BAB 36

35 4 17
                                    

Enjoy!

Seminggu dia pertimbangkan baik buruk tentang arahan yang diberikan Yeri kepadanya malam itu. Dia memang patut bertemu empat mata dengan Taehyung supaya masalah ini boleh selesai dengan lebih cepat. Sekurangnya, dia harus berterus terang tentang perasaannya kepada Jungkook pada Taehyung.

Bahagian jantungnya di sentuh dan dia merasakan degupan yang agak laju. Yalah, sekejap lagi dia akan duduk berbincang dengan Taehyung tentang perasaannya. Kasihan juga dia fikir mahu melihat riak kecewa pada wajah Taehyung apabila mengetahui perasaannya kepada Jungkook selama ini.

Tidak jauh dari tempat yang menjadi pilihan Irene, kelihatan Taehyung sudah menghampiri. Dia mengetap bibir kerana bimbang. Terasa seperti mahu sahaja dia melarikan diri saat ini. Tapi, kalau dia lari hari ini, nanti dia perlu menghadapi juga perkara seperti ini. Cuma bezanya, lambat saja. Situasinya mungkin akan tetap sama.

Irene membalas senyuman manis Taehyung dengan riak serba salah. Aduh! Macam manalah dia nak berterus terang, senyuman Taehyung begitu manis saat ini, mungkinkah sebentar lagi senyumannya akan hilang manisnya? Dia mula gusar dengan topik bakal dia bicarakan dengan Taehyung sebentar lagi.

"Ada apa ni ajak jumpa? Nak dating ke?" Taehyung tertawa kecil dengan ucapannya sendiri.

Manakala, Irene sudah betul-betul mahu melarikan diri sekarang. Tak sanggup dia nak melukakan hati lelaki sebaik Kim Taehyung ini.

"Tak adalah, saya bergurau je. Ada apa-apa ke awak nak jumpa saya ni? Macamlah tak boleh berbual dekat pejabat." Katanya bila melihat muka Irene seperti kurang selesa.

Irene senyum pendek. Dia sudah tidak tahu bagaimana harus dia memulakan perbualan. Jantungnya semakin laju berdetak. Tiba-tiba menyesal pula tidak diheret sekali Yeri bersamanya. Jika tidak, boleh juga Yeri tolong jadi orang tengah untuk membuka perbualan. Sekarang kan sudah tidak tahu bagaimana mahu memulakannya.

"Irene?"

Irene sedikit tersentak dengan panggilan tersebut. Terkebil-kebil mata dia memandang Taehyung yang juga memandangnya dengan riak penuh tanda tanya.

"Okey macam ni Taehyung, saya tak nak buang masa awak. Jadi..."

Dia teragak-agak mahu menyambung, tapi kalau tidak mula sekarang bila nak habisnya.

Taehyung menunggu Irene menyambung tetapi, Irene tetap mendiamkan diri.

"Kenapa Irene? Ada masalah ke? Ada kaitannya dengan Jungkook?" Taehyung menyoal.

Pantas Irene menggeleng.

"Jadi?"

Irene tarik nafas dan melepaskannya perlahan. Dia ulang sebanyak tiga kali.

"Okey, first sekali saya berterima kasih dengan awak sebab awak sudi berikan hati awak pada saya. Dan second, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab tak mampu nak terima awak lebih dari kawan. Ya Taehyung, saya hanya menganggap awak kawan, tak lebih daripada itu. Hati saya sentiasa ada pada Jungkook, tak pernah sekalipun saya lupakan Jungkook. Jadi, hari ni saya terpaksa bagitahu awak tentang ni supaya di kemudian hari awak takkan terluka lebih teruk lagi. Saya harap sangat awak faham." Terpejam mata Irene saat menuturkan semuanya.

Aah! Sungguh dia tidak sanggup melihat riak wajah Taehyung ketika ini. Dia takut dia akan jatuh kasihan. Tapi, masalahnya dia hanya cintakan Jeon Jungkook seorang, mana boleh nak sayang orang lain lagi dah.

Sunyi. Tiada suara Taehyung kedengaran walaupun sepatah. Tetapi, ianya tidak berlarutan, kerana tidak sampai seminit lepas itu anggota pendengaran Irene dapat menangkap bunyi orang ketawa. Mula-mula perlahan, tapi lama-lama semakin kuat. Perlahan-lahan Irene membuka mata dan memandang Taehyung yang sudah meletakkan kepalanya atas meja batu di hadapan sedang ketawa kuat sampai mengetuk meja.

Dia blur dengan apa sedang berlaku kini.

Dah kenapa si Taehyung ni gelak macam aku buat lawak antarabangsa? Soalnya dalam hati.

Taehyung duduk tegak seraya cuba menahan tawa yang mahu terletus lagi apabila mata mereka bertentang. Tangan naik menampar pipi sendiri perlahan lalu menggeleng. Sedaya upaya Taehyung cuba hentikan tawanya yang mahu melarat lagi. Tambahan riak muka Irene terlalu kelakar, membuatkan dia mahu ketawa lagi.

Taehyung angkat tangan. Nafas di tarik dalam-dalam dan dilepaskan sekali. Dia toleh arah lain bila terasa mahu ketawa lagi, untuk beberpa saat Taehyung pejamkan mata. Dia kembali memandang Irene apabila keadaan kembali seperti biasa. Ketawanya sudah mampu di tahan walaupun masih tersenyum-senyum.

Keadaan jadi sunyi apabila tiada antara mereka membuka bicara. Irene masih tertanya-tanya mengapa Taehyung ketawa mendengar apa dia luahkan tadi.

"Okey macam ni Irene, let me explain." Taehyung membuka bicara terlebih dahulu saat melihat muka tidak faham Irene.

Irene tolak rambutnya ke belakang lalu mengangguk perlahan memberi kebenaran. Dia nak tahu kenapa Taehyung beria-ia ketawakana apa dia luahkan sebentar tadi. Dia punyalah gelabah risau Taehyung akan kecewa, eh, alih-alih boleh pula lelaki di depannya ini ketawa tidak ingat dunia. Nasib baik tempat terbuka mereka duduk ni tidak ramai orang. Kalau tidak habis pelik orang pandang mereka berdua di sini.

"Tapi sebelum tu kenapa awak cakap macam tu? Yang awak beria-ia mintak maaf."

Kepala yang tidak gatal di garu perlahan.

"Kan awak pernah bagi saya bungalah, keluarlah, beg tanganlah. Memang tak kerap tapi, selalunya buat tu semua maksudnya apa?"

Taehyung senyum faham. Dia tahu Irene pasti akan salah faham dengan apa dia buat itu. Tapi, itu bukan dia sengaja nak buat.

"Biar saya berterus terang je lah dengan awak supaya awak tak terus salah faham lagi. Sebenarnya apa yang saya bagi atau buat, adalah permintaan Jungkook. Dia nak saya jadi orang tengah antara awak dan dia. Dia jugak yang suruh ajak awak keluar sebab dia takut awak bosan duduk dekat rumah, jadi saya sebagai kawan hanya nak menolong kawan. Tak ada niat lain pun." Taehyung tarik nafas lega bila lihat Irene mengangguk-angguk kepala tanda faham.

Dia sebenarnya risau juga selama ni jika Irene benar-benar jatuh suka padanya. Apa dia mahu cakap pada Irene jika perkara itu berlaku, tapi nasib baiknya kerana hati Irene masih pada Jeon Jungkook.

Irene gigit bibir sendiri, dia sekarang sedang menanggung rasa malu. Pandai-pandai dia saja cakap Taehyung juga suka kepadanya. Ini semua Yeri punya pasal! Kalau dia tak sebut aku takkan buat benda yang memalukan macam ni lah! Irene bebel memarahi sahabatnya itu.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now