Kawasan kem sunyi, para peserta sedang menjalankan aktiviti di tasik. Irfan terus menuju ke bilik rawatan tanpa cuba menarik perhatian sesiapa.
"Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Abang ingatkan korang belum dijumpai macam mana boleh sampai sini? Apa dah jadi? Kenapa Hani didukung?" Abang Hamzah menyambut mereka di dalam bilik rawatan dengan sangat gembira umpama baru sahaja menemui harta karun. Abang Hamzah menghulurkan baju kepada Irfan.
"Hani terseliuh, dia perlukan rawatan. Kak Imah mana?" Irfan lebih bimbang tentang Hani. Buku lalinya semakin bengkak.
"tak tolong beri Irfan makanan dia kehilangan banyak tenaga"Hani resah melihat Irfan yang pucat bibirnya.
"saya akan beri kamu berdua apa yang selayaknya. Hani tunggu sekejap saya panggil Kak Imah." Abang Hamzah meninggalkan bilik rawatan.
Irfan bangun untuk keluar. Tetapi langkahnya dihalang.
"Stay, please. Irfan terima kasih. Saya tahu ucapan terima kasih tidak memadai. Saya juga minta maaf kerana menyusahkan awak. Luka awak kena dicuci balik. Itu luka dari parut yang terbuka. Saya berhutang dengan awak." Hani bernada rendah bimbang didengar oleh orang lain.
"Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim. Melindungi seorang gadis Islam apabila diperlukan"Irfan memusingkan tubuhnya. Dia berjalan ke almari dan mengambil sebotol ubat antiseptic dan iodine serta beberapa gumpalan kapas kecil dan satu bandage.
Irfan mencuci luka pada lengan kirinya. Ketika dia cuba memasang bandage, dia mengalamun sedikit kepayahan. Kepala diangkat apabila terdengar esakan halus Hani.
"Kenapa Hani? Kaki kau sakit sangat ke? Aku nak tolong sangat tapi aku tak boleh. Kau tahan sikit ja tunggu Kak Imah. Mana pula lah mereka ni" Irfan mula gelisah.
"Aku tak nangis sebab sakit. Kau nak tahu apa yang aku nampak? Aku melihat seorang pemuda melayu Islam yang sangat menjunjung tinggi perintah agama. Berdikari dan tabah. Aku yakin, firasat aku kuat mengatakan setiap parut dekat badan kau ada ceritanya. Cerita yang baik. Izinkan aku bantu kau, boleh kau datang sini?" Hani mengesat air matanya. Irfan yang terpaku terus bangun kearah Hani dengan bandage ditangan.
Hani mengambil huluran bandage daripada tangan Irfan. Dengan teliti dia membalut luka Irfan. Usai membalut, Hani mengambil sesuatu daripada begnya. Reben berwarna biru hitam yang digunakan oleh Hani untuk mengikat rambutnya diikat pada lengan Irfan.
"kenapa biru hitam?" soal Irfan.
"sama seperti kau, biru hitam dekat dengan jiwa aku." Hani tersenyum.
"dua-dua jiwa kering! Sanggup redah hutan nak balik sini. Kalau akak, akak dah pasrah menyerah berserah" Kak Imah masuk ke dalam bilik rawatan bersama dengan Abang Hamzah.
"Pergi dewan makan dan jangan pergi mana-mana sampai saya datang copy that?" Hani memandang Irfan dengan wajah yang dibuat-buat serius. Irfan tersenyum dan Hani hampir tergelak.
"paste!" Irfan keluar bersama Abang Hamzah.
~
"Hani.. apa dah jadi? Kenapa kamu pakai baju Irfan? Kaki tu, nasib baik terseliuh sikit je" Kak Imah menyapu krim pada buku lali Hani dengan lembut dan dibalut.
"Lengan baju saya koyak masa terjatuh, kaki pula terseliuh"Hani menjawab.
"bad rumors dah mula tersebar. Kakak nak kamu kuat. Kamu kena jaga perilaku kamu. Kak Imah tahu Hani bijak. Kakak tak perlu terangkan Hani sudah faham kan?" Kak Imah menggenggam tangan Hani. Hani menangguk perlahan.
"Kak Imah jom temankan Hani makan. Kitorang makan roti je semalam" Hani bangun dan Kak Imah membantunya. Kaki Hani tidaklah teruk sangat keadaannya. Hanya terseliuh sedikit.
~
Hani duduk di meja yang bertentangan dengan meja Irfan. Secara kebetulan mata mereka bertentang.
'okay?' Irfan menggerakkan bibirnya sedikit. Mereka berkomunikasi melalui gerak bibir.
'okay, dah makan?" Hani menggunakan bibirnya juga.
'ada orang suruh tunggu tu yang tak makan lagi' Irfan tersenyum sumbing.
'elok la tu, pergi ambilkan makanan beta lapar' Hani ketawa kecil.
Irfan bangun dari kerusinya dengan isyarat okay.
"Irfan!" Aduh malunya. Hani terjerit kecil. Mujur tidak ramai yang memerhati. Hani menghentakkan kepalanya ke meja. Dia perasan yang Abang Hamzah dan isterinya sedang ketawa melihat mereka.
"kak Hani, Abang Irfan suruh kakak makan ni pastu dia kata suruh baca ni" Syifa' anak Abang Bad menghulurkan sepolistrin mi goreng, air mineral dan sepucuk surat.
Hani mengucapkan terima kasih dan menyimpan surat itu di dalam kocek baju Irfan.
~
Assalamualaikum Nur Hani Syuhada,
Apa yang berlaku antara kita biarlah rahsia. Tentu Kak Imah sudah beritahu tentang khabar angin yang tidak berapa sedap didengar bukan? Berhati-hati, manusia yang cemburu boleh buat apa sahaja. Doa minta Allah jauhkan kita daripada fitnah manusia. Rancangan malam ni tetap on jadi rehat banyak -banyak. Petang ni aku nak riadah kau jaga kaki jangan ngada-ngada nak lari.
p/s : terasa klasik sungguh hantar surat.
Surat Irfan Hani simpan dalam begnya. Selepas solat zohor, Hani terus tertidur sehinggalah azan Asar berkumandang.
~
Kasut Sekolah jenama Warrior Hani sarungkan pada kakinya. Untung dia membawa dua pasang kasut. Bengkaknya sudah surut, dia terus berlari-lari anak ke tempat riadah. Kawasan kem agak lengang kerana peserta dibawa keluar untuk aktiviti masakan rimba.
"Cik Ahmad Irfan! Berdiri dihadapan saya dalam kiraan 5" 5..4..3..2.. Hani menghitung detik.
"takda maknanya! Suka suki je nak bagi arahan."Irfan berjalan lenggang kangkung. Hani mencebik.
"takut ke kawad individu?" Hani menangkat keningnya.
"suara arahan kau tak menggetarkan jiwa. Lain kali buat macam ni. Contoh ya, contoh. Squad berdiri dihadapan saya dalam kiraan 5!" suara Irfan bergema ke seluruh kawasan kem.
Hani tercengang! Suara itu, nada itu ya aku yakin. Hani memandang tepat mata Irfan cuba merungkai persoalan. Irfan meletakkan jari telunjuk dibibir dan dia mula berlari meninggalkan Hani.
~
Baju kurung Hani sarungkan. Malam ini dia dan Irfan diberi kepercayaan untuk mengendalikan slot selepas Isyak. Suara Irfan masih terniang-ngiang di dalam kotak fikirannya.
'Dark Knight, I think I know you'-Black Rose. Send!
'Are you sure?'-Dark Knight membalas dengan cepat.
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!