"Lawalah beg ni pandai si Taehyung tu erk nak ambik hati kau." Ungkap Yeri seraya membelek beg itu.
Irene silang tangan dan perhati Yeri membelek beg tangan itu. Dia memanglah suka dihadiahkan beg itu memandangkan dia memang sudah berkenan dari awal, tapi masalahnya sekarang dia rasa tak berapa happy. Menerima beg itu terasa bagaikan membuka ruang pada Taehyung untuk meletakkan pengharapan kepadanya. Dia tidak mahu ianya berlaku dalam masa terdekat ini.
Masalah dahulu pun dirasakan belum selesai lagi, bagaimana dia mahu membuka hati menerima orang lain pula.
Alah, cakap ajelah kau masih suka pada Jungkook. Kau masih mengharap pada Jungkook, kan.
Irene pejam mata. Dia terasa seperti seseorang sedang mengejeknya.
Kepala di geleng beberapa kali.
"Mana ada!" jeritnya tiba-tiba.
Yeri terkejut besar.
"Kau kenapa? Okey ke?" Yeri datang mendekat pada Irene.
"Aku tak apa-apa, kau jangan risau."
"Janganlah fikir bukan-bukan. Aku rasalahkan kau patut cuba bagi peluang untuk Taehyung kenal kau dengan lebih dalam lagi. Lagipun tengok dia macam baik aje." Yeri memberi cadangan.
Irene jeling Yeri sedikit.
"Habis sebelum ni Jungkook tu tak baik?" soalnya tiba-tiba.
"Aik? Aku tak cakap pun si Jungkook tu jahat. Aku cuma kata si Taehyung tu baik, tak ada pun cakap bekas boyfriend kau tu tak baik. Yang nak angin sangat ni kenapa? Dan, kau tengah back up si Jungkook ke?" Yeri jongket kening.
"Bukan macam tu. Kau sendiri tahu yang Jungkook dulu baik, tapi sekarang? Kau tengok ajelah."
Yeri mengangguk-angguk. Betul juga apa Irene cakapkan itu, Jungkook memang cukup baik. Tapi, selepas itu Jungkook telah melukakan hati Irene dengan satu keputusan. Dan baru-baru ini Jungkook telah melukakan hati Irene sekali lagi.
"Eh, kau tak bolehlah samakan bekas kekasih kau dengan orang lain. Belum cuba belum tahu, mana tahu dengan Taehyung kau boleh bahagia ke." Usul Yeri.
"Aku tak nak fikir pasal benda tu buat masa sekarang. Aku tak nak terikat dengan mana-mana lelaki. Biarlah aku sendiri dulu, cukuplah aku dikelilingi keluarga dan kawan-kawan. Aku tak perlukan seseorang untuk mengisi hati aku." Jelas Irene agak tegas.
Bahu di jongket sekali. Dia tidak tahu apa lagi harus di tuturkan kepada Irene supaya memberi ruang pada Taehyung. Pandai pula Irene membalas semua kata-katanya. Lagipun, dia cukup pasti jauh dalam hati Irene masih ada sayang buat Jeon Jungkook. Tidak semudah itu Irene mampu menyingkirkan Jungkook dari hidupnya. Tambahan pula apabila bekerja di bawah satu bumbung yang sama sekarang.
"Suka hati kaulah. Aku tak nak paksa. Tapi, jangan kau cakap kau masih sayangkan Jungkook sudah." Yeri sengaja memberi amaran yang tidak berapa amaran sangat.
Dia bukan kisah sangat jika Irene masih mengharap pada Jungkook. Tapi, harapnya jika mereka kembali bersama, Jungkook tidak akan melukakan hati Irene sekali lagi. Jika ianya berlaku, dia akan pastikan Irene takkan ada apa-apa hubungan lagi dengan lelaki itu sampai bila-bila.
"Tapi cantik betul beg tangan yang si Taehyung ni beli." Pujinya lagi.
Irene mengerling.
"Actually, beberapa hari lepas aku ada keluar dengan Taehyung, lepas tu aku masuk kedai jual beg tangan ni semua. Dia tengok aku berkenan sangat kat beg ni, tapi aku tak nak beli sebab mahal. Jadi lepas tu petang semalam lepas habis waktu bekerja dia bagi aku beg ni." Terangnya ringkas.
Terangguk-angguk Yeri mendengar. Baru dia tahu bagaimana Taehyung pandai memilih beg tangan buat Irene. Rupanya Irene dahulu yang suka pada beg tersebut, dan tidak lama kemudian di beli pula oleh Taehyung untuk dihadiahkan kepada Irene.
Sweet! Dia suka cara Taehyung.
Sangat mengejutkan apabila nama Irene muncul di skrin telefon mengirimkan mesej kepadanya hujung minggu begini.
Mesej Irene adalah mahu bertemu dengannya di mana-mana saja.
Dia pun apa lagi, tidak fikir panjang terus saja bersetuju dan menetapkan tempat pertemuan mereka. Ianya di sebuah taman tidak jauh dari kediaman Irene sendiri. Sebenarnya di taman itu adalah salah satu tempat mereka untuk meluangkan masa ketika berhubungan dahulu.
Jungkook tiba lebih awal dari waktu yang di janjikan. Lebih awal 15 minit. Dia teruja mahu bertemu Irene.
Tidak lama kemudian Irene tiba di lokasi mereka. Wajah Irene masih beriak biasa seperti biasa di lakukan di pejabat. Nampaknya riak itu sudah sebati dalam diri Irene apabila bertentang mata dengannya.
Irene duduk di salah satu bangku, dan pastinya ia bukan bangku yang sama Jungkook duduk. Dia tidak menegur lelaki itu, matanya bekerja pandang sekeliling. Sesekali dia terbayang bagaimana rapatnya hubungan mereka suatu ketika dahulu.
Terdetik rasa menyesal kerana bersetuju bertemu di sini.
"Kenapa awak nak sangat jumpa saya hujung minggu macam ni?" Jungkook memulakan perbualan apabila dilihat tiada tanda-tanda Irene mahu memulakan perbualan.
Irene berdehem sekali. Dia pandang Jungkook tepat.
"Saya tak nak buang masa. Jadi, saya akan terus ke kekeliruan saya." Bicara Irene kedengaran cukup beku.
Jungkook mengangguk.
"Atas alasan apa lagi awak putuskan hubungan kita dulu, Jungkook?"
Jungkook kelihatan diam.
"Boleh tak jangan kelirukan saya. Saya nak tahu perkara sebenar. Takkanlah saya tak boleh tahu punca retaknya hubungan kita. Ianya melibatkan diri saya." Irene cuba memujuk dengan caranya.
Nafas di hela berat.
Keceriaan Jungkook hilang sekelip mata apabila perkara ini di bangkitkan di sini.
"Saya rasa awak tak perlulah tahu. Biar ianya terkubur begitu saja. Cukuplah awak tahu saya masih cintakan awak, sama seperti dulu." Tajuk mereka sudah tersasar.
Kepala di geleng-geleng.
"Apa masalahnya kalau saya tahu pun sebabnya. Takkanlah itu pun susah awak nak cakap. Beritahu saya apa sebab awak tak fikir panjang putuskan hubungan kita?!" Irene membentak apabila permintaannya di tolak mentah-mentah.
Sudahlah membangkitkan perasaan yang di alami ketika ini.
"Biar saya sendiri yang tahu tentang perkara ni. Awak tak perlu tahu. Cukuplah awak tahu saya masih cintakan awak, tapi saya sudah pun putuskan hubungan kita. Cukuplah tahu yang saya nak sangat hubungan kita macam dulu balik, katalah kalau awak nak kata saya nak jilat balik ludah saya. Saya tak kisah semua tu, janji hubungan kita kembali sama seperti dulu. Tolong, saya rayu..." rayuan Jungkook disertakan dengan air mata yang mula memunculkan dirinya.
Irene kaku. Dia kaku saat melihat mata Jungkook berair.
"Kalau awak tak nak bagi tahu saya baik saya balik saja. Buang masa!" marah Irene serentak cuba mengawal perasaan sebak yang tiba-tiba hadir saat melihat air mata Jungkook.
"Irene!"
Irene berdiri membelakangi Jungkook berhentikan langkah. Dia bukan sengaja tidak mahu menghadap Jungkook, tetapi kini air matanya hampir mengalir.
Jungkook berdiri melihat belakang Irene.
"Saya sayang awak." Sayu ia kedengaran.
Irene pejam mata. Air matanya mula membasahi pipi.
Langkah di teruskan tanpa menoleh sedikitpun ke belakang.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanfictionPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡