Hari guru dengan tema tradisional.
Hani dan Irfan sibuk merangka gimik. Tahun terakhir dengan tema paling sukar langsung tidak ganas! Penat memerah otak, mereka fly ke Ladang Uncle Tee.
Poli semakin gemuk! Kuda kesayangan Irfan.
Hani sudah tersengih.
"Apa? Muka jahat kau tu cover la sikit" Irfan menegur.
"Aku dah tahu nak buat apa" Hani menepuk Poli dan memberitahu rancangannya.
"Kau gila" Irfan tersenyum senget.
~
16 Mei.
Segak dan cantik guru-guru memakai pelbagai pakaian tradisional. Semua ternanti-nanti gimik yang akan dibuat. Selesai ucapan ayahanda, masih tiada apa yang berlaku. Mungkin mereka terlebih berharap. Aneh, tahun ini mereka tidak dibawa masuk ke dalam dewan melati sebaliknya di bawah dataran berbumbung.
Tidak menunggu lama, ayahanda ingin mengakhiri ucapannya dan merasmikan majlis.
"Tuanku, patik membawa perutusan daripada istana purapuracendawan. Izinkan patik membaca perutusan itu" Jay melutut sebelah kaki. Mikrofon tanpa wayar berada di telinganya.
"Puteri Cinta Nur Hani Syuhada Ratna Kesuma Melati Seri Pagi Bidadari bersama orang kanannya berkenan untuk turun melawat rakyat jelata serta mengadakan majlis penganugerahan pingat darjat kebesaran" Baca Jay dengan lantang
Belum sempat dirasmikan, bunyi kuda masuk ke dalam kawasan sekolah. Semua menumpukan perhatian dan bertepuk tangan. Poli diikat pada tiang. Kemudian kuda Hani dipegang Irfan dan diikat juga pada tiang.
Irfan memakai baju ala-ala pahlawan melayu dan Hani memakai baju kebaya ala puteri raja lengkap dengan mahkota.
"Kacaknya!"
"Forever crush!"
Irfan mengawal Hani dengan ketat bagaikan akan ada musuh yang menyerang. Hani berjalan dengan tenang tahu dirinya dilindungi sebuah kotak dipegang kemas. mikrofon tanpa wayar sudah siap dipakai.
Ruang antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan agak besar. Jadi mereka tidak ada kesukaran bergerak.
Tiba-tiba...
*sound effect drum yang mendebarkan*
Beberapa orang berbaju hitam menyerang mereka. Hani dan Irfan saling membelakangi satu sama lain. Hani menggenggam kemas kotak itu. Irfan cuba mempertahankan Hani sebaik mungkin. Satu per satu orang mula tewas dan terjatuh. Apabila semua sudah terbaring, Hani berjalan ke arah pentas.
Irfan dapat merasakan bahaya.
Badan Hani dihalang dan pisau menikam badannya. Irfan menumbuk penjahat itu dengan saki baki tenaga yang ada. Bahagian yang ditikam kelihatan basah dan tangan Irfan berlumuran darah.
"Panglima Irfan, bukankah tuan hamba sudah berjanji untuk melindungi beta dan tidak bergadai nyawa" Hani duduk di sebelah Irfan sambil menangis. Sungguh realistik!
"Tuan Puteri, sampaikan amanah tuanku sultan kepada rakyat. Biarkan patik pacal yang hina ini mereput di sini" Irfan tersekat-sekat.
"Panglima Irfan, bertahanlah. Beta tidak sanggup melihat orang kanan beta sengsara" tangisan Hani masih tidak berhenti.
"Pergi, jangan risaukan patik. Tuan Puteri sudah cukup matang untuk menjaga diri" Irfan tersenyum.
"Terima kasih" ujar Hani sebelum berpaling.
"Kasih diterima" Irfan menarik nafas panjang dan tidak celik lagi.
Keadaan menjadi bising dengan jawapan Irfan.
Hani yang berada di atas pentas membuka kotak yang dipegangnya.
"Darjat kebesaran ini, dikurniakan oleh baginda sultan kepada seluruh warga pendidik negeri purapuracendawan. Pendeta diminta menerima darjat ini sebelum dirampas oleh askar negeri purapurataktahu. Bacalah isinya" Hani menghulurkan kotak itu kepada Halim yang sedang menunggu . Serentak dengan itu, seseorang yang memakai baju hitam menikam Hani.
Hani rebah betul-betul di atas pentas.
Halim membaca.
Assalamualaikum, rakyat jelata yang beta kasihi.
Warga pendidik telah banyak berjasa kepada kita semua. Wakil yang beta utus untuk menghantar darjat kebesaran ini, jika masih hidup ucapkan tahniah, jika sudah tiada innalillah... mereka ibarat guru dan askar-askar purapurataktahu itu ibarat masalah yang mereka hadapi. Mereka sanggup berlawan dengan masalah itu demi menyampaikan utusan ini iaitu simbolik kepada ilmu pengetahuan. Wahai pendeta, beta arahkan tuan hamba supaya mengedarkan darjat kebesaran kepada seluruh warga pendidik yang ada.
Semoga para guru lebih bersemangat untuk menjalankan tugas.
Sekian.Sultan Megat ubat gegat.
Button Badge diserahkan kepada memua guru yang ada. Di atasnya tertulis,
Darjat kebesaran negeri purapuracendawan
~CikguOhsemm~Segalanya belum berakhir. Pari-pari keluar secara tiba-tiba.
"Saya ada cara untuk memulihkan Tuan Puteri dan panglima. Kita kena bersama sama dengan ikhlas jerit THE SILENT KILLER tiga kali boleh"
"Boleh!" Jerit semua.
"THE SILENT KILLER!"
"THE SILENT KILLER!"
"THE SILENT KILLER!"Sebail sahaja tiga kali disebut. Irfan bangun langkahnya longlai pergi ke arah Hani.
"Tuan Puteri bangun!" Jeritnya.
Tiada respon.
"Kiss! Kiss! Kiss!" Laung pelajar nakal.
"Tiada maknanya" Irfan menyiram muka Hani dengan air sedikit dan merenungnya dalam.
Hani terjaga dan Irfan tersenyum.
"APAKAH MUNCUL DEPAN MUKA AKU TIBA-TIBA TAK TAHU MALU"Hani membentak.
Muncul satu belon besar di tengah tengah dataran. Hani mencapai busur dan panah yang dibawa oleh Jay. Irfan menggunakan busur dan panah yang disandangnya sejak tadi.
1...
2...
Shoot!
Belon itu meletup dan keluar banner memanjang yang tertulis.
SELAMAT HARI GURU, JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG.
Satu dataran memberi tepukan gemuruh, Hani dan Irfan menunggang kuda kembali ke ladang Uncle Tee.
Puas!
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!