Irene menghampiri omma yang sibuk membaca majalah di ruang tamu. Tanpa rasa bersalah majalah di tangan omma di rampas lalu di letakkan ke tepi. Tersengih-sengih dia bila omma memandang seraya menjegilkan mata padanya.
Tapi dia tidak peduli semua itu. Dia duduk dan berbaring di atas riba omma.
"Dah kenapa pulak dengan anak dara omma seorang ni tiba-tiba datang bermanja ni? Nak apa-apa ke?" Puan Bae usap rambut Irene penuh kasih sayang.
Irene jongket kening beberapa kali.
"Omma, lusa boleh kita buat Red Velvet cake?" dia kelip-kelip mata.
Puan Bae senyum panjang.
"Tahu dah, mesti nak mintak sesuatu. Hmm... Mestilah boleh, esok omma keluar pergi beli barang nak buat kek tu, ya."
"Apa ni manja-manja macam budak kecik ni?"
Irene angkat kepala sikit, kelihatan Jisung berdiri berhampiran memandang dengan muka berkerut.
"Dengki tu bagi tahu ajelah. Tak payah tunjuk muka mintak penampar macam tu." Irene jelir lidah.
Jisung mencebik dan ambil tempat berdekatan.
"Esok Jisung tak ada apa-apa kan?"
Jisung pandang omma dan menggeleng.
"Hah, bolehlah temankan omma pergi beli barang nak buat kek Red Velvet. Noona kamu nak buat,"
Kepala di angguk tanpa bantahan.
"Mana adil buat kek yang noona suka aje, Jisung nak kek coklat."
Irene bangun.
"Hello, kek yang noona nak buat tu noona yang nak buat sendiri. Omma hanya perlu pastikan noona buat dengan baik aje. Mana boleh nak pesan aje nak kek itu ini, banyak handsome muka kau. Nak kenalah tolong." Bebel Irene.
Jisung silang tangan rapat ke dada.
"Alah setakat nak buat kek tak ada masalah nak tolong. Bukannya susah sangat pun." Penuh sombong dia menjawab.
Dia mengangguk-angguk kepala lalu menunding jari tepat pada wajah Jisung yang tampak masih penuh dengan sombong itu.
"Lusa masa kita buat jangan tanya omma macam mana nak buat kek coklat kau tu. Kita tengok susah ke senang nak buat tu," cabar Irene.
Jisung pandang si kakak lalu jongket bahu seperti tidak kisah dengan cabaran Irene.
Mata di kecilkan memandang Jisung yang cukup perasan dan berlagak. Tunggulah dia malam lusa bila tengah buat kek, tahulah langit tinggi ke rendah. Dia ingat nak buat kek main campak sahaja bahan dan sebatikan. Tidak kena cara habislah kek dia nanti.
"Dahlah tu, jangan bergaduh kat sini. Peninglah kepala omma dengar." Puan Bae bersuara.
Letih pula mendengar adik beradik ini bertikam lidah.
"Noona lah, dia ingat kita tak pandai nak buat kek sendiri. Benda senang pun tak reti nak buat sendiri." Sindirnya sambil menjeling sekilas pada Irene.
"Belum buat lagi bolehlah kau cakap besar, kita tengok malam lusa macam mana. Siapa yang menangis panggil omma untuk tolong."
Kini dia rasa tidak sabar pula menunggu hari membuat kek. Tidak sabar mahu melihat Jisung terjerit-jerit memanggil omma untuk menolongnya buat kek coklat.
Muka Seulgi seperti tidak percaya dengan apa sudah dia dengar dari mulut Irene. Dia rasa seperti sedang bermimpi di siang hari ketika mendengar cerita kisah dia dan Jungkook.
Tidak sangka hubungan Irene dan Jungkook bukan hubungan yang biasa-biasa. Ianya agak luar biasa, patutlah seperti Tom and Jerry saja dia lihat kedua orang itu. Ada saja mahu di gaduhkan.
Cuma kini Irene tidak kerap melawan arahan yang diberikan Jungkook kepadanya walaupun dia tahu Irene tidak ikhlas pun mengikutnya.
"Maknanya kau dah putuslah dengan si Jungkook tu?"
Irene angguk tanpa segan. Memang itu kenyataannya, tiada apa lagi harus di rahsiakan.
"Tapi kenapa kau orang putus? Sorry kalau kau tak suka dengan soalan tu." Seulgi pegang lengan Irene.
Dia menguntum senyum.
"Aku sendiri tak dapat pastikan apa sebab dia putuskan hubungan. Apa yang aku tahu dia nak aku fokus pada pelajaran, itu saja."
Seulgi mengangguk.
Terukir riak kasihan di wajahnya saat memandang Irene.
Irene yang perasan akan pandangan itu sudah berkerut seribu. Dan tidak sampai beberapa saat dia tertawa agak kuat sehingga membuat Seulgi pula berkerut hairan.
"Kau dah kenapa gelak tiba-tiba?"
"Tak, muka kau buat aku gelak. Apasal lawak sangat. Kau dah kenapa buat muka macam tu?"
"Aku kasihankan kau, boleh pulak dia gelakkan kita yang tengah simpati pada dia."
Irene menggeleng.
"Kau tak perlu rasa macam tu pun. Aku tak kisah pun. Tapi..."
Seulgi menunggu dengan sabar Irene menyambung bicaranya.
"Aku tak boleh menipu diri aku yang aku masih sayangkan dia sama seperti dulu. Perasaan ni terlalu degil. Masih nak bertapak dalam hati walaupun dah banyak kali sakit hati dengan si Jungkook tu." Dia mencebik mengenangkan dia tidak mampu untuk membuang perasaan itu sehingga ke hari ini.
"Jadi kenapa kau tak berterus terang aje pada Jungkook pasal perasaan kau pada dia. Ke... Dia dah ada orang lain?" Seulg meneka.
"Ish, tak nak aku bagi tahu dia pasal perasaan aku ni. Dia sendiri tak mahu berterus terang kenapa dia putuskan hubungan kita orang. Entah-entah betul dia ada perempuan lain ke, mana kita tahu, kan."
Terbayang pula tiba-tiba Jungkook membina hidup dengan perempuan lain yang jauh lebih cantik darinya. Jantungnya berdegup kencang tanpa sedar. Takut pula akan perkara itu berlaku.
Rasanya dia belum bersedia lagi untuk menghadiri majlis perkahwinan Jungkook dengan perempuan lain.
Ish, tak boleh di bayangkan bagaimana dia mahu menerima kenyataan yang Jungkook mendirikan rumah tangga dengan orang lain.
Eh, tak Irene. Dia masih sayangkan kau. Dia tak ada perempuan lain, bisik hati Irene menenangkan diri sendiri.
Tanpa sedar kepalanya tergeleng.
"Kau dah kenapa geleng kepala tiba-tiba ni?"
"Tak ada apa-apa. Dahlah cakap pasal benda ni, kita cakap pasal perkara lainlah pulak. Bosan."
Tanpa mengesyaki apa-apa Seulgi buka cerita tentang perkara lain. Irene pula sudah menarik nafas lega kerana Seulgi tidak bertanya lebih-lebih.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
Hayran KurguPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡