Bab 15

54.8K 2.8K 286
                                    

Empat pagi.

"Bangun budak-budak kita dah lambat nanti opah bising cucu kesayangan dia lambat balik" Abang Din menggerak-gerakkan Hani dan Irfan. Sudahlah berbungkus tidur serupa mayat! Langsung tidak bergerak pula tu.

"Ibu tak nak bangun" rengek Irfan.

Hani langsung keras tak bergerak.

"Abang kira sampai 5" gertak Abang Din.

Langsung tak jalan.

"Abang siram nanti" Abang Din stress.

Langsung tidak berkutik.

Udara pagi yang dingin bersama dengan embun yang menitis dihujung rumput dan...

Splash!

Selamat pagi dunia...

Hani dan Irfan terus duduk tegak.

"Abang Din... tak lawak kay kejut macam ni... sopanlah sikit... hwaarghh" Hani menguap.

"Menguap tutup mulut dinda" Irfan separa sedar turut menguap sama.

"Baiklah kanda" Hani kembali baring.

Irfan juga.

Abang Din terpinga. Melodrama apa yang mereka buat ni?!

"Bangun lah budak bertuah" Abang din terus menarik mereka duduk.

"Belum subuh" serentak Hani dan Irfan.

"Siapa tak siap dekat motor dalam masa lima minit kena belanja sarapan." Abang Din terus mengemas barangnya.

Malas Hani bangun dan menepuk belakang Irfan kuat.

"Bangun la wei, sebelum Abang Din tukar jadi komando tentera beret hijau" Hani mengemas beg tidur dan menanggalkan tudung untuk membetulkannya.

Terasa ada sesuatu yang menghadang.

Irfan dan beg tidurnya.

"Hani, biasakan yang betul faham" suara ngantuk Irfan perlahan sahaja kedengaran.

Termalu sendiri.

Selepas memberus gigi (dengan keadaan super pantas) mereka berlari ke motor.

"Pagi ni makan sarapan rumah opah la abang" cadang Irfan.

"Woohooooii balik kampung!" Hani seronok tiba-tiba.

"Balik kampung tu kalau kita dah nikah untuk situasi budak bandar macam kau ni kita sebut melawat kampung orang" Irfan ketawa terkekeh-kekeh.

"Aku tak mahu la kawin dengan kau. Kesian anak-anak aku nanti" Hani menjelir lidah.

Mereka terus bergerak masuk ke jalan biasa. Kelihatan bangunan-bangunan lama dan baharu di sekeliling mereka.

Road block.

Alahai pakcik polis... kasi lepas sudah la...

Hani mengeluarkan dompetnya. Sekejap. Mana dompet?! Hani tercari-cari. Irfan di belakang sudah tidak tahan. Bergegar perutnya menahan ketawa. Hani yang panik kelihatan sangat comel. Hani melayangkan senyuman manis terlebih gula.

Pegawai itu sudah siap untuk mengoyakkan surat cinta pihak berkuasa.

Kalau ayah dapat saman ni matilah aku... Hani sudah panik.

Irfan datang dengan gaya penyelamat alam semesta.

Menyerahkan lesen Hani.

"Tak guna kau!" Hani mencengkam lengan Irfan dan menerbalikkan badan Irfan. Irfan yang sudah terbaring mengerang kesakitan.

The Silent KillerWhere stories live. Discover now