IRFAN'S P.O.V
Sudah lima hari empat jam empat puluh tiga minit. Telefon tidak diangkat, mesej tidak dibalas, batang hidung langsung tidak kelihatan. Mana kau pergi, Hani? Hendak terjah ke rumahnya? Segan!
Sakit belakang badan aku tahan. Apalah sangat berbanding luka aku sebelum ini. Mungkin Hani perlu masa sendiri.
Kunci ninja aku capai.
Pulang ke rumah ibu.
Ibu aku.
Aku membawa ninja laju membelah angin. Perasaan rindukan ibu meluap tak mampu aku bendung.
Rumahku Syurgaku.
Pipi ibu aku cium dan tubuh kecilnya kupeluk erat. Baru aku sedar betapa sudah lama aku tak peluk ibu. Betapa lama aku tak mengucup dahi tua itu. Betapa lama aku tidak dibelainya. Rasa berdosa. Betulkah aku anak yang baik? Meninggalkan ibu dan adik tanpa perlindungan seorang lelaki.
"Hani?" Aku terkejut.
"Ini fiya lah abang!" Saffiya menyalami tanganku.
"Nampaknya ada orang angau!" Ibu menyiku lenganku.
Aku membalas dengan senyuman kelat.
Kami duduk bersama di ruang tamu. Aku baring di atas peha Ibu. Rindu belaian lembutnya. Baru sekarang aku sedar, kerja aku menyebabkan aku ketandusan kasih sayang.
"Ibu.." Aku merengek manja. Ngada-ngada. Kalau Hani dengar mesti dibahan habis!
"Ai tak pernah-pernah buat perangai macamni" Ibu mengusap belakangku lembut.
"Abang nak kahwin" mataku hampir terlelap. Eh, kahwin?!
"Dah ada calon ke?" Ibu sudah tersengih.
"Calon dah ada tapi... abang takut. Dia tak suka abang. Dia tak pernah suka abang. Lepastu abang ter buat dia benci abang" Mata sudah aku pejam.
"Abang takut?! Pelik... pilih kerja macam tak ada nyawa, nak pinang anak dara orang takut Kak Hani tu okey je" Saffiya mencelah.
"Siapa cakap abang nak kahwin dengan Hani?" Aku menggigit bibir habis merah telinga.
"Ahmad Irfan Bin Muhammad Syukur, tak payah menipu. Siapa yang kenal kamu berdua memang nak kamu bahagia. Irfan, ibu, emak, opah, ibu kamu yang lagi satu tu, arwah abah tak pernah putus doa semoga kamu berdua selamat. Ibu nak anak ibu bahagia dan ibu tahu bila ada Hani, kamu bahagia." Ibu mengalirkan air mata. Sungguh hati ibu itu mulia.
Aku bangun dan mengesat air matanya.
"Abang minta restu ibu, halalkan makan minum Abang, abang sayang ibu" air mata lelakiku menitis juga.
Ibu mencium dahiku.
"Jom ke dapur, kita masak makanan favourite abang" Kasih sayang seorang ibu. Tak pernah berubah.
Petang itu aku telefon nabil.
Lepak di padang bola.
Nabil datang dengan senyuman dan satu layangan tumbukan.
"Baik abang buat-buat jatuh, kalau tak bi tumbuk lagi" Nabil membuat muka serius.
Aku melayan. Badan aku tolak jatuh satu meter dari Nabil.
"Abang kena jumpa ayah cepat, sebab bi suruh. Semalam, kakak suruh ibu carikan jodoh untuk dia" Nabil duduk di sebelahku.
Terkejut.
Bagaikan ditampar.
Nabil aku tarik dan kami berlari ke arah tempat letak motor.
Sudah tiada masa.
Ya Allah, jika dia jodohku satukan hatinya dengan hatiku. Jika bukan dia jodohku, jadikan juga dia jodohku amin!
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!