Bab 4

73.4K 3.6K 23
                                    

"Perhatian kepada semua pelajar, sila berkumpul di Dewan Melati pada pukul 9 malam" Guru bertugas membuat pengumuman melalui corong pembesar suara.

Hani bangun dengan malas dan bersedia untuk ke musollah. Usai tazkirah isyak semua pelajar dikumpulkan di Dewan Melati.

Ayahanda dan angkatannya sudah naik ke atas pentas. Majlis mini bagi meraikan pelajar yang baru masuk ke sekolah akan diadakan.

Hani sudah mengambil tempat duduknya dibahagian hadapan baris tingkatan empat.

Ketika Puan Arifah sedang berucap, secara tiba-tiba mikrifon tidak berfungsi. Matanya terus mencari kelibat Hani. Sudah dia jangka Hani pasti terlibat. Sangkaannya meleset apabila melihat Hani sedang duduk dengan tenang walaupun bunyi bingit dari mikrofon hampir memekakkan semua orang.

Three, two, one!

Asap putih menyelubungi kawasan bawah pentas. Lampu dewan terpadam. Lampu kecemasan serta merta menyala. Dalam masa 60saat itu keadaan kembali seperti biasa.

"Oh shoot, prank tahun ni tak jadi" Hani terus berlari ke arah belakang pentas tanpa dilihat. Kenapa aku cakap kuat-kuat ni.

Pintu utama tiba-tiba terbuka. Abang Jack berlari naik ke atas pentas. Setelah bercakap dengan Puan Arifah, dia pergi ke arah mikrofon dan membetulkannya. Dengan rasa serba salah, Abang Jack memanggil beberapa nama.

"Hani, Irfan, Khalid, Darus, Lee dan saya sila keluar menghadap pentas" Abang Jack turun daripada pentas. Dengan penuh tidak rela nama-nama yang dipanggil keluar.

Hani menjeling Irfan. Mata Irfan tajam memandang Hani.

Hani datang dan terus menolak bahu Irfan tanda protes tidak puas hati. Irfan menahan lengan Hani, bagaikan tindakan refleks, Hani terus menyiku perut Irfan. Cikgu-cikgu sudah panik, segala guru disiplin yang wujud dalam sekolah sudah turun daripada pentas untuk meleraikan pergaduhan.

Tanpa menunggu lama, Hani memijak peha Khalid dan Darus dan membuat backflip sempurna 360 darjah di atas udara. Serentak dengan bunyi Hani mendarat, semua pelajar terus duduk melutut.

Giliran Irfan untuk terbang di udara. Dia berputar 360 darjah dan mendarat di sebelah Hani.

Go!

"Happy birthday to you"
"Happy birthday to you"
"Happy birthday to Puan Arifah"
"Happy birthday to you"

Semua pelajar dari tingkatan satu sehingga lima, baru dan lama bersama-sama memegang kertas yang tertulis we love you.

Sis Fiera, kakak yang Hani tegur kerana member kumpulannya biadap itu senyum memandang Hani sambil membawa sebiji kek red velvet kegemaran Puan Arifah.

Reaksi Puan Arifah?

Dia tergamam dan tidak mampu memproses apa yang berlaku. Sangkaannya Hani dan sekutunya sudah mati akal dan tidak dapat membuat perkara pelik. Tidak dia sangka tahun ini dia menjadi subjek utama. Trisha memakaikan flower crown kepada Puan Arifah dan membawanya tepat ke tengah pentas untuk memotong kek.

Tunggu ,acara belum tamat.

Kerusi guru yang bersusun segera dialihkan. Slaid diturunkan dan mereka membuat tayangan tentang hari pertama persekolahan, pilihanraya pelajar, ucapan ayahanda dan ditutup dengan muka Poly yang sedang tersengih. Poly ialah kuda milik ladang berdekatan.

Good job guys. Ayahanda menepuk tangannya dan tepukan gemuruh mula kedengaran.

<<ulang kembali<<

Kecemasan! Rancangan mungkin gagal... Ayahanda baru sahaja memasang lampu kecemasan di dalam Dewan Melati. Abang Jack cuba mencari Hani namun tidak berjaya. Secara kebetulan, Irfan lalu di hadapannya.

"Budak baru, siapa nama kau"soal Abang Jack.

"Irfan" jawab Irfan ringkas.

"Bagi tahu Hani kod M padang hoki waktu riadah . Kau nak follow sekali pun takda hal"Arah Abang Jack.

Dataran pahlawan, gelanggang hoki.

Hani masih lagi geram dan tidak faham kenapa Abang Jack perlu libatkan Irfan. Hatinya masih membara kerana pagi tadi Irfan dengan tidak sengaja yang disengajakan menumpahkan air ke atas kasut Hani. Ini kisah benar, Irfan yang cari fasal.

Petang itu Hani berlari di sekeliling gelanggang sementara menunggu senior untuk merangka semula rancangan mereka.

Irfan mula berlari-lari anak di sebelah Hani. Hani yang sedang panas hati menendang punggung Irfan kuat dan padu.

"Kau dah kenapa" Irfan mengusap punggungnya.

"Kau siram kasut aku kenapa" Hani menghadap Irfan.

"Aku tolong kau cuci kasut la" Irfan tersenyum sumbing. Sengaja dia mahu bermain.

"Jerk!" Hani menolak dada Irfan kuat sehingga dia terdorong ke belakang.

Belum sempat Hani lancarkan tumbukan. Irfan sudah menahan tangan Hani. Kesempatan yang ada Hani gunakan sebaiknya, dengan menggunakan kekuatan tangan Irfan, Hani membuat backflip dan terus menyapu kaki sepasang kaki. Irfan juga membuat backflip bagi mengelak kakinya disapu. (Kerana meloncat tak cool)

Pause.

Kalau Irfan tidak jatuh, tadi kaki siapa?

Misteri terjawab apabila mendengar bunyi mengerang milik Abang Jack.

"Abang sorry" Hani bernada bimbang.

"Aduh... " Abang Jack bangun dengan bantuan Irfan. Sekutu Abang Jack masih lagi terkejut dengan pergerakan lancar Irfan dan Hani seperti mereka telah berlatih lama.

"Nice move, mana belajar?" Soal Darus.

"Perlu ke soalan tu?" Soal Hani kembali. Irfan menyebabkan dia menggunakan kebolehan break dance yang sudah lama tidak digunakan.

"Abang dah dapat idea kita nak buat apa" Abang Jack terus mengeluarkan kertas mahjung.

"Dush, biar betul bang Jack --,--' kalau tak jadi macamana" Hani membuat muka selenga.

"Kita cuba la sekarang" Cadang Lee.

Hani dan Khalid cuba membuat demonstrasi seperti yang dirancang. Tetapi Khalid terlalu lambat dan dia jatuh dengan pantas begitu juga dengan Lee, Darus dan Abang Jack juga tidak mampu melawan kepantasan Hani. Hani langsung tidak beri peluang kepada mereka.

"You are so strong babe but not fast enough" Irfan seolah-olah mengejek.

"Don't babe me jerk!" Pantas Hani memijak kasut Irfan.

"Fair enough " Mereka menutup langkah dengan kemas.

Irfan dan Hani...

Semua senior ternganga dibuatnya!

Dalam diam Hani dan Irfan mengakui kehebatan sesama sendiri.

The Silent KillerWhere stories live. Discover now