47 Mimpi

3.5K 253 41
                                    

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Khairul terbaring di atas katil dalam keadaan tidak berbaju. Jam telah melewati pukul dua pagi. Secebis rasa kantuk tidak hinggap langsung pada kelopak matanya. Naik turun dada masih lagi normal tidak seperti sebelum ini. Sesak nafas yang datang menyerangnya tempoh hari tidak bersebab. Doktor hanya memberikan topeng oksigen hingga Khairul dapat mengawal pernafasan. Kejadian aneh tersebut meninggalkan tanda tanya pada Datin Farina dan Dato Muhsin. Selama ini Khairul tidak pernah sesekali terapit dengan masalah asma.

"Kenapa aku tak boleh tidur ni... Aku insomnia ke?" soal sang hati. Punyalah sukar hendak melelapkan mata. Bibir sudah banyak kali mengeluh.

Rasa sakit di kepala cuba dilegakan dengan minyak angin. Khairul mengurut pelipisnya perlahan. Banyak peluh yang merembes keluar, di malam hari begini rasa hangat menghadir. Langsung membuatkan Khairul tercelik, tiada pun mahu lena. Semuanya jadi serba tidak kena.

Tiba-tiba Khairul teringat sesuatu bahawa diri itu belum menunaikan solat isyak lagi. Botol minyak angin diletakkan ke atas meja sisi bersama-sama ubatan lain.

Sungguh malas untuk mendirikan solat. Naik turun imannya yang nipis begini memudar pada minggu itu. Dia yang berkobar-kobar hendak berubah makin lama makin lemau sahaja meskipun hati terseksa dalam rindu pada anak sendiri. Khairul tidak tahu mengapa rasa malas beribadah ini hadir. Hidupnya mula menjadi tidak menentu. Bermula dengan sesak nafas tempoh hari hinggalah kini.

Puas memusingkan badan ke kiri dan kanan, akhirnya kelopak mata jadi layu. Melihat pada siling kosong yang terbentang luas. Tangan kiri Khairul bersimen kerana untuk memberikan lebih masa penyembuhan. Direhatkan tangan itu di atas rusuk muda. Dalam keadaan separa sedar, badannya tertiarap di katil. Rasa sakit yang menindih lengan tidak terasa.

Bukan kali pertama pada minggu ini Khairul berpelakuan begini. Hampir setiap hari dia akan dihadiri suatu makhluk yang akan membuatkan mimpi seolah-olah sedang bersetubuh. Adapun posisi tidur dalam keadaan meniarap amat ditegah untuk seorang lelaki. Salah satu asbabnya kerana boleh jadi ada jin perempuan dengan rela hati akan berada di bawah dek mahukan hubungan dengan manusia. Dan untuk hawa pula, posisi tidur dalam keadaan terlentang boleh menjemput jin lelaki untuk menindih di atas badannya.

Ruas dahi merembeskan peluh hingga ke ceruk leher.

Khairul Iddin tersentak daripada tidurnya. Sebelah mata terpejam, tangannya sakit. Perlahan-lahan mengalihkan tubuh dan bersandar pada bahu katil. Dia mengatup kedua-dua mata. Nafas lelah dihela. Sedar yang tadi hanyalah mimpi. Mimpi dihadiri seorang perempuan tidak dikenali yang mahu bersetubuh dengannya. Di tengah-tengah alam mimpi, Khairul berusaha tidak mahu bersetubuh kerana memikirkan si kecil dan Alya. Lama kelamaan dia menyedari bahawa itu ialah mimpi.

Sebuah mimpi aneh.

Baginya itu suatu yang jarang berlaku, untuk mimpi bersama-sama seorang perempuan asing. Bahkan setiap malam wajah yang sama hadir.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now