"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
QS Ar-Rum: 21
Tidak berkutik gadis itu sejak tadi. Dia melihat skrin dengan hati yang kosong. Pengimejan pada bahagian rahim menayangkan suatu makhluk telah menghuni di dalam sana. Terbengkok elok dalam alam rahim.
"Doktor, berapa usia kandungan ni?" Sah ini bukan alam mimpi. Masih hati terlampau terkejut. Teragak-agak sahaja pertanyaan itu.
"Sebelum tu boleh saya tanya, bila kali terakhir puan datang bulan?"
"Empat bulan lepas..." Kepala dipalingkan daripada terus memandang skrin. Alya melihat perutnya yang sedikit membukit.
"Usia janin ni dah nak masuk minggu ke-16."
"Doktor, nanti saya nak gambar ultrasound tadi," tenang mangsa rogol itu menjawab. Perubahan fizikal Alya hanyalah diketahui diri sendiri. Kekerapan sakit di bahagian rahim akhirnya memaksa gadis munggil ini menapak ke klinik terdekat seorang diri. Dia tidak mahu Haji Daud atau bondanya mengetahui. Ini memang tebakan sejak awal.
Namun, lama mana dapat disorokkan? Lambat laun janinnya akan terus menampakkan diri. Degupun jantung Alya asyik menemani hidupan di dalam rahim berkenaan. Dia memang anak tidak sah taraf dan akan berbinkan "Abdullah."
"Macam mana kalau mengandung..." soal Alya lemah. Dia seolah-olah telah hilang jiwanya. Ketika diperiksa pegawai perubatan pun tidak ada rasa malu tersisa apabila kemaluannya ditilik. Mujur, DNA Khairul masih ada. Swab telah diambil pada bahagian vulva, bahagian dinding atas dan bawah faraj dan endocervical untuk pengesanan air mani memandangkan Khairul telah melakukan persetubuhan melalui faraj. Kelak, laporan pemeriksaan Klinikal Forensik akan dikeluarkan untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak polis di sini.
"Tak akan mengandung," nafi Fatihah yakin. Kali terakhir bersetubuh dengan Khairul, Fatihah dapat menebak bahawa kualiti air mani lelaki itu semakin merosot akibat kekerapan melakukan seks dan beronani. Seharusnya seorang lelaki mengambil masa tiga hari untuk kembali memproses sperma yang sihat buat disenyawakan. Namun, Khairul telah memudharatkan diri dengan ketagihan seks. Mentalnya tidak stabil, nafsu pula susah dikawal hinggakan jika tidak beronani setiap tiga jam dia boleh mengamuk tak tentu pasal. Apatah lagi sperma yang tidak mampu bertahan lama untuk tiba ke sel ovum seorang perempuan. Dalam kata lain, Khairul telah pun mati pucuk.
![](https://img.wattpad.com/cover/258609028-288-k128889.jpg)
YOU ARE READING
TUAN KHAIRUL ✓ [C]
RomanceSekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BOOK #7 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Romance ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha ...