Berdebar...
Masanya telah tiba...
Sebaik sahaja tamat pertandingan kawad kaki berkumpulan, platun lelaki untuk kawad kaki individu pula masuk ke dalam medan. Kedengaran tepukan gemuruh dari semua kadet yang duduk di tepi.
"Handsome gila penanda tahun ni!" Kedengaran jeritan dari belakang Hani.
Tiang dijadikan tempat bersandar. Tempat itu dikira paling stratergik untuk melihat seluruh platun. Irfan berdiri di bahagian hadapan paling kanan. Dia penanda, memanglah kacak!
satu persatu kadet keluar baris kerana mengikut arahan yang salah. sehinggalah hanya tinggal dua orang.
Aqqif dan Irfan.
"Ayuh MRSM Baling Mara! MRSM Baling Juara!" Jerit Hani sambil melayangkan kenyitan mata kepada Irfan.
Pertandingan antara mereka sangat sengit. sudah hampir lima belas minit tiada siapa yang mahu berundur.
"Menghadap ke kiri, kiri pusing!" Arah Irfan psyco!
dan..
Aqqif yang jelas kepenatan mengikut hukuman yang salah!
Bergema tepukan khas untuk Irfan.
Irfan berjalan dengan penuh karisma ke arah Hani. menjerit semua kadet perempuan di belakang Hani. Beret ditanggalkan dan dicampak tepat mengenai muka Hani.
" kan aku dah cakap jangan dipuja sangat punggung si Aqqif tu. Nah beret bertuah" Irfan tergelak.
"busuk lah kau ni! tak mahu beret kau! dah la berpeluh habis!" Hani memuncungkan bibirnya.
"cepatlah" Irfan mencuri beret yang berada di sebelah Hani.
"Busuk punya Irfan" Hani memakai beret Irfan. Peluh Irfan berbau cologne lelaki, ocean. sangat menyegarkan.
Hani masuk ke dalam medan. setiap hukuman yang betul diikut dan hukuman yang salah dibiarkan sahaja. Suara si pemberi hukuman memang tidak sedap dan agak nyaring. Bekerja keras otak Hani menganalisis apa yang cuba disampaikan.
"Bergerak ke kiri, kanan pusing." Hampir separuh platun berpusing. Hani terselamat. Jelas hukuman itu salah!
Sehingga akhirnya tinggal Hani dan seorang lagi Sarjan Mejar Kadet, Aina namanya.
Pada mulanya, Hani tersenyum, kemudian satu renungan maut dihadiahkan.
Aina jatuh terduduk! punyalah dahsyat aura Hani!
"Awak okay?" soal seorang pegawai.
Aina mengangguk.
"Menghadap ke kiri, kiri pusing" Hani memberi hukuman.
Aina menurut bagai dikawal! dahsyat.. ayat yang sama hukuman yang sama nada yang sama seperti Irfan digunakan dan dia menang.
tepukan gemuruh diberikan. Pantas Hani bersalaman dengan Aina.
"kau memang hebat. Aku tabik" betul Aina tabik di situ.
"Aku minta maaf, kau dah kenapa sampai jatuh" Hani membalas tabik.
Hani dan Irfan berdiri bersebelahan.
"beret bertuah aku" Irfan ketawa.
"senyap lah kau" Hani menanggalkan beret Irfan. Dan menjingkit untuk mengambil semula beretnya dari atas kepala Irfan.
semua bersorak mengusik.
"Wooooooooo, MRSM Baling's hottest couple hahaha"
semua menyanyikan lagu semangat untuk Hani dan Irfan.
Kami pemuda bawah panji Kadet Polis
Kami Pemuda bawah panji Kadet Polis
Kami turun takkan mudah satu hati satu suara
sakit dan penat dibuang saja!
petang itu, acara rentas halangan berlangsung. Habis segala tenaga dikerah. kepenatan Hani jadinya.
"Semua kadet perempuan tidur dalam dewan makan sekarang, bawa diri kamu sahaja dan lapik alas" Arah kem komandan tiba-tiba.
Dengan langkah malas dan sebal, Hani membawa beg tidurnya dan berjalan ke dewan makan.
Keadaan dewan makan yang bising disenyapkan dengan satu jeritan kuat.
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!