Hani P.O.V
Cuba berlagak kuat. Aku dah penat. Masanya dah tiba dan aku tak tahu kenapa aku pilih budak pemadam 60sen ni untuk aku break down. Tapi itulah realitinya. Entahla, aura dia cukup kuat untuk buat aku rasa selesa.
Aku lahir dalam keluarga yang senang. Ayah ahli lembaga pengarah syarikat yang aku tak mahu sebut takut riak. Ibu aku suri rumah. Bekas cikgu. Lepas adik aku nabil lahir, ibu terus berhenti kerja. Aku ada seorang abang. Cukup sempurna bukan?
Hakikatnya, tak seindah cerita princess disney. Dengan result 3A 2B aku masuk ke MRSM Baling. Cable ayah cukup kuat untuk hantar aku kemana sahaja. Asalnya, ibu suruh sekolah dekat biar senang tapi aku tolak. Aku pilih sekolah jauh di utara. Lawan cakap ayah bangkang cakap ibu, aku mogok lapar tiga hari lepastu masuk hospital. Dalam usia 13 tahun, aku pergi ke sekolah sendiri menaiki bas milik syarikat uncle Sani. Ayah dah bagi tahu awal-awal akibatnya. Patah hati waktu dengar. Anak perempuan tunggal dalam keluarga yang hidup atas harta naik bas sendiri. Tak kisah asalkan ayah ibu bahagia. Bayar yuran asrama bank in online dan selesai.
Agama aku A cemerlang. Amalan? Kelaut laut pun tak nak terima. Ayah dan ibu tak pernah larang. Hakikatnya mereka terlalu sibuk dengan hal dunia. Mungkin aku ikut jejak langkah mereka. Mungkin aku yang buta...
Hidup di dalam dunia aku, wang bukan soalan. Kasih sayang ibu dan ayah yang kurang. Memang tak dapat aku nafikan. Ibu dan ayah memang beri perhatian tetapi bukan kepada aku. Anak lelaki sulung dan anak lelaki ketiga sentiasa kegemaran mereka. Sejak dari umur 7 tahun aku belajar macam macam jenis seni mempertahankan diri dari arwah Tok Ki Asan. Lepas dia meninggal aku terus hilang. Hanyut. Padahal umur baru 11 tahun. Kompleks Rakan Muda itu tempat lepak sejak darjah 3. Bukan susah nak minta geng aku ajar skate board, parkour dan break dance belanja pizza malam sabtu belanja wayang malam rabu. sosial sangat kehidupan aku. Ayah ada tegur tapi tak makan saman.
"Manada orang makan saman, orang makan makanan manusia la" celah Irfan loyar buruk. Aku menjeling dan menyambung cerita.
Bila terserempak dengan Irfan dekat mall haritu, rasa kosong rasa sunyi sepi hati aku rasa ada yang hilang. Bila aku buka plastik sampah tu, sumpah aku rasa macam kena tampar berkali-kali.
Aku......
Tak.......
Tahu......
Apa........
Yang.......
Aku........
Cari........
Daripada seorang budak biasa pencapaian akademik, aku mendapat pointer 4.00 sempurna sejak tingkatan satu. Nama digeruni dan disegani. Tiada kawan tiada lawan bererti tiada tempat mengadu. Puan Hafizah sentiasa bantu aku tapi rasa dia tak sama. Sehingga satu hari ada manusia bernama Irfan datang dan curi pemadam. Tapi sekarang cikgu dah tak ada baru aku rasa kehilangan.
"Cut, pemadam tu aku punya kay" Irfan memandang Hani tidak puas hati.
"Senyap la kau, tu aku punya" aku merengus geram.
"Hani, jangan la nangis oi, pergi peluk tiang. Peluk aku nanti kena buang sekolah." Irfan menghulurkan sapu tangan merah jambu dari poketnya.
"Pink seriously?!" Aku ketawa sambil menangis .
"dah buat lap hingus" Irfan ketawa perlahan.
"Pengotor!" Aku membaling sapu tangan.
"Fly jom. Biasa kau fly sorang kan. Kita fly cara aku" Irfan tahu cara menenangkan aku.... agaknya....
"What are you? Bad boy noob?" Aku mengangkat kening.
"Aku bukan noob la aku The Silent Killer dekat taiping dulu. tak setelah aku fikir balik dan kau berpotensi untuk jadi partner aku jadi kita The Silent Killer setuju?" Cadang Irfan.
"We gonna slay" aku.... setuju? Dahsyat aura kau ni Irfan.
Hari jumaat. Lepas Irfan solat jumaat, kami fly. Memang gila biasa aku fly guna pintu depan Irfan fly panjat tembok! Baru thrill
*fly - keluar dari sekolah (asrama)
YOU ARE READING
The Silent Killer
RomanceIni tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!