Dalam tidak sedar, sudah hampir setengah tahun mereka di tingkatan empat, cuti penggal pertama akan muncul sebentar lagi.
Irfan menoleh ke kiri. Kelihatan Hani sedang lena dibuai mimpi. Berani kau tidur waktu add math? Hehehe.... bersihnya muka Hani, tenang je. Secara tiba-tiba Hani membuka mata. Irfan tersenyum dan mengenyit mata.
"Morning Babe" Irfan terus pandang ke hadapan.
"Kau dah kenapa? Sawan babi?" Hani terkejut.
"Hani, selesaikan untuk saya" Sir Prakash memanggil.
Satu kelas tidak dapat menahan ketawa. Di belakang tudung Hani terlekat sehelai kertas a4 yang tertulis kick my flat ass to dreamland- baby Hunny Bunny
Irfan ketawa berdekah-dekah sambil mengetuk meja.
"Irfan, selesaikan soalan lagi satu"Sir Prakash geram.
Satu langkah, dua langkah BAMM!!
Irfan jatuh tersungkur. Lebih parah, air Hani tersiram ke atas bajunya. Hani tidak dapat menyembunyikan ketawanya.
You don't trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you!!
Ketika Irfan sedang tidur sementara menunggu ketibaan cikgu, Hani sudah menjalankan projek pra cuti sekolahnya. Tali kasut sebelah kanan dan kiri Irfan diikat agak jauh antara satu sama lain kerana langkah Irfan besar. Air itu bonus yang tidak dirancang.
"Hani, Irfan! Summary practice bab satu sampai bab enam saya nak sebelum cuti (dua hari lagi) hantar atas meja saya,siap dengan cross check!" Sir Prakash berkata sebelum keluar.
Bangunan pentadbiran, kelas tahanan.
Puan Hafizah memandang wajah Irfan dan Hani. Sepanjang semester satu sudah berpuluh kali mereka dimasukkan ke sini. Kali ini baju Irfan basah dan muka Hani hampir berwarna hijau.
"Saya ingat dah insaf lepas kes dance battle dulu, rupanya muncul lagi" puan Hafizah menggeleng kepala.
Kes dance battle paling epik dalam sejarah pergaduhan Irfan dan Hani. Alkisahnya, bulan lepas, sekolah menganjurkan pertandingan tale and time. Semua kelas wajib menghantar wakil. Hendak dijadikan cerita, Hani dan Irfan mula-mula tidak ingin masuk campur sehinggalah tiba-tiba Cikgu Idayu menyeru nama mereka. Ruang tengah kelas yang kosong dijadikan tempat menunjuk bakat. Irfan mula menari beberapa gerakan break dance yang dia mahir. Silap Irfan apabila dia terlanggar bahu Hani dan terangkat kening.
Hani yang terasa dicabar berlari kearah papan kenyataan dan membuat aksi parkour seolah-olah dia berjalan di dinding dan berpusing di udara.
"Kau nak battle cakap!" Jerit Hani. Sensitif betul dia dengan Irfan.
Irfan yang panas kepala terus menyahut cabaran Hani. Cikgu Idayu sudah mula pening. Keadaan bertambah tegang apabila Hani dan Irfan masing-masing memegang botol air dan tidak mahu mengalah.
Api yang sedang hangat membara terpadam. Dua dua sudah lencun disimbah air.
"Hani, Irfan! Bilik tahanan now!" Arah Puan Idayu.
Dalam perjalanan, mereka bertekak lagi. Mereka hampir bertumbuk tetapi Pak Cah yang kebetulan lalu, membawa mereka ke bilik tahanan.
Bila ditanya apa yang menjadi akar masalah, jawapannya bukan jelingan Irfan, tetapi soalan kimia!
"Saya rasa saya dah jumpa satu cara macamana nak selesaikan mana nak selesaikan masalah kamu berdua" Puan Hafizah tersenyum penuh makna mematikan imbasan tadi.
Dua buah kotak telefon nokia torchlight dikeluarkan daripada bawah mejanya.
"Saya nak kamu buat kerja sikit cuti ni, saya nak kamu berhubung, kenal satu sama lain tahu fasal keluarga masing-masing tapi awas kalau saya tangkap mesej cinta, segala mesej kamu berdua saya sendiri akan pantau kerana dia akan terus difowardkan kepada saya, gunakan sebaiknya. Anggap ini hadiah pointer cemerlang dari saya, saya yakin kamu berdua akan berjaya" Kata Puan Hafizah serius.
Hani dan Irfan ternganga mulut. Ini baru. Mana ada cikgu dalam dunia bagi kerja macamni. Peraturan sekolah memang membenarkan pelajar untuk membawa telefon bimbit tetapi Hani dan Irfan tidak merasakan keperluan untuk membawanya.
Dataran pahlawan, meja batu.
"Asal jawapan kita lain yang ni" Hani menunjukkan perbandingan.
"Kau guna formula apa" Irfan mengangkat keningnya.
"Natang acceleration tu la, asal kau bahagi terbalik?" Hani menyoal lagi.
"Woi, x dulu ke y dulu" Hani mengetuk meja.
"Will you replace my X without asking Y" Irfan membuat muka acah-acah gatal.
"Seriously Irfan? Pickup line kau hambar, cepat la jawab" Hani bengang.
"Aku rasa cara aku yang betul sebab soalan ni agak tricky tapi ni la jawapannya" Irfan menunjukkan jawapan belakang buku teks.
"Ajar" pinta Hani.
"Pandai memanah?" Soal Irfan tiba-tiba. Botol air dicapai dan diteguk.
"Tak, tapi kalau hati you I panah 100 %tepat" Hani mengenyit mata.
Irfan tersembur! Hambar betul pickup line makcik ni! Hani tergelak riang. Cantiknya dia... cut the crap Irfan!
Cuti sekolah pun bermula. Sepanjang cuti Hani dan Irfan hanya memberi satu mesej panjang berkaitan biodata mereka dan tiada apa yang teperinci. Amat hambar dan membosankan.
Sedang Irfan berjalan-jalan di jalan, Matanya tertangkap satu susuk tubuh yang terasa amat biasa dilihat. Puas diamati ya tepat,itu Hani,
'Woi baju merah sendat. Free hair rupanya kau'- Irfan.
Langsung lupa cikgu juga mendapat mesej yang sama.
'Kurang ajar, kau kat mana hah? Gatal macamana kau tahu baju aku'- Hani
Hani terpukul dengan mesej Irfan. Entah mengapa wujud rasa kosong yang pelik.
'Pakai la tudung woi ingatkan cina mana tadi rupanya betul kau'- Irfan
'You have no right to force me!'-Hani
Irfan muncul di hadapan Hani dan menghadiahi Hani satu pandangan yang kotor. Ketika itu, Hani terasa malu yang amat. Segala urat sarafnya kejang. Irfan meninggalkan Hani dengan kata-kata tajam.
"Sia-sia otak geliga maruah agama tak dijaga"
Tamat.
Kisah cuti mereka tamat di situ. Hani tidak mahu menegur Irfan dan Irfan malas menegur Hani.
Apabila cuti telah tamat, Hani cuba berlagak sepereti biasa. Irfan masuk ke dalam kelas dengan seplastik sampah hitam bersaiz sederhana dan diletakkan di atas meja Hani.
" nah hadiah hari jadi" Irfan memandang Hani dingin. Hani mengangguk kecil. Sungguh dia rasa terhina.
Tarikh lahir Hani... tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang ingat. Ucapan Irfan yang pertama sepanjang dia bersekolah di sini.
Kelas aman tidak seperti biasa. Tiada gelak tawa tiada balas membalas dendam. Sehinggalah satu pengumuman mengejut menyebabkan Hani dan Irfan tersentak.
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!