Pagi yang indah dimulakan dengan kawad kaki ringkas dan senam pagi yang diketuai oleh Abang Bad, ketua bahagian aktiviti luar. Irfan menghentak dengan begitu kemas. Hani juga tidak mahu kalah segala hentakan dibuat dengan teratur. Hetak biar padu!
"Hani dan Irfan! Kamu berdua buat apa? Keluar dari baris sekarang" Abang Hamzah memanggil
Hani dan Irfan yang bukan main serius berkawad. Semangat mereka melebihi peserta kem gamaknya.
Satu langkah ke hadapan. Hentak 90 darjah. Pusing kanan . Hentak 90 darjah. Berjalan tiga langkah keluar. Hani dan Irfan yang berdiri bersebelahan pada barisan hadapan melakukan kawad keluar baris dengan begitu seragam. Semua mata terpegun melihat mereka. Tuan Azhar juga tidak lepas pandang. Hentakan mereka sangat padu!
"Wah wah... chemistry 100% bila masa kamu belajar kawad? Hentak 90 darjah sama paras pula tu"Soal Tuan Azhar kepada Hani dan Irfan.
"Sejak.... Sekolah menengah!"Jawab mereka serentak.
Bagai dipanah petir jantung Hani.
Hani dan Irfan saling berpandangan dengan muka pelik. Peniru tahap antarabangsa! Tetapi memang Hani tak dapat menafikan keindahan bunyi hentakan padu dari Air Max Irfan. Mereka terus berlari-lari anak untuk pergi ke kawasan memanah.
Sukan kegemaran Hani! Berlari kegirangan dia apabila melihat busur panah yang tergantung pada dinding tempat penyimpanan barang. Setelah semua barang siap diatur, Hani memegang busur panah kayu dan dua batang anak panah juga diperbuat daripada kayu yang tersandar pada tiang.
"cuba lah Hani, akak nak tengok" Kak Madihah isteri kepada Abang Hamzah memberinya semangat. Sudah lama Hani tidak memegang busur panah.
Hani begitu fokus untuk membidik kawasan 10 mata. Tap! Sasarannya mengena. Tepat tepat ditengah kawasan sasaran.
"Fuyoooo, Katnis Everdeen Muslimah version! Takat tu aku pun boleh buat lah" Irfan mengambil busur dan anak panah yang dipegang oleh Hani.
"hish! Macam tak ada busur lain!" Omel Hani. Tap! Kawasan memanah menjadi senyap. Anak panah Irfan membelah anak panah kayu yang dibidik oleh Hani sehingga terbelah dua.
"Dear Katnis Everdeen Muslimah version, busur dan anak panah ni saya yang punya, see?" Irfan menunjukkan ukiran namanya. Hani menepuk mukanya. Patutlah dari tadi Irfan tersengih-sengih memandangnya.
Para peserta kem menepuk tangan sekuat yang mungkin kerana terlalu kagum. Hani yang sedang membahang mengambil botol air yang diletakkan di atas meja jauh daripada peserta.
"tu botol air a..."belum sempat Irfan menghabiskan kata-katanya, Hani sudah meneguk air di dalam botol itu.
"Habis lah kau kena putus tunang dengan Dark Knight lepastu kahwin dengan aku.." Irfan ketawa terkekeh-kekeh
"Apa yang kau merepek tahap kerepek pisang tanduk ni Irfan?" Hani menutup botol dan mengesat mulutnya.
"Dah tu.. main panah aku, minum air aku.. air kau yang ini!" Irfan melambungkan botol air Hani. Sebenarnya dia yang terambil botol air Hani dahulu. Mereka mempunyai botol air dengan corak yang sama, yang membezakannya hanyalah kemik yang terdapat pada bawah botol air Irfan. Hani menangkap botolnya.
"Kau memang peniru kan?" Hani membentak geram.
"kau yang tiru aku!"Irfan tidak mahu mengalah.
"Fine! Jom kita lawan, siapa kalah dia peniru!" Hani mencekak pinggangnya.
"Okay! Kita lawan memanah. Guna busur yang aku bawa. Memang perlawanan kita dah ditakdirkan agaknya patutlah aku tergerak nak bawa dua busur!" Irfan berlari menuju tempat simpanan peralatan dan keluar bersama busur dan beberapa anak panah.
~
Hani dan Irfan mengambil tempat yang paling hujung bagi mengelakkan konsentrasi peserta yang lain terganggu. Memandangkan kudrat mereka tidak diperlukan pada slot kali ini, tiada sesiapa yang mengganggu mereka.
Hani mula membidik setiap bidikannya tepat mengenai sasaran 10 markah. Begitu juga dengan Irfan. Sehinggalah anak panah yang terakhir milik Hani hendak dibidik.
"Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah kau letakkanlah panah ini selayaknya ditempatnya" doa Hani agak kuat supaya Irfan boleh mendengarnya. Irfan hanya ketawa kecil. Tawa Irfan menyebabka Hani menoleh.
"Ya Allah Irfan!" Hani melepaskan anak panah terakhirnya betul betul di belakang sebelah kanan kaki kanan Irfan. Irfan yang terkejut terus menoleh kearah tempat yang dibidik oleh Hani.
Seekor ular sawa bersaiz sederhana yang berdarah kerana terkena anak panah Hani betul-betul berada berhampiran dengannya. Lantas Irfan mengeluarkan pisau yang sentiasa tersisip kemas pada pinggangnya dan terus menamatkan riwayat ular itu.
"Alhamdulillah, thanks Hani doa kau makbul anak panah tu memang berada dekat tempat yang selayaknya." Irfan menguntumkan senyuman.
"Alhamdulillah... Irfan, boleh tengok sekejap tak pisau tu?" Sungguh Hani ingin tahu jika benar pisau itu adalah pisau yang selama ini dia kagumi.
"Nope! " Irfan terus menyimpan pisaunya.
"Nak tolong aku angkat? Ke kau geli dengan ular? Kalau kau angkat bangkai ular ni, aku kalah, kaulah raja segala benda yang kita sama akulah peniru" Irfan memegang bangkai ular yang dipenuhi darah itu. Aneh, kerana tiada siapa yang perasan situasi genting yang sedang mereka alami. Bangkai ular ini tidak boleh dibiarkan. Bimbang keluarganya datang menuntut bela atau mungkin pemangsa lain akan datang.
"Aku bukan geli, tapi baju aku warna putih, nak bersihkan susah kalau kena darah, kita seri. Aku angkat busur kau angkat ular" Hani memegang busur milik Irfan. Sebenarnya dia memang geli dengan haiwan berdarah sejuk itu tetapi mana boleh tunjuk lemah lebih-lebih lagi dihadapan Irfan.
"Kaki kau dah baik belum? Cantik je kau hentak 90 tadi" Irfan bertanyakan keadaan buku lali Hani. Ular itu terletak kemas di dalam pelukannya.
"Dah surut dah, thanks kita seri, kau punya hentak pun lawa" mereka jalan beriringan.
Setibanya mereka berhampiran dengan para peserta dan pegawai kem semua menjerit dengan kuat sehingga ada yang teresak-esak menangis kerana terkejut melihat ular yang dipegang oleh Irfan.
"Ya Allah... ingatkan korang punya serius memanah boleh panah rusa... yang bawa balik ular ni kenapa?" Tuan Azhar membawa karung guni dan menyuruh Irfan memasukkan ular itu ke dalam guni tersebut.
"Ular tu tergoda tengok saya sampai nak ditelan! Nasib baik Hani pandai membidik, dia yang perasan ular ni" Irfan menerangkan.
Hani meletakkan busur panah Irfan ke dalam begnya. Takkan nak biarkan panah ni kosong, Hani terus mencapai begnya dan mengeluarkan pen marker permenant miliknya. NHS X AI . Hani melukis beberapa corak tambahan. Siap!
Mungkin dia bukan Ahmad Irfan si pencuri pemadam..
Mungkin Allah telah ganti dengan seorang lagi Ahmad Irfan...
Tak mungkin dia Irfan kan? Sebab kulit Irfan dahulu lebih gelap berbanding yang sekarang.
~
Waktu makan tengah hari.
Dark Knight masuk ke dalam tempat penyimpanan barang dan mengambil busur panah kayu yang belum bertulis. Setelah memastikan tiada sesiapa disekelilingnya, dia mengeluarkan pisaunya dan mengukir.
Black Rose X Dark Knight
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!