Hari itu menjadi kali entah ke berapa Jungkook mengarahkan dia untuk mengikutnya berjumpa dengan klien. Setiap kali dia membantah, pasti tangan kuat Jungkook bakal mencengkam lengan sehingga kemerahan dibuatnya.
Kadang-kadang seperti mahu membuat laporan polis sahaja. Seorang bos memaksa pekerjanya mengikut kehendaknya yang bukan bidangnya dan bukan kerjanya. Biar padan dengan muka.
Irene pandang tajam ke arah lelaki itu yang sedang bersandar pada pintu bilik kerjanya sendiri. Bukan Irene seorang yang sedang memandang, staf-staf yang lain pun ramai juga turut menonton 'drama' itu walaupun tidak secara lansung.
"Saya tak nak ikut encik pergi jumpa dengan klien encik tu. Encik tahu kan yang saya bukan kerja untuk menjadi P.A. kedua encik, jadi kenapa encik pandai-pandai sangat nak mengarah saya pergi sana sini dengan encik?" Irene bercekak pinggang.
Kesabaran dia sudah hampir mencapai tahapnya. Silap hari bulan hilang rambut cantik Jungkook di cukur sampai botak. Kita tengok dia nak masuk kerja ataupun tidak, tidakpun dia akan memakai topi bagi menutup kepalanya.
Jungkook pandang Irene sambil di masukkan tangannya ke dalam poket. Siap di jongketkan lagi bahu.
"Saya tahu awak bekerja di sini bukan untuk jadi P.A. saya, tapi awak tetap pekerja kat sini. Dah kuli tu, buatlah cara kuli. Dengar apa yang bos awak arahankan, bukan asyik nak membantah aje kerjanya." Serentak dengan bicara itu, wajah Jungkook juga bertukar riak.
Iaitu serius.
Muka Jungkook memang kelihatan sungguh serius ketika itu. Sehinggakan staf lain yang mendengar dan melihat juga terasa gerun melihatnya. Belum pernah mereka lihat Jungkook beriak begitu selama ini.
Kata-kata Jungkook itu benar-benar menyentak perasaan Irene. Hatinya berkecai dengan jawapan pedas Jungkook. Dia tahu dia hanya pekerja, tapi haknya mahu memanggil dia kuli di depan semua orang.
Dia kehilangan kata dengan jawapan pedas Jungkook itu.
Entah kenapa dia terasa ingin menangis.
"Apa yang susah sangat awak nak dengar arahan saya, sampai nak kena orang tarik tangan tu baru nak mengikut?" Jungkook sedikitpun tidak mempedulikan Irene yang sudah diam tidak berkutik itu.
"Kalau rasa diri tu dah bagus sangat kenapa datang kerja kat sini? Mengapa tak kerja terus dengan appa awak? Syarikat appa awak lebih besar dari syarikat keluarga saya, kan?" Jungkook membidasnya lagi tanpa peduli dengan staf lain-lainnya.
Seulgi toleh sekilas ke arah Irene lalu kembali memandang Jungkook. Tetapi, tidak lama kemudian dia menundukkan kepala, risau kalau-kalau Jungkook tiba-tiba menoleh.
Air mata Irene mula bergenang. Tunggu masa untuk mengalir.
"Saya datang sini sebab nak belajar di tempat orang lain dulu sebelum kembali kerja dengan appa saya. Kenapa, tak boleh? Kalau tak boleh, kenapa awak tak tampal kat depan lobi tu yang IRENE TAK DIBENARKAN BEKERJA DI SINI?" soalnya kembali.
Jungkook bersilang tangan.
"Sebab saya tak ada hak untuk buat semua tu."
Jawapan itu sudah cukup buat Irene rasa nak menjerit. Geramnya pada Jungkook sudah sampai ke puncak. Lelaki ini memang sengaja mahu mencari nahas dan memalukan dia di depan semua orang.
"Saya tak sangka awak banyak berubah Jungkook, saya tak kenal lelaki di depan saya ni." Irene mencapai beg tangannya dan terus pergi.
Pintu di tarik, dan tiba-tiba dia terlanggar dengan seseorang.
Dan orang itu adalah Taehyung.
"Eh, kenapa ni?" soal Taehyung terkejut melihat air mata yang mula mengalir.
Irene tidak menghiraukan pertanyaan itu, sebaliknya dia terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi ke belakang.
Taehyung memandang. Dia tertanya sendiri mengapa Irene menangis. Matanya berkerlip beberapa kali sebelum melangkah masuk ke situ.
Matanya bertembung dengan mata Jungkook yang turut memandang. Sekali lagi Taehyung menoleh ke arah Irene yang sudah menghilang, lalu kembali menoleh pada Jungkook. Sesaat kemudian Taehyung kelihatan menggelengkan kepalanya. Dia pasti ada kaitan dengan Jeon Jungkook.
Belum apa-apa lagi Jungkook sudah buat Irene menangis. Bagaimana mahu mengambil hati gadis itu semula jika begini caranya.
"Eh, kau ni cari pasallah. Elok-elok orang tu kerja kat sini kau pergi mengarah dia macam-macam." Taehyung hempas badan atas sofa berangkai tiga.
Jungkook garu kepala.
"Hah, lepas ni macam mana? Kalau dia dah tak nak kerja kat sini lagi macam mana? Apa kau nak buat? Kau jangan nak merayu dengan aku macam-macam erk, tak ingin aku nak menolong kalau begini caranya." Tambahnya lagi bila Jungkook diam tidak menjawab.
Masih seperti tadi, Jungkook tidak membalas apapun. Wajahnya kelihatan kesal, pasti kesal dengan dirinya sendiri kerana sudah berkata teruk tentang Irene tadi.
Pintu di buka secara mengejut dari luar mengejutkan Taehyung. Laju sahaja dia membetulkan duduk. Bertambah kalut apabila dilihat appa Jungkook yang berada di sini sekarang.
"Apa Jungkook dah buat ni?" soalnya.
Jungkook pandang appa nya dengan hati berkerut seribu. Sudahlah dia pening dengan masalah tadi, kini datang pula masalah baru yang dia sendiri tidak tahu apa bendanya.
"Kenapa buat Irene macam tu? Kamu tu bagus sangat ke sampai boleh memalukan orang sesuka hati macam kamu buat pada Irene tadi? Hah?" Tuan Jeon memandang tajam.
Taehyung dia mendengar.
Begitu juga dengan Jungkook. Dia sudah menundukkan kepala.
"Tadi appa Irene bagi tahu yang Irene balik menangis-nangis. Appa dah tanya pada staf kat luar tu. Kenapa Jungkook buat macam tu? Takkanlah disebabkan dia tak mahu ikut kamu, kamu buat macam tu sekali pada dia? Lagipun, itu bukan tugas dia." Marah Tuan Jeon.
Saat itu Taehyung mahu bertepuk tangan dengan jawapan appa Jungkook itu. Padan muka kena marah dengan appa sendiri. Tapi, dia tidaklah berani sangat nak buat perangai bila appa Jungkook berada dalam mood kurang baik begini. Silap hari bulan dengan dia sekali kena ceramah dengan appa kawan baiknya.
"Tak kisahlah apa saja alasan kamu, appa nak kamu mintak maaf pada Irene. Sama ada dia nak kerja lagi dengan kita ataupun tak, itu keputusan dia." Kini Tuan Jeon pula memberi arahan kepada anak lelakinya.
Taehyung mengangguk perlahan tanda sangat bersetuju dengan arahan tersebut.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanficPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡