BAB 15

24 5 17
                                    

"Macam mana hari pertama kerja kat situ? Ada apa-apa masalah yang timbul?"

Saat kaki Irene mencecah ruang tamu dia di serang dengan soalan. Langkah di hentikan lalu dia menoleh ke arah suara itu. Satu senyuman diukirkan saat melihat omma dan appa duduk memandangnya.

Irene membawa langkah mendekati sofa lalu mengambil tempat. Dia melepaskan lelah.

"Okeylah appa. Baru kerja, jadi tak adalah masalah yang datang. Lagipun tengok pada pekerja kat situ jenis baik-baik semuanya, okey aje dia orang layan Irene tadi." Beritahunya.

Tak naklah dia bercerita tentang apa Jungkook mengarah dia buat. Kerja benda lain tapi kena pergi ikut dia jumpa orang pula di luar. Menyusahkan betul. Memang sengaja nak mendera perasaan dia yang belum seratus peratus sembuh.

Encik Bae mengangguk.

"Baguslah macam tu. Kamu kerja elok-elok jangan buat perangai. Dapat kerja dah bagus dah tu," pesan Encik Bae.

Giliran Irene pula mengangguk.

Agaknya apa appa dia akan cakap jika dia beritahu yang hari pertama dia sudah melawan cakap bos 'kecik'.

"Kamu ada jumpa dengan Jungkook?"

"Ada jumpa tadi, lagipun kami bekerja di tingkat yang sama. Tiap-tiap harilah Irene akan nampak muka dia tu," dia mencebik tidak suka.

Encik Bae sekadar tertawa kecil mendengar jawapan Irene itu.

Puan Bae sekadar menjadi pendengar daripada awal perbualan dua beranak itu. Dia tidak rasa ada apa-apa yang mahu di katakan buat anak perempuannya itu. Lagipun, suaminya sudah berpesan apa yang bermain di fikirannya tadi.

"Letih?" soal Encik Bae bila dilihat Irene nampak lemah semacam.

Irene mengangguk.

"Biasalah hari pertama bekerja. Baru lagi memang macam tu, lepas ni okeylah tu. Pergilah rehat-rehat dulu lepas tu mandi dan turun makan malam sekali. Omma kamu masak macam-macam hari ni untuk anak kesayangan dia."

Irene pandang omma dan tersenyum lebar. Dia bangun naik ke tingkat atas.

Dia mahu berbaring sekejap untuk melepaskan lelah, selepas itu barulah dia akan mandi dan turun.

Letih kerana terpaksa mengikut Jungkook berjumpa klien dan melayan karenah Jungkook yang entah apa-apa itu.

Lepas pada makan malam, Irene terus saja melepak di dalam bilik sambil berbalas mesej dengan Yeri. Gadis itu teruja ingin mengetahui bagaimana 'perjalanan' pertamanya ini.

Kerana tidak mahu berahsia dan tidak rasa mampu memendam, Irene cerita semua perkara pada Yeri. Termasuklah bab Jungkook mengarah dia untuk mengikut pergi berjumpa klien di luar pejabat.

Yeri membalasnya sekadar dengan emoji ketawa. Dan Yeri membuat andaian yang Jungkook mahu mengurat Irene kembali.

Irene mencebik membaca mesej yang di balas Yeri itu. Dia letak telefon sebelah dan mula berfikir tentang Jungkook. Terbayang Jungkook yang memakai kemas kemeja berwarna hitam siang tadi.

Kata-kata Yeri buat Irene teringat.

Irene bangun dari pembaringan lalu mengambil gambar Jungkook yang masih setia berada dalam sarung bantal tidurnya. Gambar itu di renung buat seketika sebelum telefonnya bergetar menandakan ada mesej yang baru diterima.

Dia pasti mesej itu daripada Yeri kerana dia tidak membalas tadi.

Tetapi, ianya meleset sama sekali.

[✔] I'm Still Love YouWhere stories live. Discover now