Setengah jam perjalanan terasa amat lama. Air mata tidak henti mengalir dari tadi. Doa tidak putus-putus dipanjatkan.
'Irfan, aku dah hilang kau setahun, aku taknak hilang kau selamanya' Hani terus teresak-esak.
Jalan menghala ke Primerose Resort lengang tanpa ada walau satu kenderaan. Hani bertambah bimbang. Irfan tidak akan membiarkan sesiapa terancam, tentu dia sendirian. Tak, Irfan tidak sendirian. Allah ada bersamanya. Air mata Hani hapuskan dengan lengan baju Irfan yang disarungkan pada badannya kerana dia kesejukan.
Hani meletakkan kereta betul-betul di hadapan pintu masuk resort. Kemudian, dia terus berlari menuju ke tempat bom itu terletak. Hampir sahaja dia menyumpah kerusi yang dilanggarnya menjadi tiang lampu.
'Ya Allah, kenapa banyak sangat halangan nak sampai kepada Irfan ni' desis hati Hani. Sudah beberapa kali dia tersadung kerusi, meja dan pasu bunga. Hani terus berlari. Nasibnya agak malang, dia terlanggar lopak air dan tergelincir. Semangat dikuatkan. Selagi wajah Irfan tidak kelihatan, selagi itu Hani tidak akan putus asa. Seluar yang dipakainya sudah basah berlumpur. Tudung yang dipakainya sudah mula menggelembung dan senget.
Nama Irfan dilaung beberapa kali. Langsung tiada sahutan. Hani sudah mula takut. Langkah diperlahankan sebelum dia masuk ke kawasan bom. Kawasan itu kelihatan seperti tidak terusik. Hani melihat bom yang masih berada di situ, langsung tidak berdetik.
"bom ni dah mati, takkanlah" Hani meninjau kawasan sekeliling. Lemah jantungnya bila memikirkan kemungkinan terdapat dua bom.
"AHMAD IRFAN BIN MUHAMMAD SYUKUR KAU DEKAT MANA" Hani menjerit sepenuh tenaga kemudian dia jatuh terduduk.
'ya Allah, aku tak mahu bergantung dengan manusia. Aku sandarkan diriku yang lemah ini pada kekuatanMu'Hani terasa dirinya lemah sekali. Langsung tidak berdaya.
"Hani, jangan bazirkan air mata kau" kedengaran suara Irfan samar-samar.
'Aku dah mula berkhayal ke?' Hani bangun dan cuba mencari punca suara itu.
Bagaikan hendak terputus nyawa apabila Hani terlihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas rumput. Dari jauh dia sudah tahu, itu Irfan! Hujan yang turun secara tiba-tiba langsung tidak dapat menghalang Hani. Dia harus memastikan Irfan selamat.
"Irfan, kau dengar aku tak? Irfan ini Hani, bangunlah" Hani cuba menyedarkan Irfan. Langsung tiada tindak balas. Kaku. Wajah Irfan pucat namun jelas kelihatan segaris senyuman diwajahnya. Muka Irfan kelihatan sangat tenang.
Hani terpandang tangan kanan Irfan yang berdarah sangat banyak. Irfan kehilangan banyak darah tetapi kenapa? Kaki Irfan juga cedera. Tanpa teragak-agak, Hani terus menukar tudung labuh yang dipakainya kepada tudung sarung yang sentiasa ada di dalam beg sandangnya. Kemudian, tudung labuh itu dikoyakkan dan diikat pada luka Irfan. Menurut pemerhatian Hani, ini luka libasan benda tajam dan serta terdapat kesan tembakan.
"Irfan, bangunlah. Jangan lemah sangat. kau musuh aku, penasihat aku, pasangan tugas aku, takkan kau nak tinggalkan aku sorang-sorang." Hani menangis lagi. Butang baju Irfan ditanggalkan. Baju kalis peluru yang Irfan pakai Hani longgarkan. Terdapat beberapa tanda peluru yang terkena baju itu.
"yang kau meraba aku ni kenapa?" Irfan berkata lemah. Tangisan Hani berjaya membawanya keluar daripada satu dimensi gelap.
"aku tak raba kau lah sengal" Hani terus menepuk baju kalis peluru Irfan dengan kuat. Air mata mengalir lagi. Kau jahat Irfan! Kau musuh aku sampai bila-bila!
"siapa jaga Lyana?"Irfan cuba bangun, namun usahanya gagal. Luka tadi menyebabkan dia kehilangan banyak darah.
"Lyana selamat. kau senyap je lah, tunggu sini jangan gerak." Hani menghalang Irfan dari bangun. Kemudian, dia berlari ke kedai cenderamata.
Hani menolak kerusi roda sampai ke hadapan Irfan.
"naik cepat" arah Hani.
Irfan membiarkan Hani. Dia terus berbaring menghadap langit. Rasa penat masih lagi dapat dirasai.
"Irfan, bangunlah... Irfan oi bangun! Irfan... Irfan...janganlah buat aku takut... Ahmad Irfan please tak kelakar okay" Hani menggoncangkan badan Irfan yang tidak memberi sebarang tindak balas.
"Hani, jaga ibu jaga mak jaga fiya jaga diri kau" bersama dengan ayat itu, mata Irfan terus tertutup.
"Irfan please lawan rasa tu. Kau beli sarung tangan ni untuk kena tampar dengan aku ke?" Hani menampar pipi Irfan berkali-kali.
Cuaca yang agak sejuk menyebabkan Hani cepat letih. Namun digagahkan juga dirinya untuk membantu Irfan.
Dengan seluruh kudrat wanita yang ada pada Hani, dia menangkat Irfan naik ke atas kerusi roda. Laju dia menyorong Irfan ke kereta. Irfan disandarkan pada kerusi sebelah tempat pemandu. Siren polis Hani bunyikan. Laju dia memandu ke hospital berdekatan.
"Irfan, jangan tidur. Berapa kali aku nak cakap. Kalau kau sakit, jangan tidur. Bangun. Jangan kau harap aku nak berhenti membebel. Irfan, cakap lah dengan aku, perlahan pun takapa, aku dengar. Irfan, kau memang jahat kan? Kau tak tahu ke aku sakit setiap kali kau sakit? Kau tak ingat ke dulu kau demam panas sampai masuk hospital, aku lembik je. Irfan, tolonglah kuat. Ingat, kau masih ada keluarga untuk disara, ramai orang sayang kau. Please Irfan respond" Hani terus bercakap, langsung dia tidak hiraukan air mata dan air hidung yang sedang mengalir deras. Dia tahu Irfan sedang bertarung dengan kesakitan. Mungkin Irfan langsung tidak mendengar apa yang Hani bebelkan.
"Irfan, jawab aku. Please aku sayang kau, jangan pergi dulu. Aku sayang Irfan yang sengal sebagai seorang kawan, abang, penasihat dan aku sayang kau sebagai seorang lelaki... aku cuba nafikan sebab aku tak nak cinta ajnabi, tak halal untuk aku. Kenapa aku confess tiba-tiba ni? Irfan kalau kau dengar, jawablah. Ejeklah aku bahanlah aku. Ini time paling sesuai aku malu dah ni... Irfan kau memang saja bagi aku cakap dengan tunggul kan?" Hani sudah tidak boleh mengawal ayatnya.
"aku sayang kau juga" kedengaran suara Irfan lembut menyapa telinga Hani.
"Irfan, cakap kuat kuat, aku tak suka orang yang berbisik kau pun tahu kan?" Hani membentak geram.
Hujan mula lebat, selebat air mata Hani. Sangkanya dia berkhayal. Tidak mungkin itu Irfan. Dia terlalu lemah untuk menjawab. Kereta polis yang dipandu Hani memasuki perkarangan hospital. Hani segera memanggil bantuan.
~
"Puan, pesakit kehilangan banyak darah stok darah..."belum sempat si doktor menghabiskan ayatnya, Hani mencelah.
"saya tak benarkan guna darah hospital. Ambil darah saya. Jenis darah kami sama" Hani bingkas bangun daripada kerusi.
Seelah menjalani beberapa pemeriksaan, darah Hani diambil. Satu jam Irfan berada di dalam bilik pembedahan. Subuh hampir menjelma. Hani masih duduk di hadapan bilik pembedahan menanti lampu bilik itu terpadam.
"puan, syukur pembedahan selamat. Kami Berjaya keluarkan sebutir peluru dan pesakit telah menerima beberapa jahitan. Kami akan pindahkan dia ke ICU dan kalau dah stabil kami pindahkan ke wad pesakit lelaki" lapor doktor yang membedah Irfan.
"Alhamdulillah,thank you doc" Air mata Hani sudah kering kerana terlalu banyak menangis.
Surau hospital dituju. Seruan Ilahi perlu disegerakan. Syukur Irfan selamat. Baju Irfan yang Hani pakai terasa begitu hangat. Hani kini berada dalam dakapan Dia dan dia. Pandangan matanya mula kabur. Selamat malam dunia. Hani rebah.
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!