Bab 20

47.3K 2.4K 33
                                    

Hari kelima persekolahan.

Kelas 5 Alfa.

Tempat kosong untuk Hani dan Irfan telah tersedia. Semua sudah bersiap sedia dengan soalan paparazi.

Hani masuk sendiri. Matanya terlekat pada dua meja kosong. Satu senyuman sendeng dihadiahkan. Meja itu dipisahkan. Hani mengeluarkan sehelai tisu dan mengelap meja yang penuh dengan habuk.

"Hani aku dengar kau dengan Irfan..." Gee cuba mengorek informasi.

"SHUT UP, WHAT THE HELL IS WRONG WITH ALL HUMAN BEING IN THIS WORLD?! JUST BECAUSE IRFAN AND I POSTED SOME STUPID PHOTO ON INSTAGRAM DOESN'T MEANT THAT WE ARE TOGETHER! CAN YOU PLEASE NOT MENTION THAT STUPID NAME AGAIN" Hani melepaskan amarah. Habis meja di hadapannya tergolek.

Satu kelas sunyi. Tahu, jika Hani berbahasa Inggeris maksudnya dia sangat marah. Irfan masuk ke dalam kelas dengan wajah tidak beriak. Tiada keinginan untuk menyibuk dalam hal Hani.

Kelas belum bermula, nama Hani dan Irfan dan beberapa orang tingkatan 5 sudah dipanggil untuk sesi orentasi pelajar tingkatan satu.

Patutlah mereka dipanggil, pendaftaran kokurikulum rupanya.

"Ini pengerusi dan naib pengerusi kelab, persatuan dan permainan yang telah dipilih pada tahun lepas. Buat pilihan kamu dan daftar tiada pertukaran" Terang Puan Arifah.

Semua pelajar mula beratur pada meja yang ditetapkan. Hani pantas membuka chromebook sekolah. Ahli Kadet Polis yang baharu sangatlah sedikit. Biasalah, yang terkenal itu Pengakap.

Sepanjang proses pendaftaran, Hani dan Irfan langsung tidak bercakap. Masih terasa aura tegang. Pelajar yang mendaftar dengan mereka terasa angin sejuk tiba-tiba. Seram!

Al kisahnya, dalam perjalanan ke dalam kelas, Hani sudah dihujani dengan pertanyaan tentang dia dan Irfan. Orang yang tidak pernah kisah tentang kewujudannya juga bertanya. Orang pertama mungkin boleh diabaikan tetapi kalau setiap mulut hendak bertanya, oh tidak!

Irfan yang tidak tahu apa-apa dihambur dengan amarah Hani. Memang tersilap langkah kerana Irfan sedang mengalami masalah penghadaman.

Tap...

Tap...

Tap...

Irfan!

Tap...

Tap...

Tap...

"Kau berhenti ketuk bendalah pen tu boleh tak annoying gila kut" Hani merampas pen dari tangan Irfan.

Irfan memberi pandangan tajam kepada Hani. Hanya satu cara sahaja hendak mendiamkan mulut Hani. Tenungan tajam!

Hani berpaling dengan perasaan geram.

Semua ahli baharu dikumpulkan untuk taklimat kokurikulum di bawah kendalian pengerusi dan naib pengerusi.

Macam tak ada kerja lain!

"Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam Kadet Polis. Siapa nak masuk Kadet siap sedia kawad tiada alasan." Irfan memulakan bicara setelah salam perkenalan diberi.

"Ahli yang nak ikut kem kor kadet polis mesti aktif dan handal kawad, kita akan buat latihan menembak dan banyak lagi aktiviti fizikal dan mental" Irfan menerangkan lagi.

Bla..bla..bla...

Entah apa lagi yang Irfan terangkan. Uniform, kasut, kehadiran dan bla..bla..bla..
Hani bermain dengan pen dan mengetuk pucuk hidungnya. Lalai.

"Nak tambah apa lagi Hani?" Soal Irfan.

Hani masih lagi bermain dengan pen.

"Nur Hani Syuhada sahaja, kau hutang aku 10" Irfan masuk dalam mood komando.

"Asal pulak?!" Bentak Hani.

"Leka dalam tugas." Irfan tegas.

"Aku tak nak hutang dengan kau." Terus Hani turun gaya tekan tubi.

"Oi gila, kalau terselak aku tak tahu!" Jerit Irfan.

"Aku pakai seluar la" terus Hani mengira.

Kedengaran pelajar tingkatan satu berbisik sesama sendiri.

"Juniors jangan risau, kalau buat baik, dibalas baik, buat jahat, tanggunglah sendiri. Kalau sukakan cabaran, ini tempat kamu" Irfan tersenyum sumbing.

Hani bangun dengan penuh bergaya.

"Please enjoy your stay, good luck! Semua boleh beredar" Hani berdiri di sebelah Irfan.

Ketika bersurai, kedengaran beberapa desas desus.

"Kalau aku tahu, baik aku masuk puteri Islam weh" Seorang budak yang memakai cermin mata berkata.

"Aku suka! Bagus tak adalah lembik je" seorang budak lelaki memukul kawannya.

"Kau tak rasa ke senior kita ni adorable?! Comel je akak tu dah la ganas!"

"Aku dengar... "

"Dengar apa ha?" Satu suara menegur.

"Tak dengar apa-apa kak!" Mereka terus laju berjalan.

"Kak Yong!" Kedengaran suara memanggil dari sebelah kanan.

Hani menghadiahi Irfan jelingan maut. Tak guna kau...

"Kak Yong marah la.." usik Irfan.

"Siapa yang tak bengang kalau dari subuh asyik nama kau je yang orang sebut!" Hani menghentak kaki tanda protes.

"Kau kena PMS ke kak Yong?" Irfan masih ligat mengusik.

"Stop calling me Kak Yong or else..." Hani menikam mata Irfan.

"Kak Yong!" Kedengaran suara seorang budak perempuan.

"Siapa..." Hani tidak sempat menghabiskan ayatnya bila dia dipeluk oleh seorang junior.

"Ini Aishah la kak, takkan dah lupa. Kakak kan selalu selamatkan aishah daripada dipukul bapak, aishah belajar betul-betul sebab nak sama sekolah dengan kak yong" Terang Aishah. Budak itu agak kurus dan kecil untuk pelajar tingkatan satu.

"Ya Allah, Aishah. Siapa jaga Aishah sekarang? Dulu kecil je dah besar dah sekarang!" Hani terharu. Tidak sangka seorang anak jalanan Chow Kit mampu untuk menjejakkan kaki ke MRSM.

"Jabatan kebajikan masyarakat. Bapak dah mati sebab HIV" jawabnya sayu.

"Dekat sini, jangan panggil kak Yong. Panggil je Hani. Dah pergi masuk kelas, ada masa kita sembang lagi okay?" Hani memeluk dan mencium kedua belah pipi budak itu.

"Good job Kak Yong, you just created another shining pearl for the country, you are the truly beauty inside and out except for your manner." Irfan menepuk bahu Hani dan beredar.

Irfan...

Baru...

Puji...

Aku...

Ke...

Tadi?...

~

Gosip tentang Hani dan Irfan hilang dibawa angin kerana semua orang beranggapan bahawa mereka memang bercinta. Anehnya, Irfan dan Hani jarang berjumpa, bertegur dan bertekak. Mereka seolah-olah telah lupa akan kewujudan masing-masing. Hanya bertegur jika mendapat tugasan tertentu sahaja. Mungkin hubungan mereka sudah retak menanti belah. Anggap orang sekeliling.

Hakikatnya mereka terlalu sibuk dengan tanggungjawab sendiri. Tetapi beauty dan beast tidak pernah kosong tanpa mesej. Segala soalan dan kemusykilan ditanya dan direkod di dalam buku tulis. Ibaratnya, telefon itulah tempat mereka belajar bersama.

Permulaan tingkatan lima yang hambar dan membosankan.

The Silent KillerWhere stories live. Discover now