KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH ROHANI INSAN
TARIKH : 22 DESEMBER 2014 - 25 DESEMBER 2014
TEMPAT PENDAFTARAN : DEWAN HANG TUAH
TEMPAT KEM : KEM NURANI, SUNGAI LUI
MASA PENDAFTARAN : 8 : 00 PAGI
MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI :
WWW.TEAMBINAJIWAMUSLIM.BLOGSPOT.COM
Kertas edaran itu Hani lipat dengan kemas dihadapan semua ahli Team Usrah. Jika ikutkan hati hendak sahaja direnyuk tetapi demi tugas dan menjaga hati semua ahli kertas itu hanya dilipat.
"siapa sasaran kita?" soal Hani ringkas.
"semua penuntut beragama Islam" Jawab Humairah setiausaha kelab.
"boleh bayangkan siapa yang akan datang? Tentunya dari kalangan budak masjid. Betul tidak?"Hani berkias lagi.
"shoot the target, cakap biar jelas terus masuk isi" Seorang pelajar lelaki bersuara. Hani terus memandang wajahnya.
'siapa pula dia ni? Ahli baharu ke? Tak sama langsung macam yang lain? Pengerusi pun diam aje bagi aku cakap, suaranya macam familiar' wajah itu Hani amati. AHMAD IRFAN! Ya, ini Irfan. Orang Putih kata 'don't judge a book by it's cover' tajam juga mulut dia.
"kita sepatutnya menjadikan penuntut yang kurang berminat untuk mendalami agama sebagai sasaran.."belum sempat Hani menghabiskan ayatnya, Irfan mencelah.
"bukannya mereka nak ikut sangat pun program kita, lagipun kan kem ni terbuka" Irfan memanaskan Hani. Ahli yang lain sudah duduk bersandar. Seperti mereka tahu akan ada satu perdebatan yang besar antara dua ahli baharu mereka.
"Nampaknya kita masih belum berkenalan secara formal. Nama saya Hani. Disebabkan saudara baru sahaja menyebut yang mereka bukan nak sangat ikut program kita, apa kata kita cuba tarik mereka masuk dengan...." Ayat Hani dipotong lagi.
"Saya Irfan. Tetapi saudari Hani, kita tak boleh paksa mereka" Bidas Irfan.
"Saya sangat berharap agar saudara Irfan boleh bertenang dan jangan potong cakap saya. Kita boleh sembunyikan agenda dakwah kita disebalik nama kem. Misalnya, Kem Jati Diri, nama kem itu memang langsung tiada bau dakwah tetapi apa yang lebih penting pengisian kem" Balas Hani. Irfan masih lagi tidak mahu mengalah. Cerdik juga gadis di hadapannya ini.
"bagaimana jika mereka yang datang berpakaian tidak menutup aurat? Dan bercampur antara lelaki dan perempuan?" tekan Irfan.
"golongan inilah yang sebenarnya kita kena pimpin, gunakan apa yang ada sebaiknya, kita boleh atur semula acara. Hati manusia boleh berubah. Kita boleh beri tudung dan kain pelikat setelah habis kem, saya tahu apa yang membimbangkan semua. Bajet tak cukup? Salah! Saya meminta untuk mereka diberi tudung bawal turki bidang 60' yang berharga RM40 sehelai, kita ambil RM 15 sebagai bayaran. Tudung yang saya pakai ini percaya atau tidak hanya berharga RM15. Saya kenal seorang tukang jahit yang boleh membantu" Jawab Hani yakin.
"Kawan sendiri pun tak pakai tudung" Hani terdengar suara Khusna berbisik dengan Huda. Belum sempat dia mempertahankan diri.....
"yang bertudung hijau tu, sekurang-kurangnya saudari Hani cuba untuk mendekati rakannya. Pernah saudari cuba menyuruh walau seorang penuntut untuk memakai hijab yang sempurna? Perkataan suruh sebenarnya kurang sesuai kerana ia berbunyi seperti paksaan" Irfan menyokong Hani. Uishh telinga lintah, orang berbisik pun dia dengar? Khusna termalu sendiri.
"ada betulnya cadangan Hani, petang ini saya akan bermesyuarat dengan orang atasan, semua boleh bersurai kecuali Hani dan Irfan" Hamzah sebagai pengerusi kelab akhirnya bersuara.
~
"Hani, saya nak awak buat satu notis baharu yang menarik, dan kalau boleh saya nak awak dan Irfan yang uruskan bahagian pendaftaran. Kerana bila difikirkan balik, kalau kita letak website team usrah agenda ini tak akan menjadi" Hamzah bersuara. Satu hal yang menyebabkan Hani senang dengan Hamzah. Mindanya terbuka.
"Tapi kenapa dengan dia?" Hani menjeling Irfan. Alamak kantoi.. Irfan turut menjelingnya.
"kamu kata nak tarik hot chicks dengan Hot Stuff U kita... takkan kamu tak sedar antara team kita kamu berdua lah yang paling ramai fans kalau dengan saya memang tak boleh, urusan saya sudah sesak, hujung minggu saya nak keluar dating" Amboi, bahasa abang Hamzah ni.. nasib baik sudah kahwin.
"5.30 petang , Café , bawa laptop. Assalamualaikum" Irfan berlalu pergi meninggalkan Hani dan Hamzah.
"Assalamualaikum" Hamzah juga berlalu pergi.
"Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratu Waridhwanu! Gila aku macamni" Hani mengemas begnya.
Sah dia bukan Ahmad Irfan aku!
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!