Kem Kor Kadet Polis Daerah Baling.
Sepuluh orang lelaki dan sepuluh orang perempuan telah dipilih untuk mewakili MRSM Baling.
Baju uniform polis Hani letakkan di dalam beg baju. Biar kemas! Penat dia menonyoh lilin... almaklumlah starch mahal!
Tahun ini matlamat Hani adalah untuk mendapat pangkat sub-inspektor kadet!
Apabila diumumkan sahaja kumpulan, dan kertas acara diedarkan, Hani terus menyambar dan menulis namanya laju.
Rentas halangan
Mara lasak
Tunjuk arahCuma tahun ini, kawad kaki individu akan dipilih oleh jurulatih platun.
Penghulu tahun ini, S.I Aqqif muka tegas tetapi berkarisma dan memiliki punggung bulat yang cantik terbentuk!
Astaghfirullah alazim!
Irfan tersenyum melihat Hani mengelamun. Suka sangat lalai!
Latihan kawad terus dibuat pada petang itu. Bunyi hentakan kedengaran di mana-mana.
"Sayang ku cik kak!" Bonda menegur Hani.
"Bonda! Hani rindu bonda" Hani menyalami tangan bonda.
"Tahun lepas rambut sanggul tahun ni dah bertutup, Bonda bangga" Sarjan Wati menepuk belakang Hani tanda sokongan.
"dia yang ajar saya tentang Pencipta, bonda" Hani malu.
"alah berfalsafah pula, nak tengok ke buah hati pengarang jantung awak tu kawad?" Sarjan Wati mencucuk pinggang Hani.
"Apa ni bonda! Bukan lah, dia tu entah datang dari planet mana tiba-tiba sesat" bentak Hani manja.
"Teruskan latihan" Arah Sarjan Wati.
~
Malam itu, tiada aktiviti yang dijalankan. Cikgu Fawwaz sebagai kem komanden menerangkan tentang aktiviti esok dan kawasan larangan kem.
Kertas sentry malam sudah diedarkan. Terus Hani menulis namanya dan nama ahli khemahnya pada ruangan 1:00-2:00 pagi.
Selesai minum malam, mereka masuk ke khemah masing-masing.
"Ah... kaki cramp " Adu Fiqah, ahli khemah Hani.
Hani membuka zip begnya dan mengeluarkan minyak urut. Selamba dia menolak tapak kaki Fiqah dan mengurutnya perlahan. Fiqah terharu. Nampaknya Hani bukanlah ratu ais seperti yang disangka.
12:50 pagi.
Hani mengejutkan ahli khemahnya. Semua bersiap sedia untuk melapor. Dengan set uniform lengkap, beret dan kasut potong kilat mereka pergi melapor tugas.
Hani melangkah dengan gaya kawad dan menghentak kaki apabila sampai di meja untuk melapor.
Selesai melapor,
Tap! Tap!
Bergema satu dewan.
"Assalamualaikum tuan! Saya Sarjan Mejar Kadet Ahmad Irfan Bin Muhammad Syukur dengan kekuatan anggota seramai empat orang termasuk saya sedia untuk melakukan tugas, tuan!" Irfan melapor.
Sibuk betul! Orang nak jaga pukul 1 dia pun nak jaga pukul 1. Lantak kau lah!
Mereka beredar. Sempat Hani melayangkan jelingan maut kepada Irfan dan dibalas dengan jeliran lidah! Aku kerat lidah hang baru tau!
Malam itu semua berjalan seperti biasa. Beauty yang berada di dalam poket Hani bergetar minta diangkat.
"Hani, kau jenis yang kuat atau lemah semangat" soal Irfan.
"Kenapa kau nak tahu" suara Hani bergetar.
"Kau hafal ayat kursi tak?" Soal Irfan lagi.
"Tak" Hani jujur.
"Aku ajar, kau ikut ya? Nak record ke apa suka hati kau lah. Aku ada bad feeling la" Terang Irfan.
"Kau ni terlalu ikut perasaan" Hani cuba ketawa.
Irfan tidak membalas. Terus dia bacakan ayat kursi.
"Hani, ingat aku bukan boyfriend kau aku bukan bestfriend kau aku bukan ayah kau atuk kau abang kau aku your worse enemy. Tapi ingat juga, dalam dunia ni bukan kita je dan jangan ego sangat dengan aku sebab aku boleh bantu kau dan kau boleh tolong aku" Irfan hampir meletakkan telefon.
"Wait Irfan, teach me one more time ayat kursi, teach me" Hani sedar dia memang perlukan bantuan.
Sentry sambil belajar ayat kursi dengan Irfan. Tenang sahaja rasanya.
"Shoot" Irfan terus menekup mulutnya.
"Irfan kenapa?" Hani terkejut.
"Aku cerita nanti. Dah la dah pukul dua ni" Irfan mematikan talian.
Ketika melapor untuk memberitahu tugasan selesai Irfan merenung tajam ke arah Hani.
Tetapi bukan ditujukan kepada Hani.
Ditujukan kepada sesuatu
Di belakang
Hani.
~
Pagi itu, aktiviti mara lasak diadakan. Dalam bahasa mudahnya, merentas desa.
Lelaki 5 kilometer
Perempuan 3 kilometer.Dengan penuh semangat, Hani berlari. Langsung tidak berhenti dan menoleh. Tahu-tahu sahaja dia sudah sampai kembali ke tapak kem.
Sekarang dia sedang menunggu kehadiran Irfan. Tak perlu tunggu lama, Irfan tiba bersama peserta perempuan yang mendapat tempat keempat.
Hani melemparkan sebotol air mineral dengan mesej gerak mulut. Mereka duduk bertentangan dalam jarak tiga kaki.
"Kau dating dengan dia ek?" Hani ketawa.
"Kau cemburu ke? Dah la cantik sedap dipandang pula tu" Irfan ketawa mengkekeh.
"Crush aku dah sampai weh" Hani menunjuk ke arah meja pendaftaran.
Aqqif yang berpeluh mendapat tempat ke sebelas.
"Alahai! Dia dah kahwin anak tujuh la" Irfan berkata pelik. Kem Komandan pun Hani minat.
"Bukan dia lah sengal!" Hani terjerit kuat. Geram dengan Irfan. Hani malu pantas berdiri. Harus aku seligi ini budak!
Irfan bangun dan berlari laju. Hani mengejar Irfan. Habis satu kawasan kem ditawaf.
"Hani, Irfan apa buat perangai budak-budak tak senonoh ni? Saya suruh rehat tu rehat lah! Turun sepuluh" mereka dimarahi Sarjan Kumar.
"Macam mana Sarjan misai tebal ni boleh tahu nama kita?" Soal Hani hairan. Perlahan sahaja suaranya.
"Kan kita pakai nametag" Irfan menjawab tiada nada.
"Tunggu apa lagi? Turunlah!" Sarjan Kumar mengusap misainya.
Petang itu, pemilihan kawad kaki individu dijalankan. Agak mengejutkan, 18 daripada 20 orang wakil MRSM Baling terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Abang Jo pelatih kawad sekolah mesti bangga!
Esok hari yang penting!
Pertandingan kawad kaki berkumpulan dan individu serta rentas halangan.
Malam ini kita tidur!
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!