BAB 3

67 7 18
                                    

Kepulangan Irene kali ini tidak seperti sebelumnya, Irene tidak seperti dahulu. Dia jadi agak pendiam sejak pulang. Kadang-kadang anginnya tidak teratur, cepat saja naik angin. Orang yang selalu menjadi mangsa kemarahannya sudah pastilah satu-satunya adik lelaki, Jisung. Tetapi, setiap kali kemarahan itu reda, Irene akan mengucapkan kata maaf pada adik lelakinya itu.

Irene cukup pasti Jisung pasti terasa hati dengan kemarahan dan lentingan padanya selama seminggu dia pulang ini. Bukannya dia sengaja mahu memarahi adiknya tanpa sebarang sebab, tetapi dia benar-benar tidak mampu menahan angin kemarahan.

Pandangan Irene jatuh pada Jisung yang duduk menonton televisyen tanpa menyedari kehadirannya. Sekilas dia memandang ke arah televisyen sebelum membawa langkah terus ke dapur. Dapat dilihat omma sedang memasak untuk makan malam mereka sekeluarga. Keluarga mereka memang sudah cukup mampu untuk membayar orang gaji, tetapi appa tidak mahu orang luar yang memasak untuk keluarganya. Jadi, omma ikutkan sahaja permintaan appa nya itu tanpa banyak cakap. Lagipula, omma memang seorang wanita yang handal dalam bab memasak.

Tidak hairanlah Irene dan juga Jisung pandai memasak.

Senyuman Irene terukir bila matanya bertembung dengan mata omma. Dia pantas menghampiri.

"Nak Irene tolong buat apa-apa?" Soalnya membuka bicara.

Puan Bae senyum seraya menggeleng kepala.

"Dah nak selesai dah pun baru anak dara omma ni nak turun. Tapi, alang-alang Irene dah turun ni, duduk sekejap. Omma ada perkara nak cakap dengan Irene," arah Puan Bae sambil mengaul masakannya.

Tanpa banyak soal Irene duduk menunggu omma siap memasak. Diperhatikan saja pergerakan omma ke sana dan ke sini.

Beberapa minit kemudian Puan Bae duduk berdepan dengan Irene.

"Anak omma ni ada masalah ke kat Universiti tu?"

Persoalan Puan Bae menimbulkan pertanyaan pada Irene.

"Masalah? Tak ada," serentak kepada di geleng.

Tangan Irene dicapai dan di genggam lembut.

"Jadi, kenapa bila balik ni Irene cepat sangat naik angin. Selalu Jisung tu dimarah noona dia ni," lembut saja tutur kata omma menyoal.

"Irene bukan sengaja nak melenting tiba-tiba pada Jisung. Entah,,tak tahulah sejak dua menjak ni Irene rasa macam nak marah aje. Bukan kat sini je, kata sana pun ada juga mangsa kena marah dengan Irene. Yeri pun Irene pernah tersembur kat dia. Tak tahulah." Kepala digeleng-geleng tanda dia benar-benar tidak tahu mengapa dia jadi begini.

"Omma perasan Irene memang nampak berubah sikit sejak hubungan dengan Jungkook dah terputus. Adakah perubahan Irene ni ada kena mengena dengan lelaki tu?" Suara yang Puan Bae luah kedengaran lembut, tetapi sepertinya terselit dengan nada tidak suka.

Irene tidak menjawab apa-apa atas soalan tersebut. Tidak tahu bagaimana dia mahu membalas persoalan itu. Bukannya dia tidak tahu, yang omma memang kita berapa berkenan dia berhubungan dengan Jungkook. Kata omma, omma bukan tidak suka hubungan yang terjalin antara mereka, tetapi omma mahu dia lebih menumpukan pada pelajaran. Tapi, omma tidak pula menentang, omma pernah kata dahulu semasa awal-awal berhubungan, omma tiada halangan dan tidak membantah jika itu pilihannya.

"Sudahlah tu, Irene. Orang macam Jungkook tu tak perlu nak di ingat sangat. Anak omma yang cantik ni boleh cari lelaki lain yang lebih bagus pada dia! Lagipun, kalau betullah dia sayangkan Irene, takkan dia sanggup tinggalkan Irene bila dia perlu pindah dan sambung pelajaran dia. Nampak sangat yang dia hanya pentingkan pelajaran dia dan tidak fikirkan pelajaran Irene." Puan Bae bersuara penuh ketegasan.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now