Bab 48

43.9K 2.3K 74
                                    

Setelah berbincang, mereka berempat sudah bersetuju untuk menemani Lyana pulang ke rumah ibu bapanya di Terengganu selama seminggu. Mereka akan bertolak dua hari lagi. Petang itu, Hani mengajak Lyana mengikutinya pulang ke rumah ayah dan ibunya.

"Assalamualaikum ibu, Hani dah balik!" Hani mengetuk pintu dengan riang.

"Waalaikumussalam, sekejap ibu bukakan pintu" Puan Rafidah bergegas ke pintu hadapan.

"Ibu, Hani rindu ibu sangat-sangat" Hani menyalami tangan ibunya dan memberikan satu pelukan yang penuh dengan kasih sayang.

Puan Rafidah hampir mengalirkan air mata gembira. Dirinya bagaikan bermimpi. Apa sudah berlaku? Hani sudah jumpa dengan dirinya yang asal. Ruang kosong itu bagaikan sudah terisi. Dia membalas pelukan Hani.

"yang cantik manis ni siapa?" Tanya Puan Rafidah kehairanan. Belum pernah Hani membawa teman perempuan pulang. Hanya Irfan sahaja yang Hani perkenalkan kepada mereka.

"Ini makwa bi!" Nabil muncul entah dari mana.

Hani memukul belakang Nabil agak kuat. Nabil terus menyalami ibunya dan masuk kedalam rumah. Kemudian dia keluar semula dengan membawa jaket kulitnya. Nak merempit dengan Irfan lah tu.

"Saya Lyana puan" Lyana menyalami tangan Puan Rafidah. Lyana terpegun dengan kecantikan ibu Hani. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

"apa puan pula, aunty sudah betul ke kamu makwa si Nabil tu" Tanya Puan Rafidah ramah.

"Bi tu ngada-ngada je entah kena sampuk dengan apa pun Hani tak tahu" Hani menjawab bagi pihak Lyana.

"malam ni Hani tidur sini ya? Ibu rindu. Patutlah ibu tergerak nak beli udang buat cucur kegemaran Hani. Sekejap lagi ayah balik, ayah kamu tu meeting tak sudah"Puan Rafidah memberi ruang untuk Hani dan Lyana masuk ke dalam rumah.

Lyana kagum dengan rekaan dalaman rumah Hani. Ringkas tetapi menawan. Tidak dia sangka Hani yang begitu sederhana membesar di dalam sebuah rumah yang boleh dikatakan mewah.

"Ibu jangan buat dulu! Tunggu Hani dengan Lyana solat asar baru kita berpesta cucur udang" Hani terus berlari membawa Lyana menaiki tangga untuk pergi ke biliknya.

"Jangan lari jatuh nanti aish budak ni" Puan Rafidah tersenyum.dalam Hatinya dia sangat bersyukur anak gadisnya sudah kembali ceria.

~

"welcome to my room" Hani membuka biliknya.

"wait, this is mini perpustakaan kan?" Lyana tercengang.

Dinding bilik Hani dipenuhi dengan buku yang sangat banyak sehingga ada tangga khas untuk mengambil buku di bahagian atas. Ada satu ruang khas yang Hani jadikan ruang santainya. Katil bersaiz king Hani terletak di bahagian yang agak dalam.

"tak la, ini lah bilik aku. Ayah bagi kami tiga beradik design bilik sendiri tu yang jadi macam perpustakaan tu. You tak solat kan? Kalau you nak tengok zaman kegemilangan I, pergi dekat almari kayu sebelah sofa tu. Amaran, kalau I dengar you ketawa I kurung you dalam bilik air malam ni." Hani tersenyum dan segera menuju ke dalam bilik air.

Lyana terus menuju ke almari yang dimaksudkan oleh Hani. Almari setinggi enam kaki itu dipenuhi dengan pelbagai jenis pingat dan piala. Lyana membuka almari itu dan mengeluarkan album gambar yang agak besar. Lyana menyelak satu persatu. Semua gambar Hani sewaktu di sekolah menengah dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Sampai pada lembaran tingkatan empat Lyana tersenyum. Gambar Hani dan Irfan sedang berdebat dalam pertandingan debat peringkat sekolah. Kawat kaki, gambar Hani dan Irfan sedang dihukum ketuk ketampi pun ada di bawah gambar itu ada sedikit catatan 'troublemaker paling berjaya the silent killer-cikgu Hilmi' sampai pada satu gambar Lyana berhenti dan cuba menahan diri daripada ketawa.Gambar Hani yang memakai baju kebaya, berkasut tumit tinggi merah dan terdapat kesan kotor pada bahagian atas kepala tudungnya.

The Silent KillerWhere stories live. Discover now