Waktu pendidikan jasmani, padang sekolah.
Set bola tampar dikeluarkan dari dalam stor sukan. Setelah Cikgu Halim membahagikan kumpulan, perlawanan kecil dimulakan.
Kumpulan Hani akan melawan kumpulan Firdaus. Hani meneliti kumpulan Firdaus. Gotcha! Irfan sedang berdiri sambil mengusap rambutnya. Jika tidak kerana rasa tidak puas hati Hani, Irfan boleh dikatogerikan sebagai stok kacak. Tetapi bagi Hani, Irfan tidak ubah seperti stok ayam.
Kumpulan lelaki memulakan permainan, Jay menservis bola. Tidak menunggu lama, Gee meloncat dan menghadang bola itu. Tamparannya tepat mengenai rambut Faiz. Ajaibnya, rambut Faiz yang terbahagi kemas itu langsung tidak terusik! Giliran kumpulan perempuan untuk servis. Hani memukul bola dengan tenang diiringi satu senyuman. Strike! Pukulannya terkena tepat mencium dahi Irfan. Hani membuat muka tidak bersalah.
"Weh, sorry" Hani meminta maaf dingin setelah menghampiri Irfan.
"Wanna play? Let's play" Irfan menikam anak mata Hani.
Seakan terkena renjatan elektrik, Hani terus mengalihkan pandangan. Tidak pernah Hani kalah jika diajak perang mata. Tetapi dengan Irfan, tidak sampai 5.28 saat Hani sudah tewas!
Mereka meneruskan perlawanan. Kali ini lelaki punya giliran servis. Hani sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Niswah menghalang bola yang hampir mengenai Hani. Hani ketawa perlahan cubaan Irfan gagal! Dush!! Bola tampar yang mencium dahi Irfan kini mencium pipi Hani. Momentum yang tidak berapa perlahan itu menyebabkan Hani tergolek. Matanya menikam Irfan yang sedang mengangkat kening. Tak gentleman punya lelaki!
Cikgu Halim menyuruh Hani dan Irfan keluar daripada gelanggang.
"Pergi beli ais, tuam! Hani ini bukan perlawanan gusti bola!kamu budak baru siapa nama?" Cikgu Halim menggeleng perlahan.
"Irfan" Irfan menjawab perlahan.
"Nak pukul perempuan guna bola? Beragak-agaklah kamu belum kenal siapa Hani" Cikgu Halim seolah-olah memberi amaran.
"Weh 20sen" Irfan menghulurkan tangan.
"Buat apa?" Hani bertanya hairan.
"Beli ais la puteri pipi biru" Irfan membuat muka bosan.
"Wahai putera dahi biru, apa fungsi Dewan Makan?" Hani terus berjalan meninggalkan Irfan setelah mengambil pas kelas.
Hani merasakan seolah-olah dia diekori. Tanpa sesaat pun rasa teragak-agak, Hani terus mencengkam tangan orang yang mengekorinya dan menjatuhkan badan orang itu.
"Kau dah kenapa?" Irfan lebih pantas menguraikan kunci lengan yang Hani buat.
"Kau budak baru, jadi untuk pengetahuan kau, aku paling pantang orang jalan belakang aku dalam keadaan macam ni" Hani melepaskan lengan Irfan. Jujur, dia terkejut kerana sepanjang dia belajar ilmu silat, tidak pernah sekalipun ada yang boleh mematahkannya. Irfan yang pertama.
"Pas kelas mana?" Soal Hani.
Irfan memandang Hani. Serius ke kena pakai pas bukan ada siapa kisah.
Dush, Cikgu Hasan misai tebal! Hani menarik lengan baju Irfan dan mereka berlari ke arah dewan makan tanpa disedari oleh sesiapa.
"Kenapa kita lari" soal Irfan blur.
"Cikgu misai tebal... aku rendam baju koperasi dia tahun lepas dalam air gula lepastu dia suruh aku buat kerja amal cuci tandas. Well hello, siapa suruh dia pandai-pandai letak nama aku jadi wakil koperasi pergi berunding harga dengan cina gatal padahal aku takda kaitan pun dengan koperasi, sekolah gagal dapat projek koperasi daerah adalah rugi dua ribu macam tu, lagipun dia tu pantang budak tak pakai pas. Wait, kenapa aku bagi penerangan panjang lebar ni?" Hani menggeleng kepala Irfan tergelak hampir senak perut.
"Siapa budak yang kau peluk semalam?" Soal Hani ingin tahu.
"Adik aku fiya, asal?" Irfan bertanya.
"Weh, benjol kau sia-sia aku ingat girlfriend baru nak acah-acah mengajar jadi senonoh" Hani berlari pantas mendapatkan makcik dewan makan.
"Tak guna punya perempuan!" Irfan pantas mengejar. Dah la bola padu !
Hani terus ke bahagian dapur. Makcik-makcik dewan makan menegur Hani mesra.
"Cik ais dua bungkus" Pinta Hani.
"Pipi tu kenapa?" Soal makcik Piyah prihatin.
"Kena cium dengan bola, budak tu buat" jawab Hani sambil menjeling ke arah Irfan.
"Nak sampai dua bungkus ni kenapa?" Soal Makcik Piyah lagi.
"Sebab dahi dia pun kena cium bola" Jawab Hani dengan nada suara mendatar.
Makcik Piyah datang kembali bersama dua plastik kecil ais. Bersama itu, diselitkan sehelai kertas. Hani membaca kandungannya dan tersenyum sedikit.
"Bakar" arah Hani sebelum menyalam tangan Makcik Piyah.
Makcik Piyah mengangguk perlahan.
Hani membaling plastik ais yang sudah berikat ke atas riba Irfan dan terus pergi.
Terbit perasaan ingin tahu dalam diri Irfan. Identiti Hani sangat misteri, mungkin tiada siapa yang tahu tetapi Irfan sebenarnya mempunyai kebolehan untuk membaca gerak bibir. Apa yang Hani hendak bakar? Apa kandungan surat itu?
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!