48 Dari mula

3.5K 249 40
                                    

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Wanita setengah abad itu berpeluk tubuh di atas katil. Sudah tiga hari Khairul Iddin ditempatkan di hospital kerana kesihatannya yang tidak menentu. Sekurang-kurangnya Datin Farina berasa lebih tenang jika anak kesayangannya berada di bawah pemantauan doktor. Buat masa sekarang, itulah yang terbaik.

"Awak tahu tak Khai ada anak?" Datin Farina membuka mulut setelah suaminya naik ke katil.

"Tahu," kata Dato Muhsin.

"Apa awak rasa kalau dia nak ambil anak haram tu duduk sekali dalam rumah kita? Tak ke malu kita nanti... Apa jiran-jiran kata?" Dua hari tiga malam Datin Farina memikirkan isu ini tidak henti. Setiap kali teringatkan Khairul, setiap itulah dia berasa sesak.

"Farina, biarlah Khai nak bertanggungjawab. Apa kesilapan yang dia buat pada hari ni disebabkan kekhilafan kita sendiri sebagai ibu bapa dia sewaktu dahulu. Pedulikan saja soal orang lain. Lebih baik kita fikirkan kebahagiaan anak kita." Dato Muhsin maklum tentang keadaan anak mereka yang asyik demam tidak kebah. Khairul diberikan pelepasan bercuti sehinggalah keadaan pulih seperti sedia kala.

"Awak tak malu?" Nampaknya Datin Farina masih tidak berpuas hati. Anak yang dibanggakan selama ini hendak dipertahankan.

"Saya dah cukup malu bila gagal didik Khairul jadi manusia. Sekarang ni dia sendiri nak bina keluarga. Jangan masuk campur. Kita lihat sahaja dan tolong jika perlu." Dato Muhsin berasa malas mahu panjangkan perbualan. Kain selimut ditarik menutup sebahagian badan. Berpura-ura hendak beradu sedang isterinya berwajah cemberut.

"Seronoklah budak perempuan tu dapat kahwin dengan orang kaya."

Lelaki itu pun menghelakan nafas kesal. Dipandang isterinya lama. "Kaya ke miskin semua sahaja. Apa yang  awak banggakan sangat akan hilang suatu hari nanti. Di pengakhiran kehidupan kita semua nak yang baik-baik."

Setiap jiwa inginkan kebaikan dan kebahagiaan. Tiada yang memilih untuk hidup sengsara.

Makin sakit hati Datin Farina pada setiap jawapan sang suami. Dia mula membentak kecil di atas katil. "Awak patutnya menyebelahi saya tau. Bukannya nak salahkan saya sebab pertahankan maruah anak sendiri. Saya nak jaga aib Khai daripada dijaja orang lain. Kalau Khai kahwin dengan perempuan tu, mesti nanti tular berita tak baik."

"Kan saya kata... Pedulikan je lah orang lain. Kita hidup bukan untuk puaskan hati manusia, tapi kita hidup untuk Allah."

Nasihat Dato Muhsin tidak mampu mengubah pendirian Datin Farina. Bagaikan mencurah air ke daun keladi sahaja, wanita setengah abad itu masih berkeras kepala dan merasakan bahawa apa yang dilakukan ke atas Khairul Iddin semuanya betul belaka. "Susahlah cakap dengan awak ni."

"Jangan serabutkan Khairul. Anak kita tengah sakit di hospital. Apa doktor kata?" Dato Muhsin mengiring menghadap isterinya, mengubah topik perbualan. Usah dilayankan orang yang mengikut perasaan, kelak nanti makin menjadi-jadi.

"Doktor cuma kata Khai penat... Sebab tu dia tak larat. Siang tadi masa saya melawat, badannya panas. Nanti lepas masukkan air, insya Allah suhu dia akan kurang." Pada tahun ini, tidak dinafikan bahawa anak tunggal mereka kerap ke hospital. Datin Farina meleraikan silang tangan. Perlahan-lahan memboloskan diri ke dalam selimut juga.

TUAN KHAIRUL ✓  [C] Where stories live. Discover now