Bangunan Akademik, Makmal kimia.
Tugasan berpasangan. Seperti biasa, Hani menjadi orang terakhir yang memilih pasangan. Dalam hati perlahan Hani berdoa agar Irfan bukan pasangan yang tinggal atau mereka akan berakhir dengan membakar makmal kimia.
Nasib Hani baik, Chika budak surau masih lagi belum ada pasangan kerana kawannya demam. Hani melemparkan senyuman ikhlas kepada Chika.
"Bila kau nak pakai tudung macam dia" suara dari belakang Hani menegur.
Pantas Hani menoleh. Irfan berjalan melepasi Hani bersama penuntu Bunsen dan Test tube. Manusia kurang ajar. Ibu dengan ayah aku pun tak pernah bising. Dia ingat dia siapa nak cakap macamtu tak sedar baru kenal aku tak sampai seminggu. Belum sempat Hani membalas, Madam Fuza sudah menyuruh mereka untuk memulakan ujian heating and cooling curves of Naphthalene. Bunyi macam gempak padahal cuma ujian untuk tahu pertukaran ubat gegat dari pepejal ke cecair ke gas dan sebaliknya.
"Oh Shoot" jari Hani terkena bikar panas.
" Hani awak okey?" Soal Chika bimbang.
Hani diam dan membasuh jarinya, selamat jari comel ni tak melecur teruk. Tak guna punya Irfan.
>>putar kembali>>
Sedang Hani mengacau ubat gegat dan membaca suhu semasa, Irfan memgacau konsentrasi. Dari meja seberang, Irfan merenung tajam Hani, apabila mata mereka saling bertentang Irfan menggerakkan bibirnya tanpa suara.
"Aku tahu plan kau,lebih baik kau terus terang"
Hani masih berlagak tenang. Mustahil Irfan tahu.
"kau siapa nak tahu, aku tak bagi plan aku pada enemy macam kau" Hani menggerakkan bibirnya sambil mengangkat kening.
"Satu hari akan terbongkar" Irfan meneruskan komunikasi bisu mereka. Sebenarnya dia agak terkejut kerana tidak ramai yang boleh faham apa yang dia cuba sampaikan tanpa suara. Ya, Hani boleh baca bibir.
"Daripada terbongkar sekarang, baik nanti" Mulut Hani membalas.
"Hani saya rasa dah boleh alihkan bikar" Chika menghulurkan kain. Tanpa sedar, Hani teus menggenggam bikar.
Kedengaran Irfan ketawa sendiri. Semua orang memandang ke arah Irfan. Beraninya dia...
"Nampaknya aku terlalu kacak sampai kau tak mampu fokus" Irfan menghulurkan Krim Gamat yang sentiasa ada di dalam begnya.
"Aku rasa terhina" Hani terus pergi.
Bangunan Sumber, Perpustakaan.
Hani meneliti kembali rancangannya. Buku Fizik yang dibawa juga dibuka. Dua dalam satu.
Kelihatan kelibat Abang Jack ketua pelajar dan Pak Cah tukang kebun mendekati meja Hani.
"Barang ada tak?oh Asalamualaikum Pak Cah" Hani bertanya.
" Abang letak bawah tangga aspura" Abang Jack menjawab.
"Pak Cah dah bagitau member Pak Cah kami sedia ja" Pak Cah mengangkat ibu jari tangan kiri.
"Kerja Hani pun dah selesai, tinggal tunggu hari je" setelah itu, Pak Cah dan Abang Jack terus keluar.
"Aku serius ni Irfan tak payah la desperate sangat nak tahu, malam ni ada perjumpaan dekat aspura nanti abang Jack bagitahu" kata Hani tidak bernada sambil megalihkan buku daripada muka seorang pelajar yang duduk di rak berdekatan.
Okay, ini memalukan. Budak nerd junior tingkatan tiga memandang Hani dengan muka keliru. Tak guna punya Irfan, aku yakin dia dekat sini tadi!
"Belajar bersungguh-sungguh ye dik" Hani terus mengemas barangnya dan keluar.
"Han.." belum sempat ayat Irfan habis, kaki Irfan sudah Hani sadung.
"Berapa kali aku nak cakap jangan muncul dari belakang yang betul betul belakang aku" bentak Hani geram. Belum sempat Hani meleraikan kunci...
"Apa kamu berdua buatni? Bergaduh?!" Malapetaka bencana lautan sakti indra putra mahkota sudah tiba! Naib pengetua Puan Arifah dengan rotannya.
"Tak cikgu.. sa..."ayat Hani dipotong.
"Bilik saya, right now" Puan Arifah mengoyakkan slip tahanan kegemarannya.
Hani dan Irfan berjalan beriringan.
"Plan apa yang kau buat" tanya Irfan.
"Perlu ke kau tahu?" Hani masih enggan memberitahu.
"Dah tu nak aku bagitahu cikgu tu?" Ugut Irfan.
"Tak guna la kau ni, spoiler . " Hani memberitahu rancangan yang dirangka selama seminggu bersama Abang Jack dan prankster (termasuk Pak Cah).
"Gila" Irfan seakan tidak percaya.
"Gila tak gila tahun ni paling gila. Dah, jangan cakap dengan aku. Slip ni yang ke seratus aku dapat sepanjang aku sekolah sini jadi kau patut rasa bertuah sebab dapat meraikannya bersama aku. Takziah untuk slip pertama kau" Hani melajukan langkah.
"Asal kau tak kena buang?" Soal Irfan lagi.
"Banyak tanya la kau ni. Kau nak tahu siasat sendiri, amaran jangan bercakap kau tadah telinga elok elok biar berdarah" Hani menolak pintu bilik Puan Arifah.
"Dahtu apa yang kau suruh makcik tu bakar?" Irfan masih tak faham.
"Dia tanya resepi kek la. Kau ingat aku bodoh sangat nak bakar sekolah ni. Hergh."
"Ooo I see"
"Welcome to the hell" Ujar Hani perlahan.
Setelah 1jam 59 minit 53.24 saat...
"Saya harap kamu faham apa yang saya cuba sampaikan, boleh keluar" Arah Puan Arifah.
"Terima kasih Puan"
"Aku tak suka kau, sebab aku tak tahu" Hani jujur.
"Tak pernah pula aku cakap aku suka kau" Irfan berlalu pergi.
Smack! Hani melempar katak yang tidak bersalah tepat ke arah belakang kepala. Pelajar perempuan yang kebetulan lalu ketakutan!
"Oi, katak ni tak berdosa la perosak keharmonian alam" Irfan melemparkan botol air yang dipegangnya.
Botol itu Hani tangkap dengan bergaya belum sempat untuk berlagak, katak sudah melayang dan jatuh di atas bahu kanan Hani.
Maka bermulalah perang dingin...
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!