Cahaya putih yang bersinar terang membangkitkan Hani daripada tidur. Dia cuba memikirkan apa yang telah berlaku. Kelihatan Irfan sedang merenungnya. Rambut Hani berterbangan ditiup angin.
'Rambut? Ya Allah mana tudung aku? Kenapa aku pakai macam ni depan Irfan' Hani terus berlari kearah tempat tersorok. Dia sedang memakai gaun merah tanpa lengan yang sangat anggun dan menyerlahkan lagi kulitnya yang putih melepak. Diintainya Irfan yang sedang menghampiri.
"Hani, keluar." Irfan bersuara lembut.
"kenapa aku pakai macam ni Irfan?" Hani bertanya kebingungan.
Tiba-tiba, baju yang Hani pakai menjadi seberat besi sehingga dia tidak mampu berdiri. Bajunya juga mula terasa panas seperti baru dibakar. Irfan memandang tanpa belas kasihan walau sedikit.
"Aku dah beri amanah kepada kau, andainya kau tahu betapa beratnya amanah yang kau dah abaikan tu, pasti kau menyesal" Irfan tersenyum sinis seperti mengejek Hani.
"tapi, kau dalam bahaya" Hani berwajah muram. Bahang panas mula membakar hujung baju Hani.
"jangan jadi bodoh, walau nyawa terkorban ingat Hani, jangan pecah amanah. Ini kali pertama dan terakhir aku cakap fasal amanah. Jika kau masih berdegil, aku ucapkan selamat tinggal untuk selamanya. Bangun sekarang abaikan aku. Allah jaga aku. Balik jaga Lyana, dah berapa jam kau tinggalkan dia" Irfan membuka kot panjang yang dipakainya dan diletakkan di atas badan Hani. Rasa panas sudah hilang.
Perlahan-lahan, Hani membuka matanya. Dinding putih hospital ditatap lama.
"syukur puan sudah sedar, pesakit yang bersama puan tadi juga kami sudah pindahkan ke wad biasa"seorang jururawat yang menjaga Irfan memberitahu Hani. Kebetulan dia berada di situ.
"saya keluar dulu lah ya, nak uruskan payment" kata Hani dengan bibirnya yang pucat.
"pesakit tadi suami puan ya? Beruntunglah dia dapat isteri yang cantik dan prihatin macam puan" si jururawat memuji walaupun keadaan Hani seperti tidak terurus, namun seri wajahnya tetap kelihatan.
"dah sedar ke dia?" soal Hani ingin tahu.
"belum, tapi dia memang hebat. Cepat sahaja dia stabil, suami puan kerja apa ya" tanya si jururawat ingin tahu.
Hani hanya menguntumkan senyuman. Kasut dipakai dan dia terus menggagahkan diri untuk ke kaunter pembayaran. Kemudian, kereta polis dipandu unuk pulang ke rumah Lyana.
~
Pintu rumah Lyana diketuk perlahan. Pembantu rumah Lyana terkejut melihat keadaan Hani. Lyana yang baru melihat kearah pintu terus bangun memeluk Hani.
"apa dah jadi Hani? Mana Irfan? Bukan ke bom tak meletup?"Tanya Lyana.
"I am so sorry Lyana, I sepatutnya jaga you. I minta maaf sangat sangat sebab pecah amanah" Hani ingin menangis tetapi air matanya sudah kering.
"it's okay, I selamat. Jomlah tukar baju. Lepastu sarapan." Mereka masuk ke dalam rumah. Hani menunduk sedikit kepada semua yang berada di dalam rumah.
Selepas Hani membersihkan diri, dia terus duduk di atas katil Lyana. Baju Irfan yang besar membaluti tubuhnya. Skirt labuh kepunyaan Lyana dipakai.
"Hani, I takada tudung labuh" Lyana memberitahu Hani. Dia kesal kerana terasa yang dirinya begitu jahil.
"I boleh pakai balik tudung I" Hani melegakan hati Lyana.
Mereka turun untuk bersarapan. Setelah mengumpul kekuatan, Hani menerangkan keadaan Irfan.
"Saya minta maaf kerana saya melanggar amanah yang diberi, sepatutnya saya uamakan Lyana. saya menemui Irfan yang cedera teruk semalam. Dia telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari lengannya dan menerima beberapa jahitan. Keadaan dia sudah stabil sekarang." Hani melaporkan dengan penuh professional.
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!