BAB 31

60 5 28
                                    

Setelah sekian lama tak update... Dua tiga hari ni baru ada idea dan mood nak sambung menulis... Enjoy!



Yeri mengusap belakang Irene sambil menenangkan Irene daripada terus menangis. Kasihan benar dia melihat keadaan Irene saat ini. Ceritanya sudahpun dia tahu, dia tidak sangka Puan Bae adalah penyebabnya mengapa hubungan Jungkook dan Irene terputus.

Puan Kim pandang Yeri lalu toleh pula pada Irene dengan riak risau. Dia pun sudah dengar semuanya tadi. Dia juga kasihan benar dengan nasib anak perempuan kawannya itu. Memang dia tahu omma Irene memang jenis suka orang yang berkawan dengan anak-anaknya, anak orang berpangkat. Tetapi, dahulu semasa Irene berkawan rapat dengan Jungkook tidak pernah pula dia mendengar rungutan dari rakannya itu. Tidak tahulah pula diam-diam kawannya itu memberi amaran kepada Jungkook supaya memutuskan hubungan yang terjalin.

Yeri pandang omma nya dengan harapan boleh membantu dia memujuk Irene.

Puan Kim menghampiri. Bahu Irene di pegangnya lembut.

"Irene, jangan menangis macam ni. Irene tak bolehlah terus begini. Aunty faham perasaan Irene, tapi kita tak boleh nak buat apa-apa."

Esakan Irene masih kedengaran tetapi ianya tidaklah seperti tadi. Ia sudah surut.

"Tak apa, malam ni Irene bermalam je dekat sini. Esok baru balik ke rumah, ya."

Irene angkat kepala lalu dia angguk beberapa kali. Nasib baik ada omma Yeri yang memahami dirinya.

Puan Kim cuit bahu Yeri memberi isyarat supaya membawa Irene ke biliknya.

Yeri sentuh kedua tangan Irene lalu menariknya perlahan. Irene hanya menurut tanpa bantahan. Dia bagaikan sudah habis semua tenaga dalam diri. Mengikut saja Yeri bawa dia ke mana.

Pada pagi itu Irene termenung sendirian, memandangkan Yeri kerja. Jadi dia sekadar membuang masa duduk terperuk di dalam bilik Yeri sahaja. Nak masuk kerja pun dia tiada semangat langsung, lagipun setengah jam lepas dia menerima mesej daripada Seulgi. Dia diberitahu yang dia diberi cuti selama seminggu oleh appa Jungkook sendiri.

Pelik juga sebenarnya kenapa pula appa Jungkook yang berikan dia cuti. Rasanya appa Jungkook tidak tahu menahu tentang perkara ini. Tapi, mungkin juga Jungkook sudahpun memberitahu pada orang tuanya.

Adik dia ada juga menghubungi tetapi dia tidak menjawab. Sekadar mengirim mesej mengatakan dia baik-baik sahaja, tidak perlu risaukan apa-apa.

Irene keluar dari rumah, dia perlu mengambil angin di luar supaya boleh melapangkan sedikit hati yang tidak begitu tenang itu.

Dia duduk di bawah pokok. Matanya pandang sekeliling, sunyi. Semuanya pergi kerja, dia saja yang duduk termenung dan mengenang nasib diri. Terfikir juga bagaimana nanti mahu berdepan dengan Jungkook dan keluarga lelaki itu. Mana mahu diletakkan muka ini nanti?

Mata dipejamkan rapat. Dahinya berkerut-kerut.

Bunyi enjin kereta tidak menarik perhatiaan Irene. Mungkin kereta jiran sebelah keluarga Yeri. Malaslah dia ambil pusing tentang sesiapapun sekarang. Dia masih banyak benda perlu difikirkan.

Apabila bunyi enjin kereta sudah tidak kedengaran, bunyi seseorang sedang berjalan pula. Tapi, Irene tetap membiarkan sahaja. Matanya masih terpejam seperti tadi.

Dahinya semakin berkerut apabila terasa seperti ada seseorang duduk di sebelahnya. Jadi, pantas dia celikkan mata dan pandang sebelah. Tetapi, hanya untuk beberapa saat sahaja dia memandang orang tersebut sebelum dia berpaling ke arah lainnya.

"Tak perlulah fikirkan lagi tentang perkara tu. Benda pun dah lama lepas." Ucapnya lembut.

Irene tidak membalas.

"Cuba senyum sikit. Rindulah nak tengok dia senyum," dia merendahkan badannya bagi melihat wajah Irene.

Melihat gaya itu, Irene pantas tutup sebelah mukanya dari pandangan tersebut.

Senyuman Jungkook terukir.

"Awak ni tak kerja ke?"

"Kerja, tapi itu cerita setengah jam lepaslah. Saya tak bolehlah nak buat kerja bila teringat keadaan awak."

Irene pusing menghadap Jungkook. Dahinya berkerut seribu.

"Masalah saya awak tak perlu nak sibuk. Awak siapkan aje kerja awak yang tak pernah nak habis kat pejabat tu. Saya, Yeri boleh tengok-tengokkan. Tak perlu nak teringat sangat." Dia mencebik.

Jungkook bersandar sambil silang tangan. Dia membuang pandangan ke depan.

"Kenapa ada kat sini?"

"Hah?"

"Kenapa awak bawa diri ke rumah Yeri ni. Tak ke lagi mudah kalau awak bawa diri ke rumah keluarga saya. Kat situ pun awak boleh tenangkan fikiran." Tutur Jungkook selamba.

Irene ternganga tidak percaya dengan kata-kata Jungkook itu. Jungkook bercakap macam dia ni sepupu sepapat dia pula nak main lari pergi rumah ibu saudara.

"Kalau bercakap tu boleh tak jangan main pakai humban aje?" dia menjeling Jungkook tajam.

"Ni macam mana tahu saya ada kat sini? Takkan awak stalk saya pulak, kan?"

"Nak stalk tapi sempat. Jadi saya terpaksa telefon tanya pada Yeri dekat awak berada sebab Jisung cakap dia tak tahu awak ke mana. Jadi dia pun bagilah nombor Yeri pada saya. Begitulah ceritanya."

Sekali lagi Irene ternganga. Boleh pula buat penerangan dekat sini. Dia cuma tanya macam mana tahu dia dekat sini, siapa pula suruh dia cerita dari mula tu. Tak fahamlah dia dengan Jungkook ini, kadang-kadang. Entah apa dia fikir sebenarnya pun dia tidak pasti.

Irene bangun. Jungkook juga ikut berdiri sama. Dia pandang Irene, Irene pandang dia. Seorang tersenyum manis, seorang lagi memandang pelik. Dan sudah semestinya Irene yang pandang pelik pada Jungkook sekarang.

"Pergilah balik Jungkook. Saya nak masuk dalam dulu. Minggu depan saya masuk kerja balik macam biasa. Saya akan selesaikan kerja saya yang banyak tu." Usai berbicara, menonong Irene melangkah masuk tanpa mempedulikan Jungkook lagi.

Jungkook sekadar memandang Irene meninggalkan dia di sini sendirian. Tidak berapa lama selepas Irene menghilang, Jungkook mendekati keretanya.

Dari dalam Irene sedang memerhati Jungkook sehingga Jungkook hilang dari pandangan. Dia bersandar pada tingkap, sesaat kemudian terukir senyumannya mengenangkan Jungkook yang datang.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now