Bab 36

48.1K 2.5K 78
                                    

"Irfan! Hani! I need your explaination! We got a real serious problem here. He is dead. Your man shoot him. Ini dah jadi kes polis"Tuan Azhar yang tenang sudah berbahasa Inggeris matilah mereka kena salai esok pagi.

"Assalamualaikum semua. Sila bawa bertenang dan kesat air mata. Kami minta maaf kerana buat semua terkejut. Sebagai balasan, selamat tinggal semua" Irfan menghalakan muncung pistol pada Hani dan Hani menghalakan muncung pistolnya pada Irfan. Lengan mereka lurus. Sasaran tepat ke jantung. Mereka menembak jatuh sesama sendiri. Terdengar jeritan yang kuat diikuti dengan tangisan. Apa semua ni?

Hani dan Irfan hampir tergelak dengan reaksi semua. Mereka berdiri dan menepuk kotoran pada baju.

"gurau je hahaha, pelatih tadi tidak ditembak mati dia cuma berlakon sahaja. Semua, saya perkenalkan barisan pelatih Pulapol" Hani dan Irfan bangun serentak. Irfan memperkenalkan barisan pelakon adegan tadi. Mereka terus berjalan kearah peserta dan pegawai kem untuk menanggalkan ikatan tangan dan memberi botol air mineral.

"apa tujuan kami buat rancangan ni?" Hani membaca minda semua yang sedang duduk termasuk pegawai kem.

"saya tahu semua mesti bosan dan sudah menjangka aktiviti awal. Pegawai kem pun tidak ambil serius tentang hal ni jadi Cik Nur Hani Syuhada mencadangkan idea ni, amacam? Bergetar tak jiwa?"Irfan mengangkat kening.

"lihatlah, adegan ini sangat kecil berbanding peperangan sebenar. Kenapa tiada yang cuba bangun bangkit ketika hijab Hani disentuh? Takut terkorban sia-sia? Tiada yang sia-sia jika mempertahankan maruah gadis atau orang yang teraniaya. Putera bangsa sudah pudar rasa cinta puteri bangsa sudah lenyap rasa kasih pada negara. Merdeka pada jasad namun hati jiwa dan minda masih dijajah" Irfan memandang semua di hadapannya.

"Irfan, bertenang. Maruah gadis melayu islam rata-rata memang telah terkorban. Si lelaki pula sibuk mengambil kesempatan. Fikir, gunakan kelebihan semua. Buka mata telinga hati minda dan jiwa. Mengapa hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri lebih baik dinegeri sendiri? Kerana ini tanah kita, tanah tumpahnya darah. Tanah yang harus dijulang tinggi namanya dengan kejayaan membanggakan. Bukannya diinjak dipijak diludah dengan hina. Wang mengkaburkan mata. Sedarlah. Bukan mudah untuk merdeka semoga Allah melindungi Malaysia"Hani bernada tegas.

"malam ini tulis nota kecil, nyatakan apa yang kamu nak tahu. Soalan terbuka. Waktu subuh nanti masukkan kedalam baling yang disediakan dekat depan surau. semua boleh bersurai." Irfan menutup slot khas dia dan Hani. Perlahan-lahan semua peserta mula beredar. Irfan mendekati Hani.

"lain kali jangan buat aku sakit jantung! Mati-mati aku ingat kau tak pakai seluar, kesian budak yang melayang tadi" Irfan memarahi Hani seperti ayah memarahi anak.

"aku pakai seluar ke tak pakai memang kena report ya?" Hani mengundur tiga langkah. Irfan hanya memerhati. Hani berjalan sambil menghayunkan tangan, sampai dihadapan Irfan, Hani menghentak kaki dan menabik. Irfan membalas tabik.

"Assalamualaikum Tuan Ahmad Irfan yang perasan pangkat tuan! Saya Cik Nur Hani Syuhada ingin melaporkan yang saya pakai seluar di dalam kain baju kurung saya." Hani membuat muka tegak. Terkekeh-kekeh para pelatih dengan kekuatan 30 orang apabila mendengar laporan Hani.

"Siapa suruh gelak? Turun 20"Irfan membuat muka tegak seperti Hani. Mereka pun membuat posisi tekan tubi dan mula menekan tubi serentak. Hani pula yang tercengang. Irfan boleh beri arahan? Anak orang kaya ni... betul ke semua ni pelatih Pulapol entah-entah calon bodyguard adik perempuan dia.

"kamu berdua pun turun sekali!" Suara Tuan Azhar menegakkan bulu roma Irfan dan Hani.

Hani dan Irfan berpandangan.

"nanti, takkan tekan tubi je" Team usrah mula mengelilingi mereka.

"dah malam sangat ni, nak bantai kitorang subuh nanti la" Hani membuat muka kesian. Dia menghantar isyarat kepada Irfan. Irfan buat tak endah.

The Silent KillerWhere stories live. Discover now