Bab 37

46.3K 2.5K 177
                                    


Pulapol. Tiada siapa yang menjangka Hani akan menjejakkan kaki ke sini. Berbekalkan segulung Ijazah dalam bidang kejuruteraan kimia pada usia muda, dunia kepolisan menjadi pilihannya.. Jiwanya kuat mengatakan ini pilihan yang tepat. Puas memujuk ayah dan ibu akhirnya rela. Ibu dan ayah mana yang sanggup melihat anak gadis yang diasuh dari bayi memilih kerjaya yang melibatkan nyawa dan darah? Hani seorang anak yang cepat berdikari. Biasalah, anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Abang dan adik pasti dapat perhatian yang lebih walaupun dia tahu ayah dan ibu tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak-anak. Ibu dan ayah Hani suka dengan sifat hani yang satu itu kerana memudahkan urusan mereka sehingga satu hari.

"Ibu, Hani nak jadi polis" Kata Hani ketika mereka sekeluarga sedang dudk bersantai.

"kenapa? Habis penat belajar selama ni nak letak mana ijazah tu?" Ibu meletakkan cawan kopi yang dipegangnya. Terkejut dengan kata-kata anak keduanya. Ayah melipat surat khabar dan mula memberi perhatian kerana hal ini melibatkan masa depan anaknya.

"entah la, Hani rasa Hani lebih suka dengan tugas polis. Ibu tahu kan yang Hani masuk SUKSIS? Hani rasa seronok sangat. Jiwa Hani memang kearah tu" Hani berkata lembut.

"Ayah tak setuju, anak gadis ayah nak jadi polis? Kamu boleh sambung belajar, buat Master Ph.D gajinya lebih lumayan berbanding gaji polis." Ayah cuba menegah lembut.

"Ibu pun tak setuju, sanggup kamu berpanasan bekejar sana-sini dihina dicaci semua benda kena buat sendiri" Ibu dan ayah bercanggah pendapat dengan Hani.

"Ayah, Ibu. Hani bukan nak jadi anak derhaka, Hani harap ayah dan ibu dengar Hani. Jangan simpan dalam hati ya? Selama ni memang Hani dan biasa buat semua sendiri. Dari kecil Hani makan sendiri pakai baju sendiri sebab ibu kena jaga adik. Hani main sendiri sebab ayah suka main badminton dengan abang. Sampai Hani masuk sekolah menengah, jarang ayah dan ibu melawat Hani, Hani balik dari asrama pun sendiri naik bas dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 tak apa Hani faham, sekolah Hani jauh di Kedah. Ayah tak suka pandu tempat jauh. Abang dengan Adik perginya dihantar baliknya dijemput Hani tak pernah kisah. Setiap tahun Hani naik pentas terima hadiah sendiri. Ibu dan ayah taka da. Masa hari graduasi tingkatan 5, ayah dan ibu dah janji nak datang tetapi ayah dan ibu batalkan sebab abang juga ada majlis graduasi taka pa Hani faham sebab abang yang sulung lagi-lagi abang dapat anugerah dekan, Hani sendiri tak sangka yang Hani dapat anugerah tokoh pelajar. Bila Hani balik, Hani ingatkan nak bagi ibu ayah lagi gembira tapi ibu ayah langsung tak tanya Hani sebab haritu adik dapat result PMR 9A ibu ayah gembira sangat sampai lupa Hani balik haritu Hani tak kisah tidur luar malam tu sebab kebahagiaan ayah ibu juga kebahagiaan Hani. Piala yang Hani dapat semua Hani susun dalam bilik Hani sebab rak piala dekat depan dah penuh dengan abang dan adik punya piala. Satu hari masa Hani balik, Hani tengok piala Hani bersepah malah ada yang patah. Hani tahu adik yang buat. Bila Hani marah adik, ibu kata piala tu takda harga pun. Sedangkan piala abang dan adik ibu simpan dalam almari piala Hani yang kena tolak tepi. Semua usaha Hani, Hani rasa sia-sia disebabkan oleh ayat ibu. Setiap piala yang patah tu adalah piala tempat pertama pidato, catur dan debat bukan peringkat daerah tetapi peringkat kebangsaan. Hani terasa sangat patah hati Hani lagi bila ayah kata Hani tak matang tapi Hani diam sebab Hani tahu ibu dan ayah pening dengan urusan kerja. Hani punya permintaan jarang sangat ayah dan ibu tunaikan tak macam abang dan adik tapi Hani tak kisah sebab itu semua Hani boleh beli sendiri. Duit belanja bulanan Hani kumpul untuk beli telefon. Hani minta sekali sahaja ibu, ayah. Sudah lama Hani tak minta sesuatu. Hani nak jadi polis. Ibu ayah berilah restu Hani cuma nak restu itu yang penting. Ayah, ibu. Kerja ini kerja yang mulia Hani nak berkhidmat untuk negara. Hani impikan syahid seperti nama Hani. Nur Hani Syuhada. Ayah ibu fikir lah dulu, kalau masih tak izinkan, Hani tak boleh buat apa-apa Ibu ayah tak perlu paksa diri terima keputusan Hani. Hani tak akan hantar borang selagi ayah ibu tak restu." Hani tenang walaupun mutiara jernih mula mengalir.

Ibu dan ayah berpandangan sesama sendiri.

"Ya Allah,Hani. Maafkan ayah, maafkan ibu. Kami tak pernah sedar yang Hani rasa sampai macam tu. Ibu reda Hani. Ibu rela pergilah. Ibu minta maaf. Ibu tak pernah sedar anak ibu yang nampak kuat dan tabah ni sebenarnya sakit dan rapuh. Tak pernah satu malam pun berlalu tanpa doa ibu kepada Allah agar dia jaga Hani dan anak-anak ibu. Bila Hani balik dari asrama, ibu suka sangat ada juga orang yang boleh bantu ibu. Hani tak pernah merungut. Ibu reda ibu restu." Air mata ibu mengalir.

"Maafkan ayah Hani. Ayah rela, restu ayah sentiasa ada dengan kamu. Tak pernah lagi kan? Ayah halang Hani masuk apa-apa pertandingan sebab ayah tahu Hani boleh lakukan yang terbaik. Bila Hani balik asrama, Hani sangat rajin bantu ayah bantu ibu sehingga kami lupa nak tanya. Kami ingatkan Hani gembira sebab Hani tak pernah melenting. Bila Hani tidur, ayah masuk bilik Hani. Satu malam, Hani mungkin tak sedar, Hani menangis dalam tidur. Air mata Hani kesayangan ayah menitis. Ayah nak tahu sangat apa yang Hani fikir sampai macam tu sekali jadi malam itu ayah tak tidur. Ayah duduk dekat dengan Hani. Hani tak sedar Hani bercakap masa tidur ayah dengar dan ayah takkan lupa. Hani cakap Ibu dan Ayah tak sayang Hani. Malam tu ayah fikir balik. Memang tak salah kami beri nama Nur Hani Syuhada kepada Hani. Ayah dan ibu sayang Hani. Tak pernah sedetik pun kami lupakan Hani. Ayah restu" Air mata ayah juga gugur.

Petang itu, mereka berpelukan. Restu ayah dan ibu serta reda Allah. Tiada apa yang lebih penting. Hilang reda ibu bapa hilang juga reda Allah. Sungguh Hani tak mahu hidup dalam kegelapan tanpa cahaya daripada kasih sayang Allah.

Hani terjaga. Memori lama kembali menerjah kotak mindanya. Air mata dikesat. Mukanya dicuci dengan air. Jam diintai. 4:00 pagi. Dia mengambil peralatan mandi dan terus keluar ke bilik air. Sepuluh minit kemudian dia keluar dengan wajah yang segar.

'Hari baru, kehidupan baru. Ayah dan ibu. Terima kasih atas restu kalian. Hani dah berjaya' Hani tersenyum sendiri.

"gila ke senyum sorang-sorang" Irfan menegur dari belakang. Sakit Jantung mak!

The Silent KillerWhere stories live. Discover now