Air mata Hani mengalir perlahan. Hanya Allah yang tahu sakit ditinggal 'musuhnya' yang satu itu. Lyana menepuk belakang Hani perlahan. Tidak pernah dia sangka kisah Hani sedahsyat itu.
"apa you rasa bila you jumpa Irfan first time lepas setahun? Dekat taman tu"Lyana terus menghidupkan keadaan.
"Aku langsung tak tahu itu dia sebab dia dah banyak berubah. I mean fizikal dia. Bila lama-lama I makin selesa I sendiri pelik kenapa jadi macam tu. Rasa macam ada yang dah balik. Aku berharap sangat dia Ahmad Irfan yang aku musuhi kerana pemadam. Sampai malam dekat kem tu baru I yakin dia Irfan yang I cari"Hani tersenyum tanpa dia sedari.
"you love him right? I tak pernah nampak you ceria sepanjang kita kenal sampai Irfan datang." teka Lyana.
"I dengan Irfan? Entahla itu rahsia Allah" Hani menjawab tenang.
"takkan you tak pernah imagine langsung?" Lyana menyiku Hani.
"nak tahu macamana kalau imaginasi aku dengan Irfan bila disatukan" Hani menangkat kening. Lyana mengangguk laju.
"Itu rahsia, sebab extream sangat tak sesuai untuk budak-budak" Hani tergelak kuat. Lyana pula memukul badan Hani dengan bantal.
"naughty Hani!"Jerit Lyana.
Hani memegang telefon bimbitnya. Dia menekan nombor satu agak lama. Talian bersambung.
"you dengan aizat apa cerita?" Hani menukar topik.
"dah putus dah. Dia tak suka hijabi, entah la tapi I rasa lebih bebas macam I baru terlepas daripada masalah"Lyana tersenyum.
"dia ada ugut you ke bagi you barang ke, well biasanya kalau couple gaduh sampai break mesti dia cakap something" Hani berhati-hati cuba mengorek lebih dalam.
"sebab you dah cerita detail fasal you dengan Irfan, I akan bagitahu story I pula" Lyana menegakkan sedikit tubuhnya.
~
Hasrat Lyana untuk mengekalkan tudung yang dipakai semakin membara.
'mesti aizat suka dengan perubahan aku' telah hatinya.
Petang itu, seperti yang telah dijanjikan Lyana berjumpa dengan Aizat di taman. Susuk tubuh Aizat dapat ditangkap dengan cepat. Lyana terus pergi ke meja tempat Aizat duduk.
"Assalamualaikm, good Evening Aizat!" tegur Lyana.
"Evening. Eh, sejak bila pula you tukar fashion? Bulan puasa kan lama lagi" jelas kelihatan yang Aizat tidak suka dengan perubahan Lyana.
"I dah buat keputusan. I nak berhijab" Lyana berterus terang.
"kenapa tiba-tiba, ni mesti kerja kawan you yang berlagak alim tu kan? I tak sangka you mudah terpengaruh. Wake up babe! Kita muda lagi"Aizat mula tak tenang.
"NO! I yang decide nak tutup aurat. Tak ada kaitan dengan Hani"Lyana memang tidak suka apabila Hani yang dipersalahkan atas hijrahnya.
"ke you nak tutup love bites? Jantan mana yang bagi love bites dekat you? Dengan I punya lah jual mahal, I ajak pergi club tak nak" Aizat mencurah petrol kedalam api.
"I bukan slut! Jaga mulut you. Demi Allah I masih terpelihara. I tunggu you pinang I je" sngguh Lyana ingin menampar mulut cabul Aizat.
"you ingat I nak kahwin dengan you ke? Come on lah, kita masih muda. Lepas ni, maybe I akan pertimbangkan kalau you tanggal balik tudung tu" Aizat duduk bersandar.
"you tak pernah ada niat nak jadikan I isteri you? Our relationship is over! I akan pertahankan sisa maruah I sebagai orang Islam " Lyana terus meninggalkan Aizat.
Aizat yang baru tersedar yang dia telah tersilap langkah terus berlari mendapatkan Lyana. Susahlah dia jika Lyana sudah tidak mahu berhubungan dengannya.
"Wait Lyana. I am so sorry. Please love. I cintakan you betul I tak tipu" Aizat melutut.
"dah ludah takkan nak jilat balik" Lyana terus berjalan.
Aizat yang bengang dengan kebodohannya terus menarik lengan Lyana.
"please cinta. I am begging you" Aizat merayu.
"sekali aku kata tidak selamanya tidak!" jerit Lyana lantang.
"aku buat cara lembut kau tak nak, satu hari nanti kau akan menyesal. Masa tu baru kau akan melutut minta dibebaskan. Kau tunggu je lah" Aizat merenung Lyana tajam. Tangan Lyana dicapai kasar.
Terasa ada satu kekuatan dalam diri Lyana. Dengan lafaz basmalah, Lyana menolak Aizat sehingga tatu pada lengannya kelihatan. Lyana terkejut melihat tatu itu. Tidak pernah dia sangka aizat memiliki tatu.Lyana terus berlari. Rasa pedih yang menikam dadanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Airmata mengalir tanpa henti.
~
"you okay?" Hani menepuk belakang Lyana.
"I okay dah" Lyana tersenyum.
"you ingat tak bentuk tatu Aizat?"Hani ingin mengorek lebih dalam.
"kind of spider maybe, I tak ingat la tangan mana" Lyana menjawab sahaja.
"Lyana, kalau you rasa ada benda you nak cerita, share je dengan I okay" Hani memandang Lyana.
"ada, I nak tanya la. Ini apa? Aizat yang bagi" Lyana menunjukkan sepaket serbuk putih.
Hani mengamati serbuk putih itu.
"you ada ambil tak?" Hani bertanya serius.
"tak pernah kenapa Hani, ini apa?" Lyana risau dengan perubahan Hani yang tiba-tiba serius.
"jangan bawa benda tu jalan-jalan. Kita tak tahu itu apa. Kalau tepung tak apa. kalau dadah?" Hani memberi amaran.
"you ni, buat I takut la. I buang sini lah"Lyana terus membuang paket itu ke dalam bakul sampah kecil.
"it's nothing, jomlah. Time to sleep! Esok kita nak menjelajah"Hani berubah ekspresi sepantas kilat.
Lyana masuk ke dalam bilik. Hani terus mencapai telefonnya. Panggilan dimatikan.
~
'Ganja, aku rasa dah sampai masa'-Black Rose
'belum lagi, susah kalau Lyana tak selesa. Dia masih lemah, kalau dia patah balik susah nanti' -Dark Knight.
'esok aku nak buat terapi minda dengan Lyana, shopping sepuas-puasnya. Mind to be our bodyguard?'-Black Rose.
'aku angkut bi sekali lah'-Dark Knight.
'bi ada baju ke?'-Black Rose
'Ada, bi kan ada tiga rumah'-Dark Knight
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!