BAB 20

30 4 19
                                    

Maaf part ni pendek sikit daripada biasa 😅


Senyumnya terukir saat matanya bertembung dengan mata milik Taehyung. Lelaki itu melambaikan tangan apabila Irene sedar akan kehadirannya di situ.

Laju saja Taehyung membawa langkah mendekati Irene. Sebelah tangannya di sorokkan ke belakang badan sendiri.

"Maaf lambat sikit." Ucap Taehyung seraya menghulurkan jambangan bunga ros merah pada Irene.

Terbeliak mata Irene melihat bunga itu. Seperti tidak percaya yang Taehyung memberikan dia sejambak bunga ros. Perlahan huluran tersebut bersambut.

Tanpa teragak-agak Irene menghidu bunga itu. Senyumannya semakin melebar saat menciumnya. Dia suka dengan bau bunga. Daripada dulu dia sangat menghargai jika seseorang memberikan jambangan bunga kepadanya.

"Terima kasih."

Taehyung duduk lalu mengangguk.

"Sama-sama. Urm... Nampaknya orang tu pakai beg tangan tu lah." Tegur Taehyung bila dilihat beg tangan di sebelah tempat Irene.

Irene mengerling ke arah beg tangan tersebut dan sengih. Bunga itu diletakkan di tempat yang sama.

"Dah buat pesanan?"

Irene menggeleng.

"Saya pun baru aje sampai. Ingatkan saya yang lambat tadi."

"Kalau macam tu kita buat pesanan dulu." Serentak tangan diangkat memanggil pelayan.

Dari sudut lain, kelihatan Jungkook sedang memerhatikan mereka berdua. Mukanya serius melihat adegan di depan mata. Minuman yang baru tiba di sedut hingga tinggal setengah tanpa sedikitpun mengalihkan pandangan daripada mereka. Dia ingin melihat sehingga tahap mana kemesraan di antara Irene dan Taehyung.

Kelihatan Irene ketawa riang ketika berbual dengan Taehyung. Entah lawak apa sedang dilakukan Taehyung pun tidak tahulah sehinggakan Irene ketawa riang sebegitu.

Teringat juga dia pernah bercerita tentang sesuatu cerita yang kelakar sehingga Irene ketawa begitu. Tapi, itu dulu, sekarang Irene sedikitpun tidak teringin mengukir senyum buatnya. Melainkan ianya lakonan semata-mata di hadapan klien.

Taehyung tongkat dagu dengan tangan sambil ralit merenung wajah gembira Irene di depannya.

Bibir Taehyung perlahan-lahan mulai terukir dengan senyuman. Semakin lama semakin lebar senyuman Taehyung.

"Sampai sekarang saya tertanya, kenapa awak dengan Jungkook putus?"

Pertanyaan Taehyung mematikan senyuman Irene. Matanya memandang tepat ke wajah Taehyung yang masih memandangnya. Berkelip mata Irene melihat seraut wajah Taehyung seperti sangat tertanya-tanya bagaimana hubungan dia dan Jungkook boleh terputus.

"Awak tahu kan Jungkook yang..."

"Ya, saya tahu tu. Jungkook yang putuskan hubungan. Apa yang saya nak tahu kenapa dia putuskan hubungan." Potong Taehyung sebelum Irene menghabiskan ayatnya.

"Apa yang Jungkook pernah bagi tahu awak kenapa dia putuskan hubungan kami dulu?" soalan itu tidak dijawabnya, sebaliknya dia memberikan pertanyaan lain kepada lelaki di hadapannya ini.

Taehyung sengetkan kepala dan kerut dahi dengan gaya comel.

"Dia cakap dia putuskan hubungan kerana nak awak berikan fokus pada pelajaran awak. Itu sajalah yang dia pernah beritahu. Tapi, saya tahu mesti ada sebab lain kenapa dia ambil tindakan putuskan hubungan. Jadi, saya harap awak boleh leraikan kekusutan saya."

Irene senyum pendek dan gelengkan kepala.

"Malangnya saya sendiri dapat alasan yang sama macam awak. Dia nak saya beri fokus pada pelajaran." Pada hujungnya Irene mengeluh perlahan.

Taehyung tegakkan badan.

"Jadi awak pun tak tahu sebab apa dia putuskan hubungan?"

Irene mengangguk.

Giliran Taehyung pula mengeluh.

Mereka diam. Irene pandang Taehyung.

Minuman mereka tiba. Taehyung ambil dan tarik dekat pada Irene.

"Minumlah." Ujarnya.

"Thank you."

Serentak itu Irene mencapainya.

"Okey, kita lupakan pasal tu. Sekarang kita berbual pasal benda lain, yang lagi happy." Ajak Taehyung.

Irene angguk setuju. Dia memang kurang selesa mereka berbual tentang hubungan terputus dia dan Jungkook. Sebenarnya dia malas nak berfikir bila ada di luar. Jika mahu fikir hubungan itu baik dia duduk di rumah saja.

Irene melangkah dengan teruja masuk ke dalam sebuah kedai menjual pelbagai jenis beg tangan. Bersinar-sinar matanya melihat sekeliling kedai itu dipenuhi dengan beg tangan yang cantik-cantik.

Dia toleh pandang Taehyung yang mengikut langkahnya masuk. Taehyung terus mengukirkan senyum saat bertembung mata dengan Irene.

"Cantikkan beg tangan ni?"

Taehyung melihatnya lalu mengangguk mengiakannya.

"Saya suka. Tambah-tambah lagi bila warna ungu macam ni, makin sukalah saya." Irene belek-belek beg tangan itu dengan gembira.

Taehyung memerhati.

"Tapi tak apalah. Jomlah kita pergi." Beg tangan itu diletakkan balik di tempatnya selepas melihat harga pada tanda harga beg itu.

"Nak keluar dah?" Taehyung soal pelik bila dilihat Irene berubah riak.

"Mahal sangat. Tak naklah." Bisiknya sebelum berlalu pergi.

Taehyung perhati Irene keluar dari kedai tersebut. Dia mendekati beg yang Irene pegang itu lalu mengambilnya dan membelek sedikit. Selepas itu dia meletakkan kembali beg itu ke tempat asalnya.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now