Sorry, pendek je kali ni
Dua pinggan berisi makanan di bawa ke ruang makan. Keduanya diletakkan di tengah meja. Dia tersenyum sendiri melihat makanan yang tersusun elok atas meja.
Irene membawa langkah kembali ke dapur, masih ada beberapa benda lagi perlu dia tolong angkat. Sudah duduk di rumah orang kenalah rajin sikit menolong tuan rumah. Nanti apa pula tuan rumah cakap, walaupun dia kenal rapat dengan keluarga Yeri.
Yeri kerling Irene yang mendekati. Dia hairan kerana Irene sudah boleh tersenyum-senyum malam ini, sedangkan pagi tadi bukan main sendu lagi mukanya. Entah apa jadi sepanjang Irene di rumah pun dia tidak pastilah. Tapi, dia dapat merasakan Irene jadi begini ada kaitannya dengan Jungkook. Jungkook kan cari Irene siang tadi, mungkin lelaki itu sudah datang bertemu Irene di sini. Itu angin Irene pun sudah baik.
Sebaik saja Irene berdiri rapat di sebelah, Yeri menyoal.
"Jungkook ada datang rumah ke?"
Irene sekadar mengangguk.
Yeri berdiri menghadap Irene sambil silang tangan. Satu senyum senget di berikan pada Irene yang memandangnya dengan senyum manis.
"Adakah senyuman yang kau ukir ni disebabkan kehadiran Jungkook?"
Irene pegang dua-dua belah bahu Yeri. "Aku rasa aku dah jatuh cinta lagi sekali dengan dia."
Yeri tolak tangan Irene.
"Pembetulan. Kau bukan jatuh cinta sekali lagi, tapi sebenarnya kau ni tak pernah buang cinta kau pada dia. Cuma kau biarkan perasaan tu diam-diam selama ni dan kau asyik menidakkan perasaan kau tu."
Yeri angkat dulang berisi gelas dan jag air ke ruang makan meninggalkan Irene yang masih tersenyum di situ.
Tengok gaya macam dah parah kawan dia seorang ni. Dulu tidak pula nampak macam over sangat, tapi hari ini nampak macam terlebih pula.
"Irene,"
Panggilan Puan Kim mengejutkan Irene.
Dia berpaling.
"Marilah kita makan. Kenapa berdiri kat situ lagi?" ajak Puan Kim.
Irene angguk beberapa kali. Kelam kabut dia angkat satu lagi makanan bawa ke ruang makan.
"Dia tengah angau tu omma." Yeri ketawa besar bila satu cubitan daripada Irene hinggap di lengannya.
Puan Kim senyum. Tidak mahu kata apa-apa, lagipun Irene bukannya budak kecil lagi. Normallah tu bila sukakan seseorang, tapi tak normal kalau tak ada perasaan pada seseorang, seperti anaknya ini. Entah bila nak dengar Yeri beritahu dia dan suami yang Yeri sudah berpunya. Asyik dengar anak kawan-kawannya saja yang sudah berpunya. Teringin jugalah nak dengar anak sendiri pula cakap pada dia sama seperti anak orang lain.
"Eh omma pulak berangan. Ingatkan siapa? Appa kan ada depan mata ni," Yeri cucuk pinggang omma nya sambil tertawa kecil apabila lihat omma nya terkejut.
"Omma tengah fikirlah tu bila anak dara dia seorang ni nak ada boyfriend.." Encik Kim membalas.
Yeri buat-buat pekak, manakala Irene sudah ketawa sambil mengejek Yeri.
Padan muka, sibuk lagi nak mengena kan aku tadi kan, ambik kau.
"Tak apa ke aku tinggal dengan kau lagi ni?" Irene toleh pandang Yeri yang baru masuk bilik.
Yeri pandang Irene sekilas sebelum baring di tengah katil. Setelah itu barulah dia membalas.
"Tinggallah sini sampai kau dah rasa kau dah cukup kuat nak balik rumah."
Irene duduk dekat dengan Yeri.
"Aku risau omma dengan appa kau je tak selesa aku tinggal sini lama-lama." Irene meluahkan rasa risaunya.
"Kalau macam tu, pergilah balik. Kau tunggu apa kat sini, hah pergilah balik cepat." Perli Yeri.
Pantas saja Irene naik tangan tarik telinga Yeri. Yeri menepis dan ketawa besar melihat muka tidak puas hati sahabatnya itu. Siapa suruh tanya soalan macam tu, kan sudah kena sekali.
"Sampai hati kau eh cakap macam tu kat aku," Irene tarik muka.
Yeri duduk. Dia peluk bahu Irene sambil tersengih.
"Kau ni macam baru kenal pulak omma dengan appa aku. Kalau setakat kau yang tinggal kat sini, dia orang tak adanya nak rasa tak selesa segala. Lainlah kalau kau ni seorang lelaki kacak, itu memang patut dia orang tak selesa. Yalah, duduk dekat sini, dahlah anak dia orang ni lawa gila!" sempat Yeri berseloroh dengan Irene.
Bibir di kemamkan menahan ketawa. Sudahlah perasan puji diri sendiri.
"Adik kau ada mesej atau call kau?"
Dia sekadar mengangguk.
"Aku sebenarnya terasa jugak angin kat adik aku tu tapi, bila dia berani cakap pasal tu, aku jadi sejuk hati. Kalau tidak memang selamat budak tu aku kerjakan." Bantal yang tidak salah menjadi mangsa tumbukan Irene.
Yeri tidak memberi apa-apa kenyataan. Sebenarnya dia lega bila Jisung ada di tempat kejadian semasa Puan Bae bertemu Jungkook dahulu. Sekurangnya ada saksi untuk membetulkan kenyataan yang tidak benar.
"Kau boleh tolong tutupkan lampu tak? Aku dah mengantuk ni, terima kasih." Irene tolak Yeri menjauhi.
Yeri pandang Irene tidak percaya. Sekarang ni siapa yang tumpang rumah siapa? Gaya Irene seperti dia pula yang datang menumpang di situ. Tapi, nasib baik kawan baik, jika tidak memang malam ni juga dia halau keluar rumah keluarga dia. Perangai kadang-kadang minta penampar sulungnya.
Marah-marah pun Yeri turutkan juga arahan Irene itu.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanfictionPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡