Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Kinta
Hani menatap sebuah batu nisan penanda kubur insan yang mulia kerana tugasnya.
Surah Al-Fatihah disedekahkan. Irfan berpeluk tubuh.Ya, betul...
Kubur yang mereka ziarah itu adalah kubur Puan Hafizah. Irfan menerima mesej daripada Puan Dahlia tentang perkara itu. Terus dia tunjuk kepada Hani.
"Assalamualaikum cikgu, Irfan dengan Hani datang ni" Hani tersenyum kelat.
Irfan menghulurkan surah yasin kepada Hani. Bersama mereka membaca dengan penuh tertib.
Tapi...
Kenapa Irfan menangis waktu peperiksaan tu? Hubungannya dengan cikgu bukannya terlalu akrab.
Jawapan kepada misteri itu telah diketahui sebaik sahaja Irfan melangkah ke kubur di sebelah kubur Puan Hafizah.
"Assalamualaikum, Amirah.. kita dah datang" Irfan mengucup batu nisan itu.
Bacaan al-fatihah dan yasin dibaca perlahan.
Hani tersentak. Amirah ni mesti terlalu istimewa sampai mampu buat lelaki macam Irfan menangis.
"Ira, abang rindu Ira..." Irfan menahan air mata yang bertakung.
Hani duduk bertentangan dengan Irfan. Dia mencabut rumput yang meliar, biar kawasan orang istimewa Irfan ini cantik. Apa hubungan Irfan dengan Amirah?
"Hani, Ini Nur Amirah Syuhada Binti Muhammad Syukur, kembar aku. Kau orang pertama yang tahu sepanjang aku sekolah dari darjah satu sampai dah nak masuk form 5" Irfan membersihkan kerongkong tekaknya.
"Kenapa.." Ayat Hani dipotong.
"Jangan tanya selagi aku belum habis cerita. Ira meninggal masa kami enam tahun. Ira dengan aku rapat sangat sampai dah janji bila besar nanti nak kahwin. Masa budak-budak apalah yang kita tahu.. Ira meninggal sebab kemalangan betul betul depan aku ada kereta langgar dia ingat lagi Ira menangis sebab tak tahan sakit. Waktu tengok nama kau, aku mesti ingat Ira, Ira tak sempat besar tapi aku tahu dan dapat rasa yang mukanya akan ada iras Hani." Irfan mengeluarkan sekeping gambar dari dalam dompetnya.
"Comel" gambar Irfan dan Amirah Hani tatap.
"Cita-cita Ira nak jadi pramugari sebab selalu jumpa pramugari masa ikut abah pergi airport. Ira tak sempat pun nak capai cita-cita dia tak sempat pun nak fikir apa buruk apa baik. Kau patut bersyukur sebab kau masih ada nyawa. Hargai lah. Jangan sia-siakan kerana dunia. Sepanjang perjalanan kita ke sini, semua tu dirancang untuk buka mata kau. Lihat sisi lain kehidupan." Irfan mengambil nafas panjang.
" perempuan jubah putih tu pun?" Soal Hani.
"Budak jubah pakai purdah tu ya, tapi jubah putih apa... oh" Irfan baru faham situasi.
" apa oh" Hani takut.
"Bukan kita je makhluk Dia" bisik Irfan.
Setelah puas Irfan membersihkan kubur Amirah, mereka keluar dari tapak perkuburan itu.
"Jom ngorat anak dara" ajak Irfan.
"Ngek la kau ni, kalau anak teruna aku layan la ingat aku lesbian ke apa" Hani memakai topi keledarnya.
"Ikut je lah, anak dara yang ni dah lama aku teringin" Irfan menghidupkan motornya.
Mereka menunggang motor hingga ke pasar basah di pekan Kinta. Selamba Irfan menegur semua makcik dan pakcik nampaknya cucu opah yang seorang ini memang terkenal!
"Pak Tam, anak dara ada?" Irfan tersengih melihat muka Hani yang berkerut.
"Baru naik pagi tadi segar lagi" Pak Tam jual ikan menjawab selamba.
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!