"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
QS Ar-Rum: 21
Sebutan kes jenayah Khairul telah dilakukan di Mahkamah Sebutan, pertuduhan kes rogol ke atas dua orang gadis dibacakan kepada yang tertuduh.Khairul Iddin tidak mengaku terhadap pertuduhannya lalu meminta agar dibicarakan. Maka kes berkenaan dipindahkan ke Persidangan Pendedahan Kes Jenayah.
Sang pendakwaraya berusaha keras hendak menarik Khairul ke muka pengadilan. Melalui Skim Bantuan Guaman Jenayah, mangsa memohon untuk seorang peguam sukarela membicarakan dua kes berat ini.
Begitu jua dengan pihak Dato Muhsin, yang akan menyebelahi anaknya meski telah diketahui siapa di tempat benar dan salah.
Andai kata kebenaran tersingkap, pasti Khairul Iddin yang tersabit dengan kesalahan jenayah rogol akan dikenakan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yakni hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta hendaklah dikenakan hukuman sebat.
Perbicaraan bermula di kala kedua-dua pihak sudah cukup bukti di tangan. Penilaian hakim terhadap apa yang dibentangkan oleh pihak pembela dan pihak pendakwa di akhiri dengan satu keputusan muktamad.
Khairul Iddin bebas daripada pertuduhan.
***
Bilahan cermin direnung gadis berambut separa bahu itu. Leka dalam menungan. Hari berganti seolah tiada kebenaran akan terperi. Betapa kekalahan dalam mahkamah dapat ditebak Alya sejak awal. Mata luasnya mengerdip. Sikat pada tangan diletakkan ke atas meja solek.
Khabaran bahawa kenalannya, Fatihah sedang hamil menghadirkan rasa gembira. Dua bulan berlalu, minggu-minggu yang sungguh memenatkan. Di penghujung bulan, akhirnya Khairul menang tanpa sabitan apa-apa. Beruntung sungguh terlepas seksaan di dunia.
Helaan nafas halus terbit. Alya meraup rambut ke belakang lalu diikat satu tocang seakan ekor kuda. Dia bingkas bangun dan melangkah ke arah birai katil. Di situ terdapat sehelai telekung berwarna putih bersih.
Sejadah baldu berwarna biru gelap membentang di atas lantai kamar. Sesekali ekor mata melihat suasana gelap di luar tingkap. Masih bumi diselimuti kegelapan malam.
Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Terus dipujuk hati lemah dalam tubuh gadis. Alya menggeleng perlahan, air matanya berlinangan. Dia lekas menyeka sisa tangisan.
Solat subuh ditunaikan sebagai permulaan pagi. Anak seorang imam kampung, membuat onar di belakang ayah. Meniduri lelaki yang dianggap teman lelaki hinggakan satu penyakit menghinggap diri.
Kemaluannya dijangkiti kuman akibat perbuatan zina bersama bekas teman lelaki. Yang paling menyakitkan ialah jika terdapat ulcer di dinding faraj. Ketika hendak membuang air kecil pun Alya terpaksa menahan kesakitan. Padanlah ini balasan Allah ke atas perempuan murahan seperti dirinya.
Jika tidak kerana penyakit kelamin, Amirul tidak akan meninggalkannya terkontang kanting di situ. Allah melindungi dia dengan cara ini, agar tidak berasa mahu berzina lagi. Farajnya sakit. Setiap hari ubat antibiotik akan diambil dengan harapan jangkitan kuman itu akan beransur reda.
YOU ARE READING
TUAN KHAIRUL ✓ [C]
RomansSekuel TRIO Luth Mahfuz Luth Hentian Akhir Fatihah : Mahfuz . [[Sila baca sekuel Fatihah Mahfuz dahulu]] BOOK #7 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Romance ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & banner novel atas ihsan @the_nismicha ...