Irene mendekati Seulgi yang sudahpun menunggu dia di kedai makan memandangkan mereka berjanji mahu bersarapan bersama-sama hari itu.
Seulgi melambai-lambaikan tangan ke arah Irene.
Dia mengambil tempat.
"Aku ingat kau tak datang sini nak sarapan dengan aku." Usul Seulgi.
Sengihan Irene terserlah.
"Bukan sengaja lambat, omma aku tu paksa jugak aku sarapan kat rumah sikit. Sebab tu lah lambat sikit sampai sini. Maaf erk," ucapnya.
"Tak apa, janji kau muncul."
"Jomlah kita pergi ambil makanan. Kang nanti terlambat pulak masuk pejabat, dah satu beban nak kena berdepan dengan mangkuk tu." Tanpa berlapik Irene terus menyamakan Jungkook dengan mangkuk.
Seulgi kemam bibir tahan tawa yang hampir terhambur kerana panggilan Irene pada bos mereka seorang itu.
Mereka pergi mengambil makanan dan kembali tempat asal. Setelah melabuhkan punggung, Seulgi membuka bicara yang membuatkan Irene terdiam dan terkaku.
"Dah lama ke kau kenal dengan bos kita tu?"
Irene buat-buat kerut dahi.
"Eh, tak adalah kenal sangat pun." Sangkalnya.
Seulgi suap sesudu makanan ke dalam mulut dan membalas.
"Tapi aku, bukan aku je tapi ramai lagi kawan sepejabat kita pernah tengok berbual mesra dengan bos besar kita. Kau langsung tak nampak kekok bila bercakap dengan bos besar tu. Dan, kita orang dengar kau panggil dia uncle. Dah panggil uncle tu mesti dah kenal lama, kan. Lagi-lagi bila ingat balik apa Jungkook pernah cakap pada kau." Panjang Seulgi membuat hujah tentang keakraban Irene dan bos besar mereka.
Irene bungkam. Dia seperti sudah terperangkap. Tiada lagi jalan keluar dari situ.
"Betul ke kau rapat dengan dia orang semua tu?" Seulgi menyoal sekali lagi bila Irene tidak menjawabnya.
Keluhan diluahkan perlahan.
"Ya, aku memang kenal rapat dengan keluarga dia orang. Bukan aku je, parent aku sendiri pun kenal rapat."
Dia terpaksa mengaku.
"Urm... Kalau keluarga masing-masing rapat kenapa aku tengok kau dengan Jungkook macam bergaduh. Kau dengan keras kepala bila Jungkook mintak buat apa-apa, dia pulak suka membuli kau buat benda yang kau tak pernah buat. Kau orang bergaduh ke?"
Aduh banyak pula tanya Seulgi hari ni, tak cukup lagi ke tahu keluarga aku dengan keluarga Jungkook berkawan aje, bisiknya dalam hati.
"Macam ni lah. Aku janji akan cerita kenapa aku dengan Jungkook macam tu, tapi bukan sekarang. Tunggu masa yang sesuai dulu."
Seulgi mengangguk.
"Dah, makan cepat. Aku baru teringat kejap lagi aku kena jumpa mangkuk tu." Irene segera menghabiskan makanannya.
Selepas makan, mereka masuk pejabat. Irene letak beg tangannya atas meja dan ambil salah satu fail yang ada di atas mejanya. Dia menghela nafas berat sebelum melangkah ke bilik Jungkook. Sebelum itu dia memastikan dahulu yang Jungkook berada di dalam bilik kerjanya itu.
Apabila Jungkook memberi kebenaran masuk, Irene melangkah masuk dengan muka selamba. Fail yang berada dalam pegangan diletakkan atas meja Jungkook.
Jungkook tidak memandang Irene, dia masih sibuk dengan kertas kerja di atas mejanya. Tangannya pula ligat menanda sana sini dengan pen.
Irene pula bertindak tidak membuka mulut, sengaja membiarkan Jungkook menghabiskan kerjanya.
YOU ARE READING
[✔] I'm Still Love You
FanficPertama kali saya membuat ff berwatakkan BTS dan RED VELVET member. Tak ada sinopsis (tak sempat fikir) Bacalah jika berminat ♥ Selamat membaca ♥ vote and comment ♡ Poster ⓒⓡ to @onejeel ♡