30 Kerja

3.6K 241 20
                                    

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Bangunan setinggi empat tingkat dilihat Khairul Iddin. Matanya terpejam seketika memikirkan apakah dia sedang berada di jalan yang benar untuk bekerja sebagai cleaner sekolah. Dipaling ke kiri dan kanan susur gajah, terdapat beberapa orang pelajar sekolah rendah dalam uniform sekolah. Leka memerhatikan anak-anak kecil dengan beg galas besar mereka. Senyuman Khairul naik apabila mata di sapa dengan tingkah seorang anak kecil dengan sebuah beg galas beroda.

Suatu kenangan menggamit memori. Ternyata dia sudah besar menjadi lelaki dewasa yang tidak berguna. Dengan berpakaian t-shirt lama, Khairul meneruskan langkah ke sebuah bilik kecil di hujung tangga. Beg pakaiannya diletakkan bersandar ke dinding. Bilik yang tidak luas mana ini merupakan ruang persalinan dan jua ruang rehat untuk mereka yang bekerja sebagai tukang bersih.

"Pekerja baru?" sapa seorang lelaki. Barangkali usianya hampir kepada 70-an, berkumis nipis dan berkulit gelap dan kedut akibat asyik terdedah kepada cahaya matahari.

"Ya," jawab Khairul sepatah.

"Akhirnya ada pun pekerja baru nak tolong pak cik dekat sini... Penat nak bersihkan blok B ni sorang-sorang, dah lah empat tingkat," adu Pak Mat. Kudrat tuanya masih lagi berhempas pulas buat mencari sesuap nasi.

"Kenapa pak cik kerja? Mana anak-anak pakcik?" Khairul sedikit hairan.

"Anak-anak aku sibuk kerja. Biarlah aku nak buat apa-apa daripada duduk diam di rumah."

Ayat itu dibalas dengan senyuman kecil. Alasan biasa buat mereka yang bergelar lelaki. Mana boleh duduk diam sahaja dan menunggu orang hulurkan duit. Ego seorang lelaki akan mahukan diri menjadi hero dalam bentangan dunia mereka.

Khairul juga mahu menjadi hero. Pelindung kepada keluarga, cuma dia hilang arah tuju setelah sekian lama.

Lelaki tinggi lampai itu mula memakai satu pakaian khas bak pekerja-pekerja lain. Terletak elok di tubuh.

Ini hari pertama. Skop pekerjaan telah difahami Khairul dengan baik. Sebagai seorang pekerja berprestij yang menguruskan puluhan pekerja syarikat, ini cumalah hal yang mudah untuk seorang Khairul.

Khairul memilih untuk mendahulukan tandas lelaki aras satu. Peralatan membersih semuanya ada disediakan di dalam bilik stor.

"Abang, tolong pulas paip ni... Ketat..." Suara kecil seorang anak lelaki menerpa.

Itu baru manusia pertama yang meminta tolong. Ternyata banyak lagi manusia-manusia kerdil di sini hendak meminta bantuannya sepanjang dia membersihkan tandas. Semuanya tidak mampu dibuat sendiri, hingga Khairul berkerut hairan.

"Siapa pakaikan seluar untuk adik selama ni?" soal Khairul yang bercangkung menghadap pelajar lelaki tahun satu. Tangannya memasukkan kemeja putih ke dalam seluar. Tali pinggang pun dikunci elok.

"Pakai sendiri," jawab mulut kecil itu. Tujuh tahun usianya.

"Dah tu? Kenapa tak pakai sendiri?"

"Sebab saya tengok abang pakai baju kemas. Nak abang pakaikan, nanti boleh jadi kacak macam abang." Pandai sungguh menjawab. Dari tadi asyik mengintai Khairul yang sibuk mengemop lantai tandas hinggalah berani menegur lelaki tinggi lampai berkenaan.

Khairul langsung tersenyum, menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Dia meraup rambut anak itu ke tepi buat mengemaskan lagi.

" Dah, pergi masuk kelas," pesan Khairul. Ragam kanak-kanak itu menceriakan hari Khairul.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now