Bab 32

47.3K 2.5K 132
                                    

"Tuan Azhar, Hani dan Irfan tak da." Lapor Abang Hamzah. Risau dia dibuatnya. Hani dan Irfan langsung tidak kelihatan semenjak mereka membuat aktiviti meredah hutan. Hari pula sudah semakin senja.

"Saya tahu, saya akan buat laporan dan saya yakin mereka berdua boleh selamat"Tuan Azhar kelihatan begitu tenang. Abang Hamzah sudah mula seriau. Manakan tidaknya, sepanjang dia menjadi pengerusi team usrah tidak pernah berlaku kejadian seperti ini.

"Macam mana tuan boleh begitu yakin? Mereka berdua cuma belia berusia 23 tahun yang berpotensi untuk membunuh sesama sendiri! Kenapa bukan kita sahaja yang mencari?" Abang Hamzah menekup mukanya. Doa tidak putus-putus dipanjatkan.

"Saya tidak mahu merisikokan keselamatan semua, pagi tadi Irfan dan Hani baru sahaja membunuh seekor ular di kawasan kem, apa lagi yang ada dalam hutan kita sendiri tak tahu. Biar mereka yang berkebolehan yang pergi mencari Inshaa-Allah semua akan selamat. Lagipun sekarang sudah masuk waktu maghrib" Tuan Azhar bangun daripada kerusinya dan meneguk segelas air. Abang Hamzah kelihatan sedikit tenang. Semoga mereka selamat.

~

"kau dengar tak? Irfan dan Hani... mereka hilang" Yana membuka cerita. Meja makan mereka menjadi hangat.

"entah-entah diorang saja je, ye lah daripada waktu pendaftaran bukan main diorang rapat. Nak buat projek lah tu. Malam tadi diorang bukan main mesra, ingat aku tak cam suara diorang masa dekat susur kawat tu" Farah, peserta yang tercedera semalam semakin menghangatkan cerita.

"Lyana, kau tak tahu apa-apa ke fasal diorang?, Aizat tak pernah cerita fasal diorang ke? Haritu aku Nampak Aizat pergi kat meja diorang masa diorang tengah duduk berdua"Semua mata menghala kearah Lyana.

"Aku tak tahu, aku tak nak tahu, Hani ada kehidupan dia sendiri. Dia gadis yang baik. Aku yakin dia tak akan buat semua benda tak senonoh tu. Daripada korang sibuk mengumpat Irfan dengan Hani baik doakan keselamatan diorang."Lyana mengangkat pinggannya.

"Baru belajar pakai tudung dah nak jadi ustazah, kau ingat kau lagi mulia daripada kitorang? Kitorang dah lama pakai tudung" Cut menyelempangkan tudung pendeknya. Lyana kehilangan kata-kata. Jika Hani ada, pasti dia sudah menyembur ayat pedas berapi sos cili. Lyana menarik nafas. Dia teringat kata-kata Hani sewaktu dia hendak cuba memakai tudung trend terkini yang agak pendek.

"Aku baru jumpa jalan untuk kenal tuhan aku. Aku baru jumpa jalan nak kenal Allah. Biar perlahan asalkan mengikut syariah. Allah suruh wanita melabuhkan tudung sehingga menutup dada. Aku tak mempersoalkan hijab kau. Kau cukup pandai untuk menilai diri kau sendiri." Lyana terus pergi ke singki meninggalkan kumpulan tadi. Terima kasih Hani. Aku takkan biarkan hijrah aku dipersoalkan.

~

Hani dan Irfan terus berjalan meredah hutan untuk mencari tanda-tanda tamadun manusia. Entah bagaimana mereka boleh terpisah daripada kumpulan besar sedangkan mereka mendengar semua arahan dengan teliti. Hujan lebat secara tiba-tiba menyukarkan lagi usaha mereka. Hani dan Irfan duduk berteduh di dalam sebuah gua kecil yang mereka temui secara tidak sengaja. Telefon bimbit mereka kehabisan bateri.

"Irfan! Dah nak maghrib, nak ambil wuduk guna apa? Paip tak ada" Hani keresahan.

"Guna air hujan" Irfan terus pergi keluar gua dan mengabil wuduk menggunakan air hujan dengan selambanya. Hani mengetap gigi kegeraman.

"Ya Allah, Ya Tuhanku kau lindungilah auratku dan maruahku daripada pandangan liar mata-mata manusia terutamanya Irfan yang berada dekat denganku Amin" Hani berdoa dalam diam.

"Ya Allah, Ya Tuhanku dengan nama-Mu yang mulia bantulah aku menjaga aurat Hani serta maruahku dan maruahnya Amin." Doa Irfan di dalam hujan.

"Giliran kau!" Irfan masuk kembali kedalam gua. Hani tercengang. Cepatlah ilham datang! Macam mana aku nak ambil wuduk ni?

The Silent KillerWhere stories live. Discover now