Hani terus melangkah laju sambil menarik Lyana untuk ke kedai buku. Nabil dan Irfan yang berjalan di hadapan kini sudah jauh ketinggalan. Buku dan Hani ibarat magnet berlainan kutub yang sentiasa mempunyai daya untuk menarik antara satu sama lain. Dunia buku adalah dunia Hani. Baginya membaca pengubat duka. Sejak dari kecil dia tidak mempunyai kawan rapat kerana asyik berkurung di dalam dunia bukunya sehinggalah Irfan muncul. Kehilangan Irfan secara tiba-tiba memberi satu tamparan yang hebat untuk Hani dan dirinya yang lama muncul kembali. Senyuman palsu menjadi kebiasaannya.
Rak buku agama diperhatikan. Sudah lama dia ingin mencari buku Fiqh Wanita tetapi selalu tidak kesampaian. Jumpa! Buku itu terletak agak tinggi. Sungguh Hani malu untuk menjingkit. Irfan dipandang kemudian dia menunjuk kearah buku yang terlalu ingin dibelinya itu. Irfan ketawa kecil. Sudah masak dengan perangai Hani yang tidak suka kelihatan rendah.
"Adik ni pendek sangat ya? Ibu adik mana?"Sakat Irfan. Buku Fiqh Wanita dicapai dengan mudah.
"bukan aku yang rendah okay, buku tu yang tinggi sangat. tak mesra kaum Hawa betul! Sepatutnya letak lah bawah sikit tukar tempat dengan buku Fiqh Lelaki"Hani menyambut huluran Irfan sambil mengomel, menunduk sedikit dan terus mencari Lyana yang sedang tenggelam di dalam lautan buku fantasi inggeris.
Irfan tersenyum. Nampaknya Hani masih lagi ingat cara mereka. tunduk tanda perkenalan, terima kasih dan maaf. Ucapan tidak perlu dalam hubungan pelik mereka.
"Abang ni kacak lah, sorang je ke?" tiba-tiba muncul tiga orang gadis bawah umur menegur Irfan.
Hani yang terpandang situasi itu mengangkat kening. Irfan membiarkan sahaja pertanyaan budak-budak lingkungan umur 17 tahun itu. Dia menghantar isyarat halus kepada Hani. Hani menggeleng. Kau uruskanlah budak-budak tu.
"tak sendiri, tengah tunggu yang tudung pink tu." Irfan menunjuk kearah Hani.
"couple ke?" yang tengah bertanya. Mereka nampak macam terlalu muda untuk berkahwin. Tekanya.
'Eh banyak soalan pula budak ni. Aku lipat jadi sandwich karang' desis Irfan geram.
"takde lah, musuh. Soulmate." Irfan terus pergi kearah Hani. Tidak kuasa dia hendak melayan budak-budak tak cukup umur.
"OMG! Sweetnya aku harap aku dapat lelaki macam tu" Kedengaran salah seorang daripada mereka memuji Hani dan Irfan.
"makcik kau dah ke belum?"Irfan bertanya dengan laju.
"sekejap ya. Nak bayar, bi mana?" lucu Hani melihat reaksi muka Irfan yang seakan-akan anak kecil yang ingin pulang kerumah.
"adik kau dah besar lah, takkan nak aku escort masuk tandas pula" Irfan membuat muka bosannya. Sayang sangat dengan adik padahal adiknya sudah cukup syarat pergi berperang!
Selepas membayar mereka menunggu Nabil. Beberapa minit kemudian, Nabil kelihatan sedang berlari.
"Tandas mall sesak gila tadi, nak melepas pun tak senang" Rungut Nabil perlahan.
"ayat main lepas! Tak malu dengan Lyana ke" Tegur Hani.
Kak Hani dan Abang Irfan sama sahaja. Kedua-duanya telinga lintah! Termalu pula Nabil. Bagaimana dia boleh terlupa yang kawan kakaknya juga ada disitu?
"jom bowling!" Ajak Nabil menutup malu.
~
Pusat bowling tidaklah begitu sesak. Hani lebih suka duduk kerana bowling bukanlah sukan yang dia mahir. Apa yang dia tahu Nabil dan Lyana memang raja dan ratu sukan ini. Irfan pula main bowling dengan gaya dia. Gaya kura-kura terbang lah, harimau mencakar lah. Irfan tetap Irfan, sentiasa dengan gaya pelik tersendiri.
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!