Nampak saja muka Yeri di depan mata, Irene tidak menunggu lama terus memukul-mukul Yeri melepaskan geram. Yeri yang tidak tahu hujung pangkal pantas cuba menghentikan pukulan Irene kepadanya. Entah dia buat pun tidak pasti sehinggakan Irene memukulnya begini. Boleh tahan sakit jugalah pukulan bertubi-tubi Irene ini.
Irene berhenti. Dia tarik nafas dan lepaskan. Tegak dia berdiri di depan Yeri yang masih terpinga-pinga sambil menyentuh lengan yang di pukul. Berkerut-kerut muka Irene memandang Yeri yang juga sedang memandang dia meminta penjelesan kenapa dirinya dipukul sebegitu rupa.
"Ini semua kau punya pasal. Kalau tak sebab kau tiba-tiba sebut pasal Taehyung aku takkan rasa malu sampai macam ni tau!" luahnya tidak puas hati.
Yeri bercekak pinggang.
"Apa kau cakap ni? Aku tak faham?"
"Kau tahu tak yang si Taehyung tu selama ni tak pernah terdetik pun sukakan aku. Dia tu hanya tolong si Jungkook tu aje, jadi orang tengah. Langsung dia tak ada suka kat aku pun lah! Malu aku kau tahu tak sekarang ni?"
Yeri ketawa. Melihat tawa Yeri menambahkan lagi rasa bengangnya. Nasib baik ingat kawan, kalau tidak memang dia sudah cekik-cekit si Yeri ni.
Irene bersilang tangan memandang Yeri yang masih dengan tawanya. Geram betullah dia dengan perempuan yang seorang ini. Boleh pula dia ketawa suka dengan apa sudah berlaku sekarang. Bayangkan bagaimana reaksi Jungkook jika Taehyung menceritakannya pada lelaki itu nanti. Manalah dia nak meletak mukanya ini.
"Salah fahamlah selama ni?" Yeri menyoal dengan sisa tawa.
Soalan tersebut tidak dijawab. Dia masih bengang lagi dengan Yeri. Menyesal sungguh dia jumpa dengan Taehyung.
"Kau yang salah faham, aku memang tak ada fikir pasal benda tu pun. Tapi, disebabkan kau aku tersalah faham sekali tau!" dijelingnya Yeri tajam.
Tangan naik menggaru kepala. Sisa ketawa masih ada. Dia pun manalah tahu yang sebenarnya Taehyung tidak pernah pun sukakan Irene selama ini. Ingatkan apa Taehyung beri adalah tanda dia sukakan Irene. Memang betul-betul salah fahamlah sekarang ini.
"Aku mintak maaflah pasal tu, lagipun itu bukan salah aku seratus peratus. Diaorang yang buat aku salah fikir, nak buat macam mana."
Nafas dihela. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh juga memandangkan ia sudahpun berlaku, lagi betul juga kata Yeri, bukan salahnya seratus peratus. Kalau mereka tahu awal-awal pasti perkara seperti ini tidak akan pernah berlaku.
"Okey, kita lupakan pasal tu. Sekarang apa kata kau fokus pada Jungkook. Pasal Taehyung dah selesai, tak perlu nak pening kepala apa-apa lagi. Kau sekarang cuma perlu jumpa Jungkook dan cakap kau nak mulakan balik hubungan kau orang yang dah terputus dulu."
"Cakap pandai!" dia mencebik.
Tersengih-sengih Yeri memandang wajah cemberut tersebut.
"Alah jangan nak angin lagi, kan aku dah mintak maaf ni."
Di jelingnya Yeri sekilas lalu.
"Pasal tu, nantilah."
Irene sudah bergerak pergi ke keretanya.
"Eh nak pergi mana pulak?"
"Nak balik rumahlah. Nanti kita jumpa lagi. Aku nak pertimbangkan balik pasal hubungan kitaorang."
Yeri bercekak pinggang. "Tak payah nak pertimbangkan sangatlah kalau hati tu dah ada jawapannya. Buang masa kau aje, jawapannya tetap sama, takkan berubah. Baik kau cepat sebelum si Jungkook tu yang berubah hati, putih mata kau nanti." Yeri juga ikut bergerak menghampiri keretanya.
Tanpa menunggu lama Irene memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Jungkook mengambil tempat berhadapan dengan Irene. Dipandang wajah Irene sekejap.
"Awak pesanlah dulu, saya dah pesan,"
Irene memandang wajah Jungkook saat Jungkook sedang membuat pesanan, tetapi apabila Jungkook menoleh Irene pantas mengalih pandangan ke arah lain.
"So ada apa awak nak jumpa dengan saya ni? Penting ke?" Jungkook bersandar tenang.
Irene kelihatan gelisah saat disoal. Macam mana dia mahu mulakan perbualan tentang hubungan mereka. Dia sudahlah malu.
"Awak nak ajak saya couple balik ehh?" sengaja Jungkook mengusik Irene.
Irene pandang sekilas ke arah Jungkook lalu kembali memandang ke tempat lain. Bagaimana dia mahu mengiakan usikan Jungkook itu, takkan dia nak angguk tanpa perasaan pula. Tapi, kalau bukan macam itu, jadi harus bagaimana? Kepala yang tidak gatal digaru beberapa saat, sebelum kepala mengangguk perlahan.
Terkebil-kebil Jungkook memandang Irene. Dia kurang faham dengan anggukan Irene itu.
"Awak betul-betul nak couple dengan saya balik ke? Macam dulu? Hubungan lama kita?" soal Jungkook sedikit teragak-agak. Manalah tahu dia hanya syok sendiri.
Sekali lagi Irene mengangguk.
"Serius?" spontan Jungkook memegang tangan kecil Irene.
Buat kali ketiga Irene mengangguk.
Saat itu Jungkook benar-benar gembira dengan anggukan Irene itu. Setelah sekian lama dia menunggu saat ini kembali, akhirnya hari ini impiannya tercapai.
"Irene, saya betul-betul sayang sangat dekat awak tau!" Irene tertunduk malu.
"Tak nak cakap banyak, saya nak kahwin dengan awak secepat mungkin. Awal bulan depan pun kita boleh kahwin kalau tak ada bantahan." Sambungnya.
Laju Irene angkat kepala, terkejut dengan keputusan Jungkook itu. Terasa seperti tergesa-gesa tapi, dalam masa yang sama dia gembira dengan keputusan Jungkook mahu mengahwininya secepat mungkin.
"Kita kahwin cepat-cepat eh?"
Irene tersipu malu. "Itu awak kena bincang dengan keluarga saya sendiri. Saya ikut apa saja keputusan keluarga saya tentang perkahwinan ni." Dia tersenyum.
Jungkook sudah teruja. Terasa mahu terbang pergi ke rumah Irene sekarang juga untuk berbincang, tapi dia tahu dia harus berbincang terlebih dahulu dengan keluarganya.
"Serius saya tak sabar nak jadikan awak isteri saya. Saya sayang awak sangat-sangat!" bisiknya perlahan.
Irene pandang Jungkook, dan Jungkook juga sedang memandang Irene. Mereka berbalas pandangan.
"Saya pun sayangkan awak. Sangat-sangat! Janji awak akan sayang saya sampai bila-bila!"
Jungkook angkat tangan separas bahunya. "Janji!"
Tersenyum lebar Irene mendengar kata Jungkook itu. Harapnya kali ini hubungan yang bakal terjalin kembali akan berkekalan selamanya. Dia hanya mahukan kebahagiaan, dan dia mahu mencipta bahagia itu dengan seorang lelaki bernama Jeon Jungkook.
TAMAT.
TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG SUDI BACA FF TAK SEBERAPA SAYA NI. INSYAALLAH ANOTHER JUNGRENE FF COMING SOON.
![](https://img.wattpad.com/cover/209903829-288-k55283.jpg)
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanfictionPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡