Bab 1

208K 5.4K 432
                                    

Hari pertama tingkatan empat... tiada apa yang lebih teruk daripada berebut bilik air dan berasak-asak. Dari tingkatan satu Hani bersekolah di sini. MRSM Baling. Jauh dari keluarga yang tinggal di bahagian pantai barat semenanjung Malaysia. Hani masuk ke dalam bilik air dan terus mandi.

Tunggu giliran? Peraturan itu bukan untuk Hani. Bukan berlagak hebat, bukan kaki buli sekolah. Apa yang membuatkan Hani digeruni ialah auranya. Sifat kepimpinan semulajadi, tidak sombong ilmu tetapi tidak mudah didekati. Auranya sahaja sudah membuatkan junior hormat kepadanya.

Tiada siapa yang berani untuk mencari fasal dengan Hani. Kata-katanya sahaja sudah cukup untuk mendiamkan mulut seseorang. Pernah sekali, ada seorang pelajar lelaki menangis sehingga melutut. Dia menyuruh Hani membuat latihan sekolahnya kerana dia yakin dia mampu untuk menundukkan Hani. Ternyata sangkaannya meleset. Ayat yang Hani beri amat mudah dan ringkas "kalau nak jadi bodoh, kau tak payah suruh mak bapak kau kerja susah nak sekolahkan kau dekat sini. Sedar sikit adik beradik kau tu ada 6 orang" [jangan tanya macamana Hani boleh tahu. Latar belakang Hani sangat misteri hehehehe]

Top student sekolah, pointernya sentiasa 4.00 sejak daripada tingkatan satu. Walaupun begitu, namanya juga sangat terkenal dalam kalangan prankster senior kerana prank yang Hani lakukan pada setiap tahun sangat gempak. Tahun lepas, bersama dengan abang-abang senior tingkatan 5, mereka memutuskan belakan elektrik bangunan akademik dan menyebabkan pengetua ataupun lebih mesra dipanggil ayahanda terpaksa membatalkan ceramah berkaitan akademik dan bla bla bla yang sudah diulang berpuluh kali. Itu hanya permulaan, dalam jeritan pelajar yang takutkan gelap, tiba-tiba satu layar putih terbentang bersama lampu spotlight menghala ke arah kain yang besar. Terdapat tulisan "Semoga Panjang Umur, Ayahanda" dan kek hari lahir ayahnda Hani bawa masuk ke dalam Dewan Melati. Serentak semua pelajar menyanyi. Ironiknya, prank itu dirancang tiga hari sebelum hari lahir ayahnda!

Cuma satu sahaja kekurangan Hani, dia tidak pernah cuba untuk berkawan dengan sesiapa. Semuanya kerana rakan baiknya telah menuduhnya mencuri sedangkan mereka baru sahaja tingkatan satu. Hani yang petah berkata-kata berjaya membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Rakannya itu terus dibuang daripada Maktab.

Bangunan Akademik, Kelas 4 Alfa.

Seperti biasa, Hani pergi ke bahagian tempat duduk kegemarannya. Bahagian tengah di bawah kipas. Kakinya berhenti melangkah. Matanya tajam menikam susuk tubuh seorang pelajar lelaki yang sedang tidur di atas mejanya. Rakan sekelasnya mengabaikan sahaja pelajar lelaki itu kerana mereka tahu Hani tidak suka urusannya diganggu. Hani meneruskan langkahnya dan duduk di sebelah pelajar lelaki itu dan...... terus tidur!

Sejujurnya, Hani terlalu penat kerana dia baru sahaja sampai ke maktab 4 jam lalu kerana bas yang menghantarnya dari selangor mengalami masalah teknikal. Mujur sahaja dia dan Pak Jaga mempunyai hubungan yang agak rapat.

Cikgu Idayu masuk berlenggang dengan tangannya membawa fail putih dan beg tangan Prada. Ucapan salam diberi dan dibalas.

Cikgu Idayu menulis sesuatu pada papan putih dan meminta semua menyalinnya.

"Weh, yang kau guna tu pemadam aku"Hani menegur pelajar lelaki yang duduk di sebelahnya kerana pemadam itu bertanda segitiga.

"pemadam ni aku punya la" jawab pelajar itu perlahan.

"aku taknak gaduh sebab pemadam, lepas guna jangan buat harta" Hani mengingatkan.

"masalahnya ni pemadam aku" pelajar itu menfikan lagi. Memang itu pemadam dia! Agaknya...

"aku baru buka tak guna lagi" Hani tidak mahu kalah.

"aku pun baru buka juga baru first time guna" pelajar itu membalas tidak mahu kalah.

"Apa masalah kau" Hani menjeling

"Kau kena PMS ke apa ni, pagi-pagi nak cari fasal" dia tersenyum sumbing.

"Kau jangan nak cari fasal la budak baru" Hani membentak dengan nada yang agak tinggi. Moodnya kurang baik pada hari ini, mungkin kerana kepenatan.

"apa masalahnya?" Cikgu Idayu menghampiri.

"makhluk ni ambil pemadam taknak mengaku cikgu" Hani berkata perlahan. Dia sudah tidak larat dan inilah yang akan berlaku sekiranya Hani tidak cukup rehat, perangai kebudak-budakan akan keluar.

Pelajar lelaki itu berdiri. Hani memandang tepat ke arah mata pelajar lelaki itu. Subhanallah... indah, matanya bercahaya. Fokus Hani!

"Makhluk ini namanya Irfan. Pemadam itu memang pemadam saya" Irfan tidak tahu kenapa dia perlu meneruskan pertarungan pemadam ini. Tetapi, ada sesuatu yang menarik tentang Hani.

"cikgu!" Hani membentak. Ya Allah rasa nak tidur makin kuat.

Irfan yang agak bengang kerana pada hari pertama petukarannya daripada MRSM Taiping, dia sudah terlibat dengan masalah perempuan mana entah ni. Hanya kerana sebiji pemadam 60 sen!

"Aku tahu nak buat apa" Irfan menjeling pemadam itu dan terus membahaginya kepada dua.

"I hate you" Hani memberi jelingan maut kepada Irfan. Berani budak ni kerat pemadam orang sesuka hati! Ya Allah cepatlah rehat, Aku nak tidur!

Cikgu Idayu keluar daripada kelas. Dia sudah dapat merasakan bahawa akan ada banyak masalah yang akan timbul nanti.

Kafe Indigo.

Mata Hani melilau mencari ruang kosong. Yes! Ada satu. Wait, tapi ada junior. Ala, bukan nak makan makanan dia pun. Hani terus duduk di situ, lagipun perempuan.

Si junior yang terkejut dengan kehadiran Hani terus mengangkat pinggannya yang belum habis dimakan kerana dia menyangka bahawa dia sudah mengganggu tempat makan Hani, senior yang disegani.

"Belum habis makan, kenapa bangun?" Tanya Hani. Suaranya lebih lembut daripada biasa.

"A..akak ttak kisah?" Si junior bertanya.

Hani melemparkan senyuman dan mengangguk. Si junior tersenyum dan kembali duduk.

Hani dapat membau masalah! Gerak hatinya mengatakan bahawa sesuatu akan berlaku. Ya tepat! Masalah itu berbau sangat wangi sehingga dia terpaksa menahan sesak nafasnya. Sekumpulan senior tingkatan 5 yang Hani tidak pernah suka kerana mereka terlalu sombong dan bajet kaya.

"Budak, bla ni tempat kami" Amy atau Hani gelar hamba menghalau budak itu. Sudah biasa dengan senario itu, Hani biarkan sahaja. Dia tahu memang tiada siapa berani menghalaunya tidak kira senior apatahlagi junior.

"Woi hodoh, kau pekak ke" seorang daripada mereka menjerit. Hani tersenyum sumbing. Ini budak baru masuk tak tahu peraturan.

Hani menjeling ke arah pinggan si junior. Hampir kosong. Pinggannya yang masih penuh dipegang.

"Dik, bangun ikut akak" Hani berkata rigkas. Kemudian dia terus bangun. Ketika berselisih dengan ketua kumpulan itu, Hani berkata sambil tersenyum sinis.

"Sis, kita tak ada masalah. Budak hodoh yang jerit tadi, sis tolong ajar elok-elok tak sesuai untuk group sis. Kalau saya yang handle tak fasal-fasal semua rahsia terbongkar" Hani menghulurkan mi goreng basahnya kepada pelajar yang menjerit tadi.

"Terima kasih akak" si junior tertunduk.

"Kalau dibuli, report dekat cikgu okey?" Kata Hani sebelum meninggalkan budak itu.

Hani seakan tidak percaya, budak tadi terus berlari dan memeluk seorang pelajar lelaki. Bila diamati, itu Irfan. Entah kenapa hati Hani rasa terbakar. Tak guna punya Irfan, baru hari pertama dah buat hal. Bentak Hani. Ah, lantaklah! Kenapa aku nak kisah! Hani terus menuju ke perpustakaan dan tidur.

The Silent KillerWhere stories live. Discover now