Bab 33

48K 2.6K 234
                                    

Hani memandang Irfan dengan rasa tidak puas hati. Sungguh dia tidak suka orang yang tidak menghabiskan ayat.

"kau tidur lah, biar aku yang jaga" Irfan menukar topik.

"Bila next episode? Tadi kata to be continue" Hani bernada geram.

"Bila masanya tiba"Irfan tersenyum nipis. Hujan yang masih belum reda ditatapi.

"selimutkan badan kau dengan pashmina ni, untung aku bawa tadi. Kau mesti sejuk sebab baju kau basah." Hani mengambil sesuatu dari dalam begnya. Lantas dihulurkan kepada Irfan.

"Kau selimutkan badan kau je lah, aku okay. Lebih sejuk dari ni pun aku pernah rasa"Irfan menolak lembut.

Hani berjalan kearah Irfan yang sedang membelakangkannya. Pashmina bercorak bunga mawar hitam diletakkan di atas bahu sasa Irfan dan dia terus berlari serta pura-pura tidur. Irfan memusingkan badannya ke belakang. Tersenyum dia dengan gaya tidur Hani yang comel. Hani tidur duduk dan berselimutkan telekung, mungkin dia ada dua telekung. dan muka ditutup dengan sapu tangan bercorak mini mouse. Gerak hati Irfan mengatakan bahawa Hani sedang kesejukan.

"tidurlah srikandi negara" Irfan menyelimuti Hani dengan perlahan.

~

Hani terjaga. Jam tangannya menunjukkan pukul 4 pagi. Dia cuba mencari kelibat Irfan dalam samar cahaya unggun api yang masih belum terpadam. Sayu hatinya melihat satu susuk tubuh yang sedang mengerjakan solat malam. Usai Irfan berdoa, dia memusingkan badannya.

"Ya Allah terkejut aku!" Irfan terlatah. Manakan tidaknya, Hani yang serba putih sedang merenungnya. Latahan Irfan juga menyedarkan Hani.

"Irfan, can we talk?"Hani bersuara perlahan.

"kau nak tahajjud tak? Alang-alang dah bangun.mesti fasal wuduk kan?" Irfsn bertanya. Hani terkejut. Bagaimana seorang Irfan boleh baca fikirannya Hani menangguk perlahan.

"jom!" Irfan mengajak Hani keluar daripada gua.

Mereka berdiri dihadapan rumpunan keladi. Hani menangkat keningnya. Tanda tanya.

"perhatikan. First, kau tak akan guna air keladi ni. Kau kena guna embun dekat rumput bagi melindungi aurat kau faham? Daun keladi hanya benteng antara kau dan aku. Kau tak geli dengan tanah kan?" Irfan menyingsing lengan bajunya.

"kenapa aku nak geli dengan asal kejadian aku? Tak bersyukur namanya tu"Hani terus memerhatikan setiap gerakan Irfan. Setiap anggota diselati dengan penuh berhati-hati. Wajahnya yang hanya dibasahi dengan cahaya bulan nampak begitu tenang.

'Semoga dia dapat menghuni syurga Allah. Bertuah sungguh bakal isterinya nanti' doa Hani di dalam hati.dia terus pergi menyorok disebalik daun keladi dan mengambil wuduk dengan cara yang diajar oleh Irfan.

~

"kau selalu ke ambil wuduk tak guna air paip? Maksud aku.. aaa.. kau faham kan?" Hani ingin tahu. Banyak sungguh ilmu di dada Irfan.

"tak juga, biasanya aku guna air botol mineral tapi mengenangkan kau yang payah nanti nak jaga aku guna lah cara lain, masa aku ada job dekat Alaska dulu, kena cairkan ais baru ambil wuduk, sejuknya sampai tulang hitam!" Irfan bercerita tanpa sedar.

"Irfan, who are you? You are not a student right?" Hani memerangkap Irfan. Kata hatinya mengatakan yang Irfan bukanlah orang biasa.

"let me ask you the same question. Who are you?" Irfan memulangkan soalan Hani. Hani menggigit bibirnya.

"I am who I am. Apa cita-cita kau?life goal kau" Hani cuba mengubah topik.

"aku tak tahu macam mana nak explain, biasanya aku tak suka cerita dengan orang, tapi aku selesa dengan kau. life goals aku adalah maksud nama kau. Nur Hani Syuhada. aku nak jadi cahaya yang menggembirakan semua orang yang aku sayang. Aku juga mengimpikan syahid. mustahil atau tak impian aku biar Dia yang tentukan. Kau?" Irfan tersenyum nipis.

The Silent KillerWhere stories live. Discover now