Bab 14

51.2K 2.8K 187
                                    

Panik.

Irfan terus memberhentikan motornya. Laju belari kearah tempat kejadian. Matanya menipu.. ya tolonglah... Ya Allah, itu bukan motor Hani. Abang Din yang panik terus menelefon 999.

"Hani, jawab hani!" Peluh dingin Irfan mula menitis.

"Jawab la sengal" Irfan bimbang.

Motor di hadapannya sudah hancur berkecai. Remuk bersama penunggang. Digilis lori kontena.

Janganlah...

Ya Allah...

Minta jauhkan...

"Kau jangan nak gelabah sangat boleh tak" Hani mengesat darah di bibirnya.

Tindakan refleks Irfan jatuh terlentang.

Hani keluar dari sebalik rumput hijau di tepi lebuh raya. Nasibnya baik kerana tiada penghadang jalan.

Tidak semena-mena Irfan sujud syukur di situ.

Rupanya mayat yang digilis itu ialah seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar dan melebihi hadlaju. Pemandu lori kontena itu terlanggar penghadang jalan dan masih tidak sedarkan diri.

Tidak lama kemudian bantuan tiba.

"Cik tunjuk lesen" arah seorang pegawai kerana muka Hani dan Irfan kelihatan terlalu muda. Abang Din diminta untuk memberi keterangan tentang kejadian berkenaan pada pegawai lain.

Hani mengeluarkan dompetnya. Sungguh kebal manusia ini. Baru kemalangan langsung tidak tunjuk tanda-tanda trauma.

Pemandu kontena yang baru sedar dari atas katil ambulan cuba untuk melarikan diri. Pantas pegawai yang meminta lesen mereka membaling kasut yang dipakainya.

Strike!

Pegawai polis paling cool dalam sejarah!

Rupanya, semasa memandu, pemandu itu ngantuk dan didapati paras alkohol dalam badannya agak tinggi dalam perkataan mudah mabuk. Motor yang digilis itu tiba-tiba mencelah dan mereka berlanggar. Hani yang menjadi mangsa momentum perlanggaran tergolek dan motornya sedikit rosak.

Selesai memberi keterangan, Abang Din menjenguk keadaan motor Hani, masih elok cuma pecah sedikit badannya. cadangnya malam ini mereka akan bermalam di Perak jadi mahu tak mahu perjalanan perlu diteruskan.

"Hani, okey? Darah kat bibir tu dah berhenti belum? Nak buat check-up? Nak bonceng abang?" Cadang Abang Din.

"Hani okey, kita teruskan je lah motor tu elok lagi kan?" Hani tersenyum. Mukanya sedikit sakit kerana bibirnya pecah sedikit.

"Nah monyet" Irfan menghulurkan pisang sebagai pengganti tenaga yang hilang.

"Kalau aku monyet, kau tu monyet borneo hidung besar punggung merah!" Hani mengambil pisang yang dihulur oleh Irfan. Irfan sedang makan dua biji pisang.

"Nampaknya monyet-monyet abang sihat" Lega Abang Din melihat mereka berdua.

Sebelum bergerak Abang Din menukar motornya dengan Hani. Bimbang pula ada kerosakan yang tidak dijangka.

"Hani..." tiada respond

"Hani... jangan tipu... kau menggeletar tadi" suara Irfan jelas kedengaran masih berfungsi rupanya alat perhubungan mereka.

"Hani... fokus... tak mampu, bagitahu... aku minta maaf sangat minta kau ikut tapi aku tahu kau nak" Lembut sahaja suara Irfan.

"Senyap la kau" respond Hani.

Terasa bagai ada angin yang datang. Hani menoleh ke sebelah kanan.

Irfan!

"Pandang depan la sengal, nanti tergolek lagi sebab aku kacak sangat" Irfan ketawa perlahan.

Hani malu! Dush!! Dia perasan pula!

Sunyi.

Satu suara merdu hinggap di telinga Hani. Lancar sahaja bacaannya. Itu Irfan mengalunkan ayat suci al-quran walaupun tidak berlagu namun tajwidnya cukup sempurna.

Sehingga ayat ke sepuluh, Irfan berhenti.

"Kenapa berhenti?" Hani bagai merungut.

"Aku ingat sampai situ je. Nak full version kau kidnapp la mana-mana budak tahfiz" jawab Irfan sempoi.

"Tu surah apa?" Soal Hani tenang sahaja rasanya.

"Surah Taha, surah untuk melembutkan hati batu macam kau" Irfan ketawa dihujung ayat.

"Dan kau!" Hani tidak suka diusik begitu.

"Ya, dan aku. Abah aku baca surah tu depan aku sampai aku dah hafal" Irfan tersenyum senget.

"Welcome to Perak Darul Ridzuan tempat lahirnya seorang Ahmad Irfan" kata Irfan sebaik sahaja mereka melepasi pintu gerbang.

"Aku ingat kau orang Selangor" Hani keliru.

"Aku asal Perak, yang kita nak pergi ni rumah Nenek aku " Terang Irfan.

Langit semakin gelap. Mereka akan bermalam di sini. Esok pagi baru mereka sambung perjalanan.

Sekejap?!

Di sini?!

Tengah Padang komuniti kampung entah apa namanya ni?!

Hani memandang mahluk tuhan berdua di hadapannya minta kepastian.

"Apa yang korang harapkan? Hotel lima bintang? Abang kasi lagi grand! Hotel setrilion bintang. Dah cepat ambil wuduk. Solat Isyak jamak takhir, Irfan imam" Abang Din menahan tawanya melihat dua budak 16 tahun terkial-kial.

"Abang kan ada kenapa Irfan pula?" Irfan menolak. Ada ke patut lebih 5 jam atas motor, akhirnya tidur atas rumput.

"Takkan abang nak suruh Hani. Jadi ajaran sesat nanti. Kenapa? Irfan kan dah lama sunat apa masalahnya? Jadi Imam pun bertolak-tolak macamana nak jadi pemimpin." Dush Abang Din cakap direct.

Mereka bergerak ke arah surau. Usai ambil wuduk, Hani terus masuk ke dalam surau dan memakai telekung. Abang Din memanggil Hani untuk solat bersama.

Bacaan Irfan baik tetapi banyak yang Abang Din tegur, kurang dengung ra tebal ra nipis . Hani sendiri tidak faham. Baginya bacaan Irfan jauh lebih baik berbanding dirinya.

Malam itu, mereka membuat unggun api dan makan pisang yang dibeli.

"Terima kasih bawa Hani bersama, banyak yang Hani belajar" lembut sahaja suara Hani. Irfan terkejut tiba-tiba Hani berubah menjadi gadis melayu terakhir!

"It's nothing la" jawab Irfan.

"Aku tengah cakap dengan Abang Din la gila" Hani menjeling Irfan. Perasan!

Dush! Tak guna kau. Aku yang ajak bukan Abang Din. Bentak hati Irfan. Terus dia masuk ke dalam beg tidurnya.

"Alalalala sepupu kesayangan abang merajuk" Abang Din ketawa terkekeh-kekeh.

Hani menurut jejak langkah Irfan dan menzip segala zip dan menarik segala tali biar ketat beg tidurnya.

Tidurlah...

Irfan dan Hani tidur bersebelahan. berlantaikan rumput berbumbungkan langit. Dipisahkan oleh sesikat pisang.

"Kau dah tidur ke" bisik Hani.

"Dah" jawab Irfan.

"Oh" Hani lurus!

"Oi sengal, mana ada orang dah tidur bercakap" Irfan ketawa perlahan.

"Terima kasih" tutur Hani perlahan.

"Untuk apa?" Irfan baring menghadap langit.

"Untuk ilmu kehidupan yang kau bagi. Aku tak cukup baik tapi aku cuba jadi baik." Hani jujur, dengan Irfan tiada apa yang dilapik entahla gelaran musuh yang Hani beri menyebabkan dia selesa?

"Aku pun tak cukup baik, aku cuba jadi baik" Irfan menarik nafas.

Kosong.

Sepi.

Sunyi.

Pedih.

Mereka sama,

Mencari sesuatu yang hilang.

Esok hari baru, semoga tabah...

The Silent KillerWhere stories live. Discover now