Hari pendaftaran
Dewan Hang Tuah dibanjiri dengan 100 orang peserta yang telah dipilih oleh Hani dan Irfan. Cadangan mereka untuk membuat pendaftaran terbuka terpaksa diubah kerana sejak banner dipasang dan flyers diedar, Hani dan Irfan menerima beratus email. Maka, terpaksalah mereka duduk semeja kerusi lain-lain sekali lagi kerana ahli yang lain sudah ada tugas masing-masing.
Irfan dan Hani berpandangan sesama sendiri. Mereka seperti tidak percaya apa yang mereka lihat. Dia ni peniru antarabangsa betul ! Pakaian Irfan dan Hani sangat sepadan. Seperti mereka telah berjanji. Baju biru hitam dengan seluar trackbottom hitam dan air max biru hitam dengan corak yang sama. Setahu Hani dia membeli air max for couple tanpa membeli pasangannya. Takkanlah... Hani bertudung biru hitam manakala Irfan memakai beanie biru hitam. Tema biru hitamkah hari ini?
"kenapa outfit kau sama dengan aku ni? Pergi tukar baju sana! Asal biru hitam?" Hani meletakkan fail dan duduk di atas kerusi pada meja pendaftaran.
"kau yang tiru aku! Biru hitam dekat dengan jiwa aku! Mana ada masa dah nak tukar baju, aku tanggal baju kat sini karang menangis kau" Irfan mengacah Hani dengan memegang hujung bajunya. Wajah Hani berona kemerahan. Irfan duduk di atas kerusi yang disediakan untuknya.
Sesi pendaftaran dimulakan. Hani yang sedang khusyuk melayan karenah peserta tidak sedar yang dia sedang diperhatikan.
'kalau aku boleh muncul depan kau dah lama aku buat, tapi demi kerja kita let it be professional' desis dark knight dalam hati. Hani sememangnya seorang gadis yang bijak berlakon memang tidak salah bos memilih dia.
Terasa dirinya diperhatikan, Hani memandang sekeliling. Matanya terlekat pada wajah Irfan. Entah mengapa Irfan kelihatan sungguh menenangkan. Irfan menolehkan kepalanya ke sebelah kanan. Kejutan Elektrik! Mereka kembali fokus kepada tugas masing-masing. Selesai sesi pendaftaran, semua peserta dikumpulkan dan diberi taklimat ringkas berkenaan kem.
"Amboi amboi, haritu bukan main tak sependapat harini dari atas sampai bawah terlebih sepakat pula pakai air max for couple pula tu, rahsia jangan simpan lama-lama!" tegur Abang Hamzah terkekeh-kekeh dia ketawa. Kelihatan beberapa ahli team usrah berbisik sesama mereka. Hani berjalan ke arah kotak botol air.
"Hani, sampai hati you. I ingatkan kita kawan. You tak cerita pun fasal you dengan Irfan, kalau you nak tahu, budak-budak perempuan ramai yang tengah meroyan bila tengok Irfan tenung you" Lyana menarik muncung bibirnya.
"I dengan Irfan oh tolong lah, you tak tahu perangai sebenar dia. Bila masa pula Irfan tenung I? I langsung tak perasan pun. Well kalau I jumpa soulmate I, you orang pertama yang I bagitahu." Dari jauh Hani memandang Irfan yang sedang membantu team usrah menangkat barang keperluan kem. Ish, yang aku tengok dia ni dah kenapa?
~
Taklimat keselamatan diberikan sekali lagi oleh kem komandan iaitu Tuan Azhar setelah tiba di kawasan perkhemahan. Peserta lelaki dan perempuan diasingkan dan kumpulan ditetapkan. Terdengar juga desas desus tidak puas hati namun apa yang mampu dilakukan hanyalah mengikut arahan sahaja.
'perhatikan sekeliling, orang yang kita cari ada dalam kem ni. Saya dah hantar orang kita jaga kampus, hati-hati Black Rose jangan terlalu rapat dengan Irfan'-Dark Knight.
Hebatnya Dark Knight! Rezeki dia agaknya terpilih masuk kem dan mungkin juga kebetulan orang yang mereka cari juga terpilih. Maknanya, dia adalah antara seratus orang yang terpilih? Tapi, kenapa tak boleh rapat dengan Irfan?
'kenapa dengan Irfan?'-Black Rose
'Awak kan tunang saya nanti saya cemburu hahahahaha, dah serious balik, perhatikan sekeliling'-Dark Knight.
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!