu kali.

"Khai akan kahwin dalam masa terdekat.  Papa akan pastikan benda tu berlaku."

"Papa dan mama dah gila ke? Tolonglah jangan buat fikiran kolot. Khai tengah sibuk ni nak follow up kemaskini kesihatan mak teh." Pelipis yang tidak gatal digarunya. Tangan kanan menyeluk saku seluar jeans yang terpakai. Dia memeriksa pesanan ringkas daripada pekerja hospital. Makluman kesedaran mak teh menjongketkan vermilion jantannya. Terus kaki melangkah hendak ke pintu utama.

Dato Muhsin semakin bengang dengan sikap tidak endah Khairul. Turut berdiri, wajah bertukar merah padam. "Siapa kolot? Siapa gila? Berapa ramai perempuan dah kau tebuk?"

Baru sahaja hendak memegang pemegang pintu, bahuya ditolak daripada belakang. Khairul menoleh seraya berkata. "Papa takde kaitan dengan kehidupan peribadi Khai. Tolonglah jangan buat semak."

Dato Muhsin bertanya tidak puas hati. "Kenapa perangai kau macam ni?"

"Kenapa papa kisahkan Khai? Biarlah Khai nak buat apa sahaja," balas Khairul dengan berani. Dia bukan lagi anak kecil yang lemah seperti waktu dulu. Berdirinya tegak menghadap Dato Muhsin.

"Kalau kau tak nak kahwin dengan Asyilla, aku takkan bayar bil perubatan mak teh."

Bayaran puluhan ribu ringgit tak mampu ditanggung anak muda seperti Khairul ini.

"Ta-tapi... Ish," keluh Khairul. Kehilangan kata sesaat dua. "Apa kaitan mak teh dengan hal ni? Ya, memang Khai  berzina sana sini. Tapi jangan libatkan mak teh ya," pesan anak muda itu. Jari telunjuk menunding seakan memberi amaran pada sang ayah.

"Kau jangan nak buat berlagak dekat sini." Ditepis tangan Khairul. Lagak mengarah Khairul seakan memperlaku Dato Muhsin seperti hamba yang harus mematuhi akan arahannya. Lelaki tua itu hadir mendekati Khairul. "Jangan nak tunjuk kepala kau dekat sini. Segala yang kau pakai hari ni adalah hasil duit aku. Satu sen pun kau tak berhak dalam rumah ni... sama macam mak teh. Dia cuma orang gaji. Kau pula cuma anak aku yang menadah tangan untuk kikis harta aku."

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now